PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Jumaat, 27 Mei 2011

Bantahan Penternak dan Petani di Kawasan Lahad


Bantahan Penternak dan Petani di Kawasan Lahad. Mereka tidak mahu tanah pertanian itu dijadikan tapak pelupusan sisa pepajal sanitari yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rabu, 25 Mei 2011

JANGAN RANCANG SISTEM PENGANGKUTAN CANGGIH SEWAKTU GAGAL MEMBINA SEBUAH PONDOK PERHENTIAN BAS

25/05/2011 - KENYATAAN AKHBAR M.KULASEGARAN, NAIB PENGERUSI DAP KEBANGSAAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN IPOH BARAT

JANGAN RANCANG SISTEM PENGANGKUTAN CANGGIH SEWAKTU GAGAL MEMBINA SEBUAH PONDOK PERHENTIAN BAS

Draf pelan Ipoh 2020 yang dirangkakan telah didengar oleh MBI daripada pelbagai pihak khususnya daripada beberapa persatuan bagi mengindahkan lagi tahap pencapaian yang dapat menaiktarafkan kualiti Bandaraya Ipoh dalam semua sektor.

Tidak juga dinafikan bahawa, salah satu sektor yang amat diberikan kepentingan adalah bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan di Bandar Ipoh dan kawasan pertaliannya.

Tetapi, adakah melalui merangkakan satu draf rancangan, MBI boleh mengatakan telah mencapai tahap kemahuan dan harapan rakyat secara keseluruhan sedangkan kepentingan asas kecil rakyat dalam pengangkutan awam masih belum dilaksanakan?

Dua hari yang lepas, saya telah menerima panggilan daripada pelbagai pihak meminta saya turun padang ke kawasan Pantai Puteri Ipoh yang terletak di Jalan Raja Dihilir. Walaupun kerap kali menggunakan jalan itu, namun aduan rakyat sememangnya mempercikan minda saya dengan persoalan, iaitu kenapakah perhentian bas yang sebelum ini dibina tidak lagi kenampakan dihadapan Hospital Pantai Puteri Ipoh? Apakah logiknya ketiadaan satu bas perhentiaan di hadapan sebuah Hospital?

Dimanakah tanggungjawab Jabatan Perancangan dalam memantau kepentingan rakyat?

Saya hanya dapat menyimpulkan bahawa warga pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh tidaklah begitu komited dalam menyediakan satu perhentian bas sehingga wujud permintaan.

Apakah daya seorang rakyat awam dalam mendesak Kerajaan Negeri ataupun MBI dalam membina perhentiaan bas dikawasan itu? Adakah tangkisan rakyat akan diberikan keutamaan? Jika ya, kenapa tidak dilaksanakan sebelum ini?

Saya juga difahamkan dimana, sebelum wujudnya jambatan dan pelaksanaan kerja-kerja pelebaran di dipersimpangan Jalan Raja Dihilir, sememangnya terdapat sebuah pondok perhentian bas. Tetapi ianya hilang selepas kerja-kerja pelebaran jalan dilakukan. Betapa logikkah situasi ini?

Selain daripada itu, ingin saya menasihatkan pihak pengurusan MBI, supaya jangan asyik merancang untuk mahu menaiktarafkan sistem pangangkutan apabila gagal untuk membina sebuah pondok perhentiaan bas yang tidak wujud akibat ketiadaan rancangan terurus.

Pada masa ini, penumpang terpaksa menunggu dengan cabaran sama ada untuk berdiri dibawah cahaya matahari terik ataupun basah pada musim hujan. Dapatkah MBI Ipoh dapat memenuhi tangkisan rakyat dengan membina sebuah bas perhentian dikawasan ini pada kadar segera?

Sekian.


M.Kulasegaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat

http://ipohbaratvoice.blogspot.com
http://twitter.com/mkula

Selasa, 24 Mei 2011

Bantahan Terhadap Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Lahat

Kenyataan Akhbar YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh pada 24/5/2011 di Wisma DAP Perak.

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Di Lahat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah bercadang untuk membangunkan satu tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Lahad, Daerah Kinta. ( 1 km dari Papan, 4.5 km dari Pekan Lahad, 3km dari Pusing, 7 km dari Batu Gajah, 9 km dari Menglembu) Peruntukan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek ini.

Satu sesi dialog telah diadakan pagi semalam (23/5/2011) di Arena Square Batu Gajah oleh Perunding Alam Sekitar bagi projek ini iaitu Malaysian Environmental Resources Centre (MERC). Badan ini dilantik untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar.

Mengikut statistik negara kita mempunyai 290 tapak pelupusan sisa pepejal. Daripada jumlah itu 114 akan ditutup atau tidak beroperasi. 7 merupakan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari. Di Perak terdapat 20 tapak pelupusan sisa pepejal merupakan jumlah yang paling banyak di Semenanjung Malaysia. Manakala 9 tapak pelupusan sisa pepejal telah ditutup di negeri Perak. Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung bercadang untuk membina 9 tapak pelupusan sisa pepejal sanitari pada tahun 2011 untuk memproses 17 000 tan sisa dalam satu hari di Malaysia. Beliau bercadang membuka 2 tapak tersebut di Perak. Ini adalah satu langkah untuk menukar semua tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia kepada tapak pelupusan sisa pepejal sanitari.

Mengikut statistik 2000 jumlah sisa terjana di Perak ialah 996,417 tan dan Daerah Kinta menjana sisa pepejal yang paling tinggi daripada jumlah tersebut iaitu 54%. Dianggarkan peningkatan 23% sisa pepejal pada tahun 2020 di negeri Perak.

Sekarang sisa pepejal di lupuskan di 3 tempat di Daerah Kinta iaitu Bercham, Kampar dan Batu Gajah. Kerajaan mencadangkan untuk membina satu tapak pelupusan sanitari seluas 588.11 ekar tanah di Lahad bagi menggantikan ketiga-tiga tapak pelupusan sisa pepejal.

Pertama sekali kenapa tapak baru dipilih di Lahad? Tempat ini adalah sangat kontroversial dan sensitif dikalangan penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Dulu mereka telah dilanda dengan bahaya
radioaktif Asia Rare Earth.

Isu ini masih tidak diselesaikan sehingga ke hari ini. Penduduk kawasan ini hidup dalam kekhuatiran. Sekarang kawasan yang sama dipilih untuk pelupusan sisa pepejal sanitari. Tapak ini hanya 500
meter dari sempadan zon perumahan. Kenapakah kerajaan tidak mengenalpasti tapak yang lebih sesuai dan jauh daripada penduduk?

Jangan membebankan penduduk Lahad dan sekitarnya dengan projek pelupusan sisa pepejal ini. Mereka risau tentang pencemaran dan masalah kesihatan yang lain akibat perlaksanaan projek ini. Tambahan pula nilai tanah dan bangunan di kawasan ini juga akan lumpuh jika kerajaan teruskan untuk menjadikan kawasan tersebut untuk pelupusan semata-mata. Walaupun kajian alam sekitar menjamin bahawa tidak akan berlaku pencemaran alam dan masalah kesihatan, tetapi persepsi
masyarakat adalah sukar untuk diubah. Ini akan mengganggu nilai ekonomi harta di kawasan ini.

Pada masa yang sama, terdapat banyak aktiviti penternakan ikan, penternakan lembu, kambing, kerbau, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling kawasan ini? Apakah nasib petani-petani ini?

Adakah kerajaan akan memberi satu tapak baru bagi mereka untuk meneruskan aktiviti mereka atau mereka akan dihalau begitu sahaja?

Mereka tidak mahu pampasan kerana mata pencarian mereka yang hilang.

Kerajaan masih tidak menjawab persoalan ini. Perkara ini adalah antara yang pertama perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri sebelum memulakan apa-apa usaha memulakan projek tapak pelupusan ini. Petani-petani di kawasan ini sebulat suara membantah tindakan kerajaan meluluskan
tapak tanah tersebut untuk pelupusan sisa pepejal di Lahad.

Tidak seorang pun pegawai daripada SUK , Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Batu Gajah menghadiri dialog semalam. Pegawai Daerah yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dalam projek ini juga tidak hadir.

Tidak seorang pun ahli Majlis daripada Majlis Daerah Batu Gajah yang hadir semalam. Datuk Bandar sepatutnya berada bersama-sama untuk memberi penjelasan. Ini menunjukkan sikap tidak peduli, acuh tak acuh yang diambil oleh kerajaan negeri mengenai isu ini. Mengikut penganjur surat jemputan telah diberikan kepada semua jabatan yang terlibat.

Saya bersama YB Lim Pek Har ADUN Menglembu dan 3 orang bekas Ahli Majlis Pakatan Rakyat telah membangkitkan beberapa soalan dalam sesi dialog semalam. Kebanyakan soalan-soalan kami tidak dapat dijawab kerana jabatan-jabatan yang terlibat tidak hadir untuk memberi penerangan.

Antara persoalan yang saya timbulkan ialah mengenai mekanisme operasi tapak pelupusan sisa pepejal ini:-

1) Siapakah akan menguruskan tapak itu? Kerajaan negeri, kerajaan tempatan atau kerajaan persekutuan?
2) Adakah projek ini akan diswastakan seperti Indah Water Konsortium?
3) Siapakah akan menanggung kos operasi?
4) Adakah rakyat akan dibebankan lagi melalui projek ini?

Satu kajian sampel telah dibuat daripada 443 orang disekitar kawasan in secara rambang oleh pihak MERC dan didapati 56.6% tidak bersetuju. Satu kajian yang lebih menyeluruh diperlukan sebelum kerajaan meluluskan pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di kawasan Lahad.

Membaiki jalan rosak di Pusing

Kenyataan Media YB V.Sivakumar

Membaiki Jalan Rosak di Pusing

Penduduk Taman Pusing Baru mengadu bahawa jalan masuk utama ke kawasan perumahan itu telah rosak. Mereka telah membuat aduan kepada Majlis Daerah Batu Gajah beberapa kali. Tetapi masalah ini tidak diselesaikan. Perkara ini juga dibangkitkan melalui media tetapi tidak ada apa-apa tindakan juga. Maka Pengerusi DAP cawangan Pusing telah mencabar Majlis Daerah Batu Gajah untuk memperbaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh 1 minggu. Jika tidak mengambil tindakan lagi
maka pihak DAP sendiri akan mengambil usaha untuk memperbaiki jalan tersebut.

Setelah satu minggu menunggu masih tidak ada apa-apa tanda pihak Majlis Daerah Batu Gajah menyelesaikan masalah yang kecil ini. Walaupun masalah ini kecil dan boleh diselesaikan dalam sekelip mata tetapi pihak Majlis Daerah Batu Gajah mengambil sikap tidak peduli.

"Kami risau tentang keselamatan pengguna jalanraya tersebut. Apabila hujan turun air bertakung di dalam lubang-lubang besar di jalan itu. Pada masa itu tidak kelihatan seperti jalan rosak atau berlubang kerana air mengalir di sepanjang jalan itu. Jika penunggang motosikal atau basikal menggunakan jalan itu, mereka akan terjatuh dalam lubang dan kemungkinan kemalangan yang lebih buruk berlaku di situ. Pernah ada orang yang jatuh kerana keadaan jalan yang rosak ini. Tambahan
pula kereta yang melalui jalan itu juga boleh mengalami kerosakan jika tersungkur dalam lubang-lubang yang besar itu" kata V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh.

Seperti yang dicabar oleh Pengerusi DAP cawangan Pusing, DAP telah mengambil langkah untuk memperbaiki jalan itu pada hujung minggu lalu. Orang ramai telah member sumbangan untuk membeli simen dan pasir bagi kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak itu. Tindakan DAP untuk memperbaiki jalan itu adalah penyelesaian sementara sahaja untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Harap pihak Majlis Daerah Batu Gajah tidak mengambil perkara ini sebagai remeh.
Tindakan menurap semula jalan yang rosak harus dilakukan dengan serta merta.

Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes Indra Gandhi.

Mahkamah Tinggi Ipoh akan memutuskan sama ada Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes Indra Gandhi.


24/05/2011 - KENYATAAN AKHBAR M.KULASEGARAN, NAIB PENGERUSI DAP KEBANGSAAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN IPOH BARAT


Mahkamah Tinggi Ipoh akan memutuskan sama ada Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes Indra Gandhi.

Pada tahun 1993 Indragandhi telah berkahwin dengan suaminya bernama Pathmanathan secara tradisi kaum Hindu. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Pada 11 Mac 2009, suaminya telah memeluk agama Islam dan telah menukar nama asalnya dengan nama Islam iaitu Muhammad Bin Abdullah Riduan.

Pada 2 hb April 2009, ketiga-tiga anaknya telah ditukar nama tanpa pengetahuan dan tanpa persetujuan daripada Indra Gandhi oleh bapanya di Jabatan Agama Islam, Bahagian Dakwah, Ipoh Perak.

Sejurus selepas itu, Indra Gandhi dan suaminya yang memeluk agama telah berpisah dan kali ini suaminya telah menghilangkan diri selepas merampas anak bongsu daripada Indra Gandhi. Sehingga hari ini Muhd Riduan masih bersembunyi disebuah alamat yang rahsia.

Pada 9 hb June 2009, Indra Gandhi telah memfailkan kes untuk mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang dikeluarkan pada 8 hb April 2008, dimana Mahkamah Syariah telah membenarkan hak penjagaan dan kawalan ketiga-tiga anak itu kepada Muhd Riduan Bin Abdullah.

Kes itu telah diajukan terhadap 6 pihak defendan iaitu 1. Pengarah, Jabatan Agama Islam Nerei Perak , 2. Pendaftar Muallaf, 3. Kerajaan Negeri Perak, 4. Kementerian Pelajaran Malaysia, 5.Kerajaan Malaysia & 6.Pathmanathan A/L Krishnan (dikenali sebagai Muhammad bin Abdullah Riduan).

Pada 28 hb Julai 2010, Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh telah memberikan kebenaran untuk membatalkan keputusan Mahkamah Syariah kepada Indra Gandhi.

Sejak awal lagi, disebabkan kes ini telah menimbulkan pelbagai persoalan demi kepentingan awam serta telah melibatkan pelbagai pihak, maka kami telah memutuskan untuk mengajukan permohonan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya, hari ini Peguam Kerajaan dan suami Indra Gandhi telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan kami.

Oleh yang demikian, Mahkamah telah tetapkan 17 hb Julai untuk memberi keputusan sama ada kes ini akan didengar di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi, Ipoh.

Akibat ketiadaan penjelasan yang kukuh pada undang-undang, kes peluk agama harus dibawa ke hadapan Mahkamah untuk memutuskan kontroversi sedemikian. Kerajaan harus mencari jalan untuk mengaturkan satu undang-undang yang jelas untuk mendengar kes-kes pemelukan agama.

Namun, kelewatan yang diamalkan sekarang adalah paparan pendirian sebenar dimana, tidak adanya kemahuan politik Kerajaan semasa.

Sekian,



M.Kulasegaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat

http://ipohbaratvoice.blogspot.com
http://twitter.com/mkula

Rabu, 18 Mei 2011

Ikuti temuramah wartawan SALMIYAH HARUN (Harakah) bersama M.Kula Segaran dalam isu UTUSAN & KDN


Tuduh DAP di belakang Kristian untuk apa?

Laporan akhbar Utusan Malaysia sejak mutakhir ini menambahkan lagi api 
perkauman dan keagamaan yang sempit, sudah tentu didalangi Umno-BN. Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mempunyai hujah terhadap isu ini. Ikuti interbiu wartawan SALMIYAH HARUN bersama beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

WARTAWAN: Apa peranan kementerian dalam mengawalUtusan Malaysia yang melaporkan isu-isu sensitif?

M. Kulasegaran: Dalam isu ini, saya menganggap kedua menteri iaitu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim lalai dan cuai dalam menjalankan peranan mereka masing-masing.

Mereka perlu dirujuk dengan tindakan tegas di sidang Parlimen akan berlangsung bulan Julai depan. Mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah.

Apa yang diperkatakan agama Kristian akan menggantikan agama Islam tanpa was-was mereka menuduh DAP terlibat walhal kami mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya.

Umno begitu kebal peralat Utusan Malaysia sebagai media dakyah parti dalam negara ini. Bagaimana YB melihat perkara ini?

Sejak kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan baru-baru ini di Sarawak, Umno mempergunakan lidah akhbar Utusan Malaysia untuk mencetuskan pelbagai artikel-artikel berhubung perkauman.

Namun, rakyat amat peka kerana Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat senantiasa turun padang untuk menjelaskan agenda politik rakus yang diamalkan oleh Umno BN.

Selain itu, saya juga berpendapat Umno sudah takut kepada realiti politik dan kini mula mengimplementasikan politik perkauman dengan menguar-uar kenyataan yang tidak berasas melalui akhbar mereka. Utusan tidak lagi menjadi gemaran rakyat, tetapi ianya menjadi akhbar untuk "passing time" rakyat.

Utusan Malaysia tanam persepsi buruk terhadap seteru Umno terutama dalam isu raja-raja Melayu, perkauman dan isu agama yang sempit? Ia bahaya tapi ini dilakukan...
Industri media negara sudah tercalar akibat penerbitan artikel-artikel perkauman Utusanyang dimiliki Umno. Namun, yang pasti rakyat sudah bijak dan tahu mempertimbangkan baik buruk laporan mereka.

Sejak awal lagi, institusi Raja-Raja Melayu dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh rakyat tanpa menggira agama bangsa dan kaum.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, bukan sahaja industri media, tetapi sekaligus institusi Raja juga diperalatkan oleh Utusan atau Umno dalam membawa agenda politik perkauman serta perasaan marah dan benci di antara sahabat-sahabat Melayu dan bukan Melayu.

Dalam konteks Malaysia ketiga-tiga isu Raja Melayu, perkauman dan isu agama adalah "bom jangka" yang ditinggalkan oleh penjajah. Bila-bila masa boleh mencetuskan huru-hara dalam negara. Ini realitinya!

Untuk makluman, isu perkauman harus ditolak dan ketepikan dengan mengiktirafkan agama Islam sebagai agama rasmi mengikut Perlembagaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi, kesamarataan yang diperjuangkan oleh semua warga Malaysia harus diberikan penekanan yang wajar bagi mengelakkan kewujudan suara bantah membantah terhadap kemajuan satu kaum.

Mengenai isu "bom jangka" yang boleh mencetuskan perkauman huru-hara di negara ini adalah tidak benar sama sekali. Golongan muda yang dikatakan agresif pada tindakannya kini amat agresif pada daya pemikiran.

Agenda Umno dalam menawan hati golongan muda tidak akan dapat dicapai kerana golongan muda hanya mementingkan keharmonian negara dengan adanya kebebasan untuk bersuara dan bertanya.

Bagaimana Pakatan Rakyat menangani isu ini dengan berdepan Utusan Malaysia yang dilindungi oleh KDN?

Kebebasan media yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat memberikan ruang kepada akhbar Umno iaitu Utusan Malaysia untuk mencetuskan artikel-artikel perkauman.

Kebenaran sebalik tabir adalah, kebebasan yang digunakan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN menunjukkan prestasi yang merosot.

Walau apa jua ianya diperkatakan, Utusan yang diberkati oleh KDN hanya mampu setakat kadar kebolehan sahaja dan Utusan boleh dilindungi oleh KDN tetapi riwayat KDN adalah di tangan rakyat. Biar rakyat yang membawa "perubahan".

Sekian.


P.Sugumaran
Setiausaha Akhbar 
kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat

http://ipohbaratvoice.blogspot.com
http://twitter.com/mkula


Isnin, 9 Mei 2011

Laporan Media oleh Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Buntong pada tarikh 09 Mei 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.


Laporan Media oleh Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Buntong pada tarikh 09 Mei 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

RM 68.5 JUTA BAGI PENURAPAN JALAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH LESAP

Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan bahawa sejumlah RM 68.5 juta telah diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja penurapan jalan untuk tahun 2008 - 2011 di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Tetapi di kebanyakan kawasan Buntong tiada penurapan jalan sepenuhnya dilaksanakan pada tempoh masa itu dan hanya penampalan kecil-kecil sahaja dijalankan. Kebanyakan jalan di kawasan Buntong berada di tahap yang tidak memuaskan di mana jalan-jalan berlubang dan tidak diselenggara sepenuhnya bagi tempoh masa yang lama. Penampalan yang kecil-kecilan tidak dapat bertahan lama dan ia menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna jalan serta orang aware di kawasan Buntong.

Dimana peruntukkan RM 68.5 juta ini tidak digunakan dengan keseluruhannya bagi kerja-kerja penurapan jalan di mana jumlah peruntukkan ini tidak seimbang dan menepati sasaran kerja penurapan jalan, Di dalam " Local Agenda 21 " telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan mesti mengkaji dan menerima pandangan rakyat untuk mengatasi masalah setempat. Tetapi saranan ini tidak diambil kira oleh Majlis Bandaraya Ipoh dalam kes ini, di mana sesuatu kawasan sahaja diberi keutamaan dalam penurapan jalan ini pada tempoh masa yang dinyatakan di atas.

Ini menunjukkan tiada kerjasama dari pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh dan Ahli-Ahli Majlis dalam menjalankan tugas untuk memastikan aduan, pandangan dan masalah rakyat di kawasan pentadbirannya diatasi demi kepentingan rakyat. Peruntukkan sebanyak itu adalah wang rakyat dan wang berkenaan perlulah digunakan samarata bagi menjaga kebajikan rakyat.


Y.B. Encik Sivasubramaniam