PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 1 Februari 2011

DAP Taiping catat sejarah beri derma kepada 1,000 orang warga emas

(Gambar 1) : Sebahagian penerima sumbangan menunjukkan angpau mereka bersama YB Nga Kor Ming dengan penuh sukacita.


(Gambar 2 & 3) : Lebih 1,000 orang beratur membanjiri pusat khidmat Ahli Parlimen Taiping.


(Gambar 4 & 5) : Wakil Rakyat kawasan Taiping, Nga kor Ming, Yee Seu Kai dan Yew Tain Woh menghulurkan bantuan kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

(Taiping 1-2-2011)

DAP kawasan Taiping hari ini mencatat sejarah dengan memberi sumbangan kepada seramai 1,000 orang warga emas dan keluarga miskin dari pelbagai kaum sebagai usaha memupuk masyarakat penyayang.

Ahli Parlimen Taiping, Nga kor ming hari ini menerajui pasukan khidmat masyarakat DAP Taiping memberi derma barangan asas seperti beras, gula, minyak dan makanan ringan kepada 1,000 orang warga tua yang berumur lebih 60 tahun ke atas sempena Tahun Baru Cina yang bakal jatuh pada 3/2/2011.

Bersama beliau adalah ADUN Pokok Asam, Yee Seu kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Woh serta ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat. Turut Hadir adalah Pesuruhjaya PAS Taiping, Ustaz Pahkaruddin.

Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming menegaskan bahawa walaupun peruntukan Ahli Parlimen beliau telah dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional, tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. “Ketidakadilan BN tidak akan menjadi batu penghalang kepada kami untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin.” Beliau menegaskan.

Nga, yang juga merupakan setiausaha Negeri DAP Perak juga berkata, seandainya Pakatan Rakyat Berjaya menawam Putrajaya pada PRU Ke-13, Kerajaan PR akan memberikan RM1,000 kepada setiap rakyat berumur 60 tahun ke atas sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan jasa mereka dalam pembangunan Negara. Dasar penyayang tersebut adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat penyayang yang prihatin.

Dengan sokongan orang ramai, DAP Taiping kali ini berjaya mendapat tajaan dan sumbangan pelbagai bentuk bernilai lebih RM50,000 dan telah disalurkan kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama. Program khidmat masyarakat ini telah di adakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Taiping dan turut dihadiri lebih 1,000 orang yang membanjiri pusat khidmat tersebut.