PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Jumaat, 25 Jun 2010

YB Nga Kor Ming dakwa kerajaan Negeri Boros menyebabkan rakyat miskin

 (Gambar) Nga Kor Ming bersama pimpinan DAP Taiping meminta penjelasan dari Dr Zamry atas tindakan boros & bazir kerajaan Negeri.
 

(Taiping 25-6-2010)


Ahli Parlimen kawasan Taiping, Nga Kor Ming hari ini meminta penjelasan dari Menteri Besar, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir, apa rasional mesyuarat EXCO kerajaan Negeri Perak kerap kali diadakan di Hotel 5 bintang di Kuala Lumpur sedangkan rakyat dalam negeri sedang menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri telah mencecah RM70 juta pada tahun ini.

Nga, yang juga merupakan Setiausaha Negeri DAP Perak berkata, majlis mesyuarat kerajaan Negeri Perak dibawah pimpinan ADUN Pangkor, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir telah mengadakan mesyuarat mingguan tersebut di hotel Kuala Lumpur pada rabu ini sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Nga menyifatkan tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat Exco di Kuala Lumpur.

Nga berkata demikian dalam satu siding akhbar hari ini pusat Khidmat DAP Taiping.Beliau berkata, adalah tidak masuk akal bahawa mesyuarat Exco Perak sering kali diadakan di Kuala Lumpur, mahupun ditempat peranginan sedangkan hutang negara telah mencecah jumlah RM377 billion yang semakin membimbangkan. Tambahan lagi, Negara kita sedang menghadapi risiko menjadi muflis menjelang tahun 2019 seperti yang diramalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Idris Jala.

Nga berkata, mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Dibawah pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi Negeri Ke-3 termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu.

Nga bertambah, apabila kerajaan berwar-war memotong subsidi barangan asas kepada rakyat, pada masa yang sama pula kerajaan membelanja RM600 juta membina projek “Gajah Putih” seperti Putrajaya Convention Centre(PICCI), RM811 juta untuk Istana Negara yang baru, RM800 juta untuk bangunan Parlimen baru. Malahan kerajaan membelanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia adalah anggota treati Antarabangsa anti Perang dan berada diluar zon perang. Pengurusan kewangan yang lemah dan tindakan boros kian serius dan beliau menyeru rakyat berubah untuk menyelamatkan Negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019.

Khamis, 24 Jun 2010

YB Nga Kor Ming : Statistik Jabatan Perdana Menteri bukti Perak miskin dibawah BN, masa berubah sudah tiba!

 (Gambar)
YB Nga Kor Ming bergambar mesra dengan pasukan khidmat sukarela DAP Taiping dimajlis meraihkan kemenangan pilihanraya kecil Sibu hari ini.

(Taiping 24-6-10)

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan bahawa Negeri Perak telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan dan Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.


Nga, yang juga merupakan Timbalan Bendahari Agong DAP menegaskan bahawa masa berubah sudah tiba bagi rakyat seluruh Perak.

Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran dimana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.

Nga berkata, fakta ini amat memalukan rakyat Negeri Perak kerana pada 1970-an, Negeri Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. Beliau berkata, kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukan merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu.

Nga menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.     

Nga berkata sedemikian pada satu majlis meraihkan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil kerusi parlimen Sibu di Taiping hari ini. DAP Taiping menghantar sebanyak 18 orang pasukan khidmat sukarela sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut yang menyaksikan calon DAP, Richard Wong Ho Leng menang dengan undi majority 398 undi.Turut hadir majlis tersebut termasuk Ahli Dewan Negeri Kawasan Pokok Assam, Yee Seu Kai, Ahli Dewan Negeri kawasan Aulong, Yew Tian Hoe dan pimpinan parti kawasan parlimen Taiping yang lain.

Isnin, 14 Jun 2010

Kenyataan media Ahli Parlimen kawasan Taiping, YB Tuan Nga Kor Ming di Dewan Rakyat pada 14-6-2010

(Kuala Lumpur 14hb Jun, 2010)

Ahli Parlimen Kawasan Taiping Nga Kor Ming hari ini melahirkan perasaan amat terkejut apabila Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kontrak sebanyak RM811 juta untuk pembinaan Istana Negara Baru tidak dijalankan dengan sistem tender terbuka sebaliknya ia dikurniakan secara rundingan terus.


Nga Kor Ming, ketika membangkitkan soalan lisan di Dewan Rakyat pagi ini berkata, mengikut arahan perbendaharaan, setiap perolehan dan pembelian awam oleh kerajaan melebihi RM200,000 perlu dijalankan secara sistem tender terbuka, tetapi pembinaan Istana Negara yang merupakan lambang kemegahan Negara dan tempat bersemayam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Permaisuri Agong telah gagal menepati garis panduan perbendaharaan.

Nga berasa terkejut dimana kos projek itu melambung naik lebih 100% dalam tempoh 5 tahun. Menurut beliau, bekas Menteri Kerja Raya, Dato Seri Samy Vellu, ketika mengumumkan pembinaan Istana Negara pada tahun 2006, nilai harga projek tersebut adalah sekitar RM400 juta. Bagaimanapun, kini kosnya telah melambung naik menjadi RM811.2 juta, satu peningkatan yang mengejut. Beliau berasa bimbang samada kos melambung naik kerana tidak ada tender terbuka sebaliknya ketiga-tiga komponen projek diberikan secara rundingan terus kepada Syarikat Maya Maju dan Syarikat Ahmad Zaki Berhad.

Nga membidas kerajaan BN dengan amalan rundingan terus yang jelas bercanggah dengan New Economic Model(NEM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada April, tahun ini.

Nga dalam soalan tambahannya juga berkata, mengambil ikhtibar dari kejadian keruntuhan Bangunan Stadium Batu Buruk di Terengganu yang menelan belanja RM280 juta pada 2009, kerajaan perlu menyediakan ciri-ciri keselamatan yang sempurna untuk memelihara keselamatan kerabat Diraja dan orang kenamaan Negara. Beliau menggesa supaya bangunan Istana Negara baru yang bakal menjadi mercu tanda Negara seharusnya juga mematuhi garis panduan Green Development Guideline, sejajar dengan wawasan membela Alam Sekitar. 

Bangunan Stadium Batu Buruk di Terengganu yang menelan belanja RM280 juta runtuh berkecai apabila hanya diguna pakai lebih kurang 10 bulan. 

Nga Kor Ming juga menyarankan Bangunan Istana Negara sedia ada yang dibina pada tahun 1928 dan diwartakan sebagai Istana Negara pada 1957 perlu dibela sebagai Bangunan Warisan Negara dan tidak boleh diabaikan sebagai satu lagi projek “Gajah Putih” yang menjadi usang dan terbengkalai setelah bangunan baru siap.

Nga Kor Ming

Ahli Parlimen Taiping/P060

Khamis, 10 Jun 2010

Kelakuan wakil rakyat Barisan Nasional harus diperbaiki.



Kenyataan media daripada D.Tanabalan, Setiusaha Politik kepada YB. M. Kula Segaran Ahli Parlimen Ipoh Barat di Ipoh pada 10hb Jun 2010.

Kelakuan wakil rakyat Barisan Nasional harus diperbaiki.


Berturutan dengan pertengkaran di antara wakil rakyat BN dan PR semasa mesyuarat meja bulat di ruang rehat parlimen mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan kemasukan ke kolej matrikulasi.

Sebenarnya isu yang dibincangkan semasa mesyuarat meja bulat adalah satu isu yang penting bagi generasi kaum India akan datang tetapi wakil rakyat BN memandang rendah terhadap mesyuarat tersebut serta menganggu mesyuarat supaya dihentikan.

Ini adalah kerana kelakuan Ahli Parlimen Barisan Nasional memang tidak bermoral, tidak bersopan dan memalukan serta mendiskriminasi kaum India di Malaysia.

Mesyuarat ini adalah satu perbincangan mengenai sistem kuota biasiswa JPA dan kemasukan ke kolej matrikulasi antara kaum di negara ini,

Wakil rakyat BN telah mencerobohi mesyuarat itu tanpa diundang, padahal ini adalah satu mesyuarat mengenai isu bagi kaum India. Tambahan pula YB. M. Kula Segaran telahpun mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan.

Sepatutnya wakil rakyat BN harus menunjukkan kelakuan yang positif serta harus bersedia berhadapan dengan kritikkan dan menghormati wakil rakyat PR supaya dapat membentangkan keputusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

Jika mereka tidak berpuas hati, maka mereka bolehlah membahaskannya di dalam Dewan Parlimen dan bukannya ditempat mesyuarat yang dibenarkan atau diluluskan.

Bila kita mengimbas kembali insiden-insiden sebelum ini seperti YB. Karpal Singh yang diancam oleh pemuda UMNO.

Dimanakah pendirian wakil rakyat Barisan Nasional semasa Pemuda UMNO mengancam keselamatan YB. Karpal Singh.? Bukankah ianya bermaksud Ahli-Ahli Parlimen BN hanya mahu mementingkan kepentingan diri sendiri mereka sahaja.?

Kenapakah isu keselamatan kepada wakil rakyat tidak dipersoalkan semasa YB. S.K. Devamany membawa rakan-rakan orang asli untuk lawatan ke Parlimen?

Parlimen adalah tempat yang rakyat boleh datang, bukan hanya terhad kepada mereka yang tertentu. Bertengkar dihadapan rakyat awam adalah satu kesilapan yang paling besar dan ini akan menjatuhkan imej serta kemuliaan Parlimen negara ini.

Kelakuan Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Parlimen Tangga Batu sememangnya diketahui oleh ramai orang. Tetapi tindakan beliau bersama Ahli Parlimen BN yang memarahi orang-orang India jelas menunjukkan bahawa mereka ini menentang habis-habisan kepentingan pendidikan kaum India.

Objektif mereka berbuat demikian adalah untuk menunjukkan keberanian berhaluan kosong sahaja. Sikap sedemikian boleh diklasifikasikan sebagai satu sikap yang cukup kurang ajar dan memaparkan ketiadaan unsur-unsur perikemanusiaan terhadap kaum India.

Bagaimanakah mereka ini boleh berkhidmat untuk demi kepentingan rakyat umum sebagai seorang ahli parlimen? Mengapakah semasa wakil rakyat BN mengadakan mesyuarat di Parlimen bersama rakyat  tidak pernah dihalau keluar?

Oleh yang demikian, kami daripada Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Ipoh Barat menegaskan serta memberikan amaran kepada wakil-wakil rakyat BN supaya mengikuti lunas-lunas kemuliaan Parlimen serta meminta maaf secara terbuka kepada seluruh kaum India atas perbuataan mereka.

Kami juga mendesak supaya mereka meminta maaf kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan serta merta. Pada masa yang kami juga ingin mencabar Ahli-Ahli Parlimen MIC untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu ini serta ingin menasihat supaya bersuaralah demi masa depan kaum India dan janganlah menyembunyikan diri dibawah payung UMNO/BN.

Nota: Gambar bagi yang duduk dari kiri Sdri. Jayalachimi, Setiausaha Hal Ehwal Wanita cawangan DAP Ipoh Barat Sdr. A. Wasu, Pengerusi cawangan DAP Maxwell, D. Tanabalan, Pegerusi cawangan DAP Kepayang, Sdri. S. Sarala Devi, Setiausaha cawangan DAP Taman Merdeka, P. Sugumaran, Pengarah Biro Pendidikan DAPSY Perak.

D. Tanabalan
010-3993 020