PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Jumaat, 19 Mac 2010

Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 19/03/2010

  Encik Low Yong Fong 016 500 5092

  Puan Kasiamah a/p Rengasamy 05 3678096

 Encik Chong Koi Ngau 017 514 5832
 
Encik Ching Ah Nyie 016 596 1275 

Masalah setinggan Tronoh Mines Jalan Bota telah ujud lebih 80 tahun sejak zaman perlombongan oleh Tronoh Mines Limited,Tronoh. Kebanyakkan daripada penduduk kawasan ini asalnya pekerja-pekerja lombong timah dan kawasan perlombongan timah ini adalah antara yang terkemuka di Negeri Perak. Wlaupun operasi perlombongan timah telah dihentikan dalam tahun 60-an tetapi penduduk-penduduk di kawasan itu juga kekal sebagai penghuni setinggan di situ. Ramai juga telah berpindah ke tempat lain mengikut peredaran masa.

Walaubagaimanapun ada juga beberapa orang penduduk yang masih menetap di kawasan Tronoh Mines ini dengan harapan kerajaan akan memberi sebidang tanah agar mereka dapat terus mendiami kawasan tersebut. Pihak pentadbir tanah telah meninjau kawasan ini beberapa kali yang mana telah menambahkan harapan bahawa mereka akan memperolehi tanah tersebut dalam masa terdekat tetapi harapan mereka masih tidak terkabul sehingga ke hari ini.

ADUN Tronoh Yb V.Sivakumar telah mengunjungi tempat ini dan bermesyuarat dengan para penduduk kawasan ini. YB V.Sivakumar juga pernah membawa wakil penduduk ke pejabat Tanah dan Daerah Batu Gajah untuk mengetahui status dan perkembangan terkini mengenai isu setinggan Tronoh Mines. Hasil daripada perbincangan dengan pentadbir tanah, adalah difahamkan bahawa tapak setinggan Tronoh Mines ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan bil: 1534 bertarikh 28hb November 2008. Sehubungan dengan itu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pemaju bilangan 6(3/08) bertarikh 25hb Ogos 2008 telah meluluskan Syarikat Bumimaya Sdn Bhd bagi memajukan kawasan kediaman setinggan Tronoh Mines tersebut seluas 17.95 ekar. Selepas itu tidak apa-apa perkembangan terbaru dalam usaha menyelesaikan masalah ini.

Yb V.Sivakumar juga telah berjumpa dengan pihak Syarikat Bumimaya Sdn Bhd untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kelambatan projek tersebut. Untuk menyelesaikan masalah ini adalah wajar pihak pemaju mengadakan sesi dialog dengan para penduduk setinggan Tronoh Mines dengan kadar segera. Jika tidak ada inisiatif untuk berdialog maka masalah ini tidak akan terselesai dan dimakan zaman.

Oleh itu Yb V.Sivakumar mengharapkan supaya pihak pentadbir tanah bersama-sama dengan pemaju menyelesaikan masalah secara prihatin. Beliau juga sanggup membantu ketiga-tiga pihak tersebut dalam mendapatkan persefahaman supaya penduduk-penduduk setinggan ini mencapai harapan mereka.

Antara penduduk yang ditemui Encik Low Yong Fong(64 tahun) telah tinggal disini sejak dilahirkan pada tahun 1946.Beliau sangat khuatir kerana tidak dapat membaiki rumahnya kerana tidak mempunyai geran rumah. Encik Low yang tinggal disini bersama isteri dan cucunya sangat mengharapkan pihak berkenaan mempercepatkan proses agar beliau boleh mendapatkan geran rumah.

Puan Kasiamah(73 tahun) telah menetap disini selama 55 tahun tetapi rumah yang didiaminya telah berusia lebih daripada 90 tahun.Beliau sangat mengharapkan geran untuk rumahnya.Beliau juga meminta pihak berkuasa dapt mempercepatkan proses ini kawasan ini tidak ada kemudahan asas seperti lampu jalan serta jalan bertar. Tambah beliau lagi kawasan ini juga tidak mendapat semburan ubat nyamuk oleh Kementerian Kesihatan untuk sekian lama. 

Encik Chong Koi Ngau(61 tahun) telah menetap di sini sejak dilahirkan pada tahun 1949. Rumahnya pula telah berada di kawasan itu lebih kurang 100 tahun. Sangat berharap untuk mendapatkan geran dan pihak berkuasa mengambil tindakan.

Encik Chong Ah Nyie(59 tahun) telah menetap disini sejak dilahirkan pada tahun 1951.juga mengharapkan pihak berkuasa memberikan geran untuk rumahnya.

Sekian


Thiruthani Kannavelo
017 559 9725

    

Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 19/03/2010

Pusat Perkhidmatan Masyarakat DUN Tronoh menerima aduan daripada penduduk-penduduk Kampung Baru Bemban berhubung kekerapan bekalan elektrik terputus. Perkara ini telah dibawa kepada perhatian Pihak Pengurusan Tenaga Nasional Berhad Batu Gajah.

Sebagai respon pihak Tenaga Nasional Berhad Batu Gajah telah memberi penjelasan bahawa kejadian henti tugas atau gangguan bekalan elektrik pada 02/03/2010 yang lalu disebabkan berlakunya kerosakankabel bawah tanah antara pencawang elektrik Kampung Bali ke '4 pole structure' Kampung Air Denak yang terkena korek oleh pihak kontraktor untuk projek pelebaran jalan di situ. Walaubagaimanpun masalah itu telah diselesaikan oleh pihak TNB setelah menerima aduan.

Dalam pada itu pihak TNB sedang membuat penyuisan secara berperingkat untuk atau bagi mencari kawasan yang rosak;seterusnya mengasingkan daripada sistem pepasangan sehingga kerja-kerja siap sepenuhnya. Disebabkan oleh kerja-kerja penyuisan dan pengasingan inilah yang telah berlakunya gangguan bekalan elektrik sebanyak 4 kali pada 02/03/2010 lalu. Tambahan pula pihak pihak TNB Negeri Perak sedang giat berusaha untuk menambahbaikan sistem pepasangan dengan menggantikan sistem 22kV kepada sistem 11kV yang lebih berdaya untuk masa hadapan.

Dengan itu ADUN Tronoh Yb V.Sivakumar menyeru agar para penduduk di persekitaran ini supaya bersabar jika terdapat gangguan seumpama ini pada masa hadapan sehingga semua kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan oleh pihak TNB untuk manfaat bersama.

Sekian


Thiruthani Kannavelo  
   

Perkhidmatan pesakit luar di Hospital Batu Gajah

Yb bersama Puan Norma

 Encik Subramaniam 

 Encik Krishnan

 Cik Zaizazuri

 Encik Jasmal Singh

 (2010/3/11)

Perkhidmatan pesakit luar di Hospital Batu Gajah adalah amat mengecewakan. Keadaan ini terbukti apabila para pesakit terpaksa menunggu berjam-jam untuk berjumpa dengan doktor. Tempat menunggu pula agak sesak kekurangan tempat duduk. Malah kemudahan untuk orang kurang upaya serta warga emas juga tidak tersedia. Banyak aduan serta rungutan daripada orang awam timbul akibat keadaan ini. Antaranya:
Encik Subramaniam(54thn) yang berkata bahawa beliau telah datang ke hospital pada pukul 8.30 pagi dan masih lagi menunggu hingga pukul 11.10 pagi. Beliau agak kecewa kerana walaupun diberi nombor giliran di kaunter pendaftaran, sistem ini tidak digunapakai kerana kerosakan kaunter paparan nombor giliran yang menyebabkan semua pesakit dipanggil secara seorang demi seorang. Perkara ini nyata menimbulkan rasa kurang selesa tambah Cik Zaizazura(22 thn) dari Lahat serta dan Encik Krishnan (62 tahun) dari Taman Changkat Mewah . Ini adalah kerana jikalau adanya sistem penomboran dan kaunter paparan berfungsi dengan baik ianya akan memudahkan mereka untuk membuat perkara lain tanpa membuang masa menunggu.

"Kalau hendak pergi ke tandas pun susah kerana jika nama pesakit dipanggil sekali dan pesakit tersebut tidak berada di tempat rawatan maka terlepasleh gilirannya" ujar Encik Ko Pee Yu (70 thn). Puan Norma (50 thn) dari Batu 5 Jalan Gopeng mengeluh kerana beliau terpaksa menunggu lama walaupun ibunya seorang warga emas. Padahal pihak hospital perlu menyediakan perkhidmatan khas untuk warga emas. Beliau juga agak kesal kerana membuang masa dengan menunggu begitu lama padahal dia terpaksa menghantar anak-anaknya ke sekolah. Encik Jasmal Singh(50thn) dari Desa Changkat juga agak kesal dengan tahap perkhidmatan kerana telah menunggu hampir 3 jam. Beliau mengadu kenapa kaunter paparan nombor giliran tidak diperbaiki dan sistem manual digunakan. 'Ianya akan mengambil masa yang agak panjang dan tidak mengikut urutan ' katanya lagi. Melihatkan keadaan orang ramai masih menunggu Encik Ramalingam (46 thn) dari Ara Payung terpaksa membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan doktor kerana khuatir dia terpaksa menunggu untuk masa yang lama dan ini bukan kali pertama beliau menghadapi senario ini.

Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak boleh dinilai dengan adanya struktur-struktur bangunan yang besar dan tinggi mencakar langit. Kemajuan yang sebenar adalah dari segi pembangunan ehsan. Perkhidmatan yang cemerlang harus diberi oleh semua sektor kerajaan terutamanua sektor kesihatan. Jika ia gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pesakit-pesakit maka ia membuktikan kemunduran sesebuah negara. Di negara-negara mundur di dunia ini, sektor kesihatan disana tidak menggalakkan dan mereka berada dalam keadaan yang mundur. Jika di Malaysia juga,sektor ini tidak diberi keutamaan, apalah bezanya Malaysia dengan negara-negara mundur di dunia. Melihatkan keadaan perkhidmatan di Hospital Batu Gajah yang serba kekurangan ini membuktikan aspirasi kerajaan untuk "rakyat didahulukan" diketepikan sama sekali.

Dicadangkan supaya menambahkan bilangan doktor di Jabatan pesakit luar dan juga perbaiki semua kaunter  paparan nombor giliran diperbaiki agar orang ramai tidak keliru. Juga diharapkan pihak hospital juga menyediakan kemudahan-kemudahan asas di hospital untuk keselesan orang ramai. Adalah tidak wajar untuk kerajaan memperkenalkan Klinik 1 Malaysia dengan belanja berbillion ringgit walhal hospital-hospital dan klinik-klinik desa tidak ditadbir dengan baik dan kekurangan.

sekian

V.Sivakumar

Selasa, 16 Mac 2010

Media statement by M. Kula Segaran



(Sat, 13 March, 2010)

Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB M.Kulasegaran hari ini telah menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 70 warga emas dalam majlis yang dianjurkan bersama cawangan-cawangan DAP kawasan Ipoh Barat di Kg.Tawas.

Majlis anjuran bersama cawangan-cawangan DAP kawasan Ipoh Barat dan Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga dihadiri oleh Sdr. Cheong Chee Khing, Sdr. Frankie Wong,Sdr. D.Tanabalan,Sdri Jessy Yoon, Sdr. A.Wasu, Sdr. Sugumaran, Sdr. Anandhan, Sdr. Tham Yee Chin, Sdr. Tan Hong Lau, dan lain-lain lagi.

Kenyataan Akhbar daripada M. Kulasegaran, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Ahli Parlimen Ipoh Barat di Kg. Tawas, Ipoh pada 13/02/2010.

Kerajaan harus memberi lebih banyak sumbangan kepada warga emas dan rumah orang tua.

Sumbangan yang dihulurkan kepada warga emas adalah untuk meringgankan beban harian mereka serta ianya merupakan satu-satunya peluang untuk menghargai jasa mereka. Lebih-lebih lagi, ianya adalah wajar untuk kita menghargai segala pengorbanan mereka dengan menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan.

Pemberian sumbangan kepada warga emas tidak sepatutnya terhenti dengan pemberian keperluan harian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal malah harus dipertingkatkan dengan rawatan perubatan harian mereka.

Adalah kewajipan kerajaan untuk menangung keselesaan kesihatan mental dan fizikal warga emas di Malaysia.

Oleh kerana itu, kerajaan patut bertanggungjawab untuk meningkatankan peruntukan bagi warga emas dan rumah orang tua.

Kerajaan juga harus memberikan bantuan perubatan kepada orang-orang tua dengan menghantar doktor dan jururawat yang terlatih khususnya untuk menjalankan rawatan di rumah orang tua secara teratur.

Pada bulan Julai tahun lalu, sebuah laporan Starprobe telah membawa kepada pengetahuan masyarakat bahawa peningkatan bilangan warga emas yang dihantar atau boleh dikatakan dibuang ke hospital dan terbiar di jalan raya.

Walaubagaimanapun kerajaan mempunyai kewajipan untuk menghentikan tindakan kejam seperti ini yang dilakukan kepada warga emas. Janganlah masalah ini menjadi masalah yang serius dan mengkhawatirkan masyarakat.

Di Singapura terdapat undang-undang di bawah Akta Penjagaan Orang Tua 1996 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika anak-anak mereka membiarkan orang tuanya. Malaysia harus mengimplimentasikan undang-undang seperti ini supaya dapat mengurangkan masalah ini berlanjutan.

Kerajaan harus mempertimbangkan perkara ini dari segi perundangan dan kewangan untuk membantu individu daripada menghantar  ibubapa mereka ke rumah orang tua. Bagi mereka yang meninggalkan orang tua mereka di hospital atau di Jalanraya, mereka dihukum dengan menghantar mereka ke penjara.

M. Kulasegaran
012-5034346

Ahad, 7 Mac 2010

YB Nga Kor Ming : Rakyat harus menolak budaya Bohong BN demi integriti Negara

(Gambar 1 ) Lebih 3,000 orang rakyat membanjiri tempat Ceramah Pakatan Rakyat di Taiping.

(Gambar 2) Nga Kor Ming menyeru rakyat menolak budaya bohong pimpinan BN demi maruah bangsa dan Negara.

(Gambar 3) Tokoh PAS, Mohomed Sabu menyeru rakyat tinggalkan politik perkauman dan amalan rasuah politik yang kian serius.


( Taiping , 7/3/2010)

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menyeru rakyat Malaysia menolak budaya bohong yang semakin menular oleh pimpinan Barisan Nasioanl kerana jika budaya buruk ini tidak ditegah, kemungkaran sedemikian akan menjejaskan intergiti Negara.

Nga, yang juga setiausaha DAP Negeri Perak semasa berucap di ceramah perdana di sini anjuran Pakatan Rakyat kawasan Taiping berkata, baru-baru ini ramai pemimpin kerajaan telah bercakap bohong demi kepentingan dan agenda peribadi. Sebagai contoh, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menuduh kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena perayaan Maulidul Rasul tetapi terbukti ia fitnah semata-mata. Sebaliknya Kerajaan Pulau Pinang telah menjemput Muhyhiddin turut serta dalam perarakan Maulidul Rasul tetapi pemimpin kerajaan tersebut telah memilih sunyi seribu bahasa. Selain itu, Menteri Besar Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir telah mengumumkan Perak Berjaya menarik perlaburan asing setinggi RM11.6 billion pada 2009 tetapi terbukti pengumuman tersebut adalah bermotif menipu orang ramai kerana mengikut Jabatan perangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Negeri yang menarik paling banyak perlaburan asing pada 2009 adalah Sarawak dengan RM8.4 billion sahaja dan diikuti oleh Negeri Selangor dengan mencatat jumlah perlaburan sebanyak RM6.7 billion. Ini terbukti pimpinan Barisan Nasional kini berada dibawah keadaan terdesak sehingga sanggup bercakap bohong.

“Zamry juga mendakwa kerajaan PR Perak tidak pernah melantik ADUN dan Ahli Parlimen BN duduk dalam Jawatankuasa tindakan Daerah, tetapi fakta sebenarnya adalah beliau telah ponteng mesyuarat dan bukan tidak dilantik.” Beliau berkata.

Nga juga berkata, perjuangan UMNO-BN jelas adalah untuk kuncu-kuncunya dan bukan orang Melayu. Mengikut penangkaan majalah The Malaysian Business, anak-anak tokoh UMNO kebanyakan menjadi kaya-raya, termasuk anak Tun Dr Mahathir, iaitu Dato Mokzani Mahathir yang mempunyai kekayaan RM1.7 billion dan menduduk tangga 20 orang paling kaya di Malaysia. Selain itu, anak Tun Abdullah Badawi, Kamaruddin Abdullah juga dilaporkan mempunyaai kekayaan sebanyak lebih RM300 juta. Menantunya Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda UMNO juga pernah dilaporkan membeli saham Syarikat Bursa Malaysia, ECM Libra dengna harga RM9.2 juta; Adik Perdana Menteri kini, Dato Nasir Bin Tun Razak juga dilaporkan mempunyai kekayaan lebih RM1 billion. Jelas terbukti perjuangan UMNO adalah untuk segelintir orang yang kaya-raya dan menjaga kebendaan mereka kerana UMNO sendiri sentiasa mengeluarkan propaganda bahawa orang Melayu adalah kaum paling miskin di tanahair kita walaupun UMNO sudah perintah 54 tahun. “UMNO tipu Melayu, MCA tipu Cina, dan BN tipu semua rakyat Malaysia!” beliau berkata demikian sambil menerima sambutan dan laungan dari para hadirin.

Nga Kor Ming hari ini berceramah bersama pemimpin PAKATAN RAKYAT lain termasuk Ahli Majlis Tertinggi PAS, Mat Sabu dan mantan Pengerusi Parti KeAdilan Negeri Perak, Ismail Yussof. Ceramah tersebut yang bertempat di Bukit Jana, Taiping telah Berjaya menarik lebih dari 3,000 orang rakyat yang membanjiri tempat ceramah tersebut. Sambutan hangat orang Melayu menunjukkan bangsa Melayu turut mendokong perjuangan Pakatan Rakyat yang membantah politik rasuah dan perkauman yang diapi-apikan oleh UMNO-BN.

Tokoh PAS, Mohamed Sabu ketika berceramah berkata, buah busuk dalam Pakatan kini mula menunjukkan wajah sebenar mereka dengan meninggalkan parti sambil tergamak merosakkan nama baik parti Beliau mencabar “katak-katak” tersebut bersumpah kepada Allah bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang habuah rasuah. “Kita bersyukur bahawa api dalam sekam sedemikian meninggalkan Pakatan, kerana ia adalah satu proses pembersihan. Perbuatan mereka yang menderhaka rakyat mencerminkan kecetekan pemikiran golongan tersebut yang jelas UMNO adalah dalang disebalik perbuatan kianat mereka. ”