PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 29 November 2010

DAP Perak bongkar wang kerajaan Negeri Perak kurang RM85 juta dalam satu tahun, rakyat berhak tuntut kisah benar


(Gambar) 1 : Terbongkar! Laporan Ketua Auti Negara membuktikan bahawa kumpulan wang bersatu kerajaan Negeri Perak merosot RM85.32 juta dalam 1 tahun.

 (Gambar) 2 : DAP Perak mehu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat atas siri bajet deficit dan projek awam yag terbengkalai dalam negeri. Dari kanan The Hock Ke, Nga Kor Ming, Lim Pek Ha dan A. Sivasubramaniam.

(Ipoh 29 hb November, 2010)

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%.

Selain daripada itu, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan semenjak rampasan kuasa.
Nga berkata di sidang akhbar hari ini bahawa semasa Pakatan Rakyat memimpin Negeri Perak, kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin telah berjaya meningkat pendapatan kerajaan tanpa menaikkan sebarang cukai membebani rakyat.

Dengan pentadbiran bersih, telus dan cekap, kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan Negeri.

Bagaimanapun, sejak BN merampas kuasa dengan 3 orang wakil rakyat yang mengkhianati rakyat, Menteri Besar BN, Dato Seri Dr Zamry Bin Abdul Kadir telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28/10/2009, kemudian disusuli dengan satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3/8/2010 dan dijangka defisit semasa pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Negeri pada hari besok, iaitu 30/11/2010 akan mencecah paras RM29 juta lagi. Sebagai natijah, jumlah Defisit Kerajaan Negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta!

Nga, yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, dibawah pemerintahan BN, Negeri Perak turut dilanda projek-projek awam yang menelan belanja puluhan juta ringgit tetapi didapati terbenglakai, menjadi semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

Yang memeranjatkan adalah antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai, sekurang-kurang 5 buah projek menelan belanja RM5 juta terletak dalam kawasan Menteri Besar sendiri di dalam DUN Pangkor. Ini terbukti kepimpinan BN gagal menunjukkan teladan yang baik dan contoh buruk tersebut patut ditegur oleh rakyat jelata yang membayar cukai.

Nga Kor Ming menyenaraikan nama-nama projek tersebut dan meminta Menteri Besar memberikan penjelasan kepada rakyat demi tanggungjawab yang diamanahkan :-


Nama Projek                                     Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik                         2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar       10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa                                    790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor                    260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor                 1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor               1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B                                 380,000.00
                                                ---------------------- 
Jumlah Kos                                             RM17.32 juta

Turut hadir siding akhbar hari ini adalah ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Menglembu, Lim Pek Ha dan setiausaha organisasi Negeri DAP Perak, Teh Hock Ke.

Khamis, 18 November 2010

PRU: Pakatan Perak sudah sedia tumbang BN, kata pengerusi DAP

Oleh Clara Chooi, The Malaysian Insider
November 17, 2010

AYER TAWAR, 17 Nov - Empat hari ini selepas pemilihan sengit, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat.

Berbanding negeri-negeri lain, Pakatan Rakyat Perak dikatakan lebih padu di sebalik krisis politik yang menimpa negeri itu awal tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri jatuh ke tangan BN.

Pakatan Rakyat masih melihat perubahan awal 2009 sebagai satu bentuk ‘rampasan kuasa’ oleh BN, yang turut membawa kepada krisis perlembagaan negeri.

Dalam temu bual eksklusif, Pengerusi DAP Perak yang baru Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sejak ‘rampasan’ kuasa lebih setahun lalu, kesemua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di negeri terus-menerus bekerja keras untuk memastikan satu lagi “kemenangan”, yang lebih besar berbanding 2008, dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saudara-saudara kami dalam Pakatan Rakyat, kami sangat rapat di Perak, bukan hanya disebabkan krisis tetapi disebabkan kami mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik, disegani, matang dan berupaya.

“Dan, ya, kami sudah bersedia (untuk menghadapi pilihan raya umum). Sebenarnya kami berada dalam persekitaran pilihan raya sejak (kuasa) kerajaan negeri disambar. Dan, sekarang pilihan raya akan dipanggil pada bila-bila masa, kami sudah bersedia.

“Saya percaya jentera pilihan raya kami berada dalam kedudukan mantap,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini.

Bagaimanapun Ngeh mengakui, ekoran siri peristiwa ketika krisis perlembagaan selepas kuasa kerajaan negeri disambar, jentera Pakatan Rakyat kini amat terdesak untuk mendapatkan lebih banyak dana dan dalam kadar secepat yang mungkin.

“Apabila jentera kami diperkaya, maka kami boleh bergerak dengan lancar. Kami telah membelanjakan jumlah yang banyak bagi membiayai perbelanjaan khususnya untuk membayar kos kepada BN ketika kes mahkamah,” kata beliau.

Pakatan Rakyat Perak terlibat dalam siri kes mahkamah ke atas BN sejak Februari 2009, dalam usaha mengisytiharkan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

Pun begitu, bekas exco kerajaan negeri kanan Perak ini berkata, pihaknya sudah berjaya menyaksikan kemajuan dalam menerokai sokongan di kalangan pengundi kawasan luar bandar di mana ia kalah besar di tangan BN pada 8 Mac 2008.

Pada 2008, Perak yang secara tradisi dikuasai, BN jatuh ke tangan pembangkang dengan perbezaan hanya tiga kerusi.

DAP menyapu bersih di kesemua 18 kerusi yang ditandingi khususnya di kawasan Lembah Kinta manakala PKR menang di tujuh kerusi manakala PAS pula enam.

BN pula terus bertapak di 28 kerusi, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang majoriti adalah pengundi Melayu. MCA menang satu kerusi manakala MIC kalah teruk.

PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada awal pagi 9 Mac 2008 - sehari selepas pengundian.

Bagaimanapun kerajaan negeri Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga wakil rakyatnya - dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar dan mereka bertindak sebagai anggota mesra BN.

Selepas siri usaha perundangan untuk memperoleh kembali kuasa kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Perak kini memberi tumpuan untuk mendapatkan semula kemenangan dalam pilihan raya umum tergempar yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Sabtu ini, dijangka memberi tumpuan ke atas persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan konvensyen mereka.

Di Perak, halangan besar Pakatan Rakyat ialah mendapatkan undi orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan separa bandar dan luar bandar yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Ngeh kekal yakin bahawa disebabkan gabungan ketidakadilan yang disebabkan oleh BN dan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama 10 bulan, pengaruh mereka di kalangan pengundi terus mengalami peningkatan.

“Kami percaya dan berharap bahawa kini kami memiliki sekurang-kurangnya 40 peratus sokongan pengundi Melayu dari kawasan luar bandar,” katanya.

“Secara ideal, sasaran kami bukan untuk menang dengan majoriti tiga kerusi. Kali ini, kami meletakkan sasaran untuk menang dua pertiga daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak,” kata Ngeh.

Ngeh juga mendakwa berdasarkan pada sentimen umum pengundi di kawasan-kawasan kuat Umno, pengundi-pengundi Melayu kini lebih terbuka ke arah Pakatan Rakyat.

“Ia satu perubahan besar. Sebelum Mac 2008, DAP tidak boleh menaikkan bendera di kawasan-kawasan itu. Kami tidak boleh masuk langsung wilayah mereka.

“Tetapi sekarang, mereka mengalu-alukan saya dan apabila saya datang, saya bercakap kepada kehadiran sekitar 2,000 orang, saya merasakan diri saya dialu-alukan,” kata beliau.

DAP, kata beliau, sudah tidak lagi dianggap sebagai parti “cauvinis Cina atau parti komunis.”

Begitu juga sebaliknya kata Ngeh sambil menambah, pengundi komuniti Cina juga sudah tidak bimbang dengan parti-parti berorientasikan bukan Cina.

Kata beliau, mereka sudah mula menerima parti-parti pelbagai kaum seperti PKR dan PAS yang berlatarbelakangkan dasar Islam.

“Ini yang kami lakukan sekarang bagi memastikan ada sokongan bukan Melayu bagi PKR dan PAS di kawasan yang DAP tidak bertanding,” katanya.

Kata beliau, pihaknya kini dalam proses memujuk masyarakat Cina agar tidak bimbang dengan kedua-dua parti itu dan sedang bergerak untuk melepasi halangan-halangan sedemikian di Perak.

Bercakap mengenai strategi, kata Ngeh, gandingan Pakatan Rakyat sudah ada perwakilan di kesemua 24 bahagian Parlimen di negeri itu.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa perhubungan Pakatan Rakyat di setiap kawasan Parlimen, diwakili oleh sembilan orang, dengan tiga wakil daripada setiap parti,” kata beliau.

Tambah beliau, setiap parti komponen Pakatan Rakyat juga dijangka menyediakan perkhidmatan di kawasan yang kemungkinan mereka akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Ngeh juga berkata, peruntukan kerusi membabitkan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dijangka sama seperti dua tahun lalu.

“Ia bukan satu masalah bagi kami. Benar, DAP menyerahkan dua kerusi kepada PKR, tetapi kami tidak bergaduh sesama kami untuk kerusi.

“Apa yang penting ialah hubungan kami kukuh. Itu sebabnya, Pakatan Rakyat Perak sangat rapat... kawasan anda dianggap sebagai kawasan kami dan kami melihat kami sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, bukan hanya pemimpin parti sendiri,” kata beliau lagi.

Pada 8 Mac 2008, DAP bertanding di 18 kerusi, PKR di 20 kawasan manakala PAS pula 21.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pru-pakatan-perak-sudah-sedia-tumbang-bn-kata-pengerusi-dap/

D. Tanabalan : Mangsa banjir harus diperhati




Kenyataan media daripada D. Tanabalan, Setiausaha Politik kepada YB. M. Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat pada 16hb November 2010 di Bercham, Ipoh.

Mangsa banjir harus diperhati

Penduduk kawasan Taman Desa Impian meminta pihak berkuasa untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah dengan serta merta. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini Taman Desa Impian dan beberapa taman di Bercham sering dilanda banjir.

S. Arumugam, 38 berkata paras air telah mencecah sehingga paras pinggang. Akibat daripada banjir ini beliau mendapati barang-barang kelengkapan rumah seperti perabot, pakaian, barangan elektrik, keperluan sekolah anak-anaknya serta makanan telah rosak.

Beliau pernah melaporkan aduan beliau di MBI, justera itu sub contractor MBI telah mula membersihkan longkang-longkang di hadapan dan di belakang rumah. Walaubagaimanapun beliau menyatakan bahawa monsoon drain tidak dibersihkan langsung.

Semasa lawatan saya ke tempat kejadian memang benar monsoon drain tersebut sumbat dengan takungan air. Ini menyebabkan air tidak dapat mengalir serta mengeluarkan bau yang busuk.

Sharulina Bt. Rusli, 26 dan Noor Fazynn Bt. Abdul Majid, 26 pula masing-masing mengalami kerosakan harta benda. Apabila menemui penduduk-penduduk di situ, saya mendapat tahu bahawa anggaran kerugian setiap penduduk di kawasan tersebut adalah sebanyak RM 3000.00

Di Taman Bercham Baru pula Chia Sing Kui, 33 tidak berpuas hati langsung dengan tindakan pemaju rumah yang menutup saliran pengaliran air ke longkang. Pada November 2009 beliau pernah mengadu bahawa banjir yang mencecah sehingga paras lutut disebabkan oleh pemaju rumah bernama NOVA.

Selepas laporan tersebut, pihak MBI dan pihak Jabatan Saliran dan Perparitan pernah membuat penyiasatan tetapi hasilnya tidak berguna.

Semalam saya telah pun menelefon pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta untuk melaporkan insiden ini. Malangnya pihak kebajikan tidak dapat hadir ke kawasan tersebut kerana sangat sibuk.

Pagi tadi saya bagi pihak pengadu telah membuat beberapa aduan di MBI mengenai banjir dan masalah sampah. DAP berharap pihak MBI, pihak JKM dan pihak Jabatan Saliran & Perparitan serta JKR menjalankan kerja-kerja pemantauan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini.

Tanabalan Devarajoo - 010 3993 020
Political Secretary to YB M. Kula Segaran
Member of Parliament for Ipoh Barat