PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 31 Mei 2010

Berita : Judi rosakkan Negara, DAP Perak mencabar Zamry nyatakan pendirian lesen judi bola

 (Gambar ) : DAP PERAK mencabar Zamry menyatakan pendirian rasmi UMNO dalam perkara lessen judi bola dan jangan terus membisu seribu bahasa. Barisan depan, Nga Hock Cheh, Lim Pek Ha, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, V Sivakumar dan Chen Fock Chye.

(Ipoh 31-5-20100)

Demi membela kepentingan masyarakat dan menjaga keharmonian institusi keluarga, DAP Perak hari ini mencabar Kerajaan Negeri Perak pimpinan UMNO menyatakan pendirian rasmi terhadap pengeluaran lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Razak.


DAP mengecam sikap Menteri Besar Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir yang sehingga kini masih memilih untuk membisu seribu bahasa dalam isu ini walaupun menerima bantahan dari pelbagai pihak .

Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menegaskan sikap UMNO yang meluluskan aktiviti perjudian bola terbukti jelas UMNO  kini sudah menjadi sebuah parti politik yang hipokrit dan tidak berprinsip.

“UMNO kononnya mendokong Islam, tetapi menggalakkan judi bola, sudah tiba masa masyarakat insaf dan menilai semula parti sedemikian.” DAP berkata.

Negeri PAKATAN RAKYAT larang judi Bola

Nga Kor Ming menegaskan bahawa 4 negeri kerajaan PAKATAN RAKYAT, iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor telah membuat keputusan muktamad menghalang aktiviti perjudian bola yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan rapat dengan Berjaya Corporation. Kerajaan Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga telah memutuskan supaya tidak akan membenarkan sebarang lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak untuk bangunan mereka dijadikan pusat judi bola.

Nga berkata, adalah dijangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 billion setiap tahun, kegiatan sedemikian akan memberi impak negetif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan Negara.

“ Sekarang judi bolasepak, barangkali waktu depan judi badminton, judi hoki, judi tennis semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya.”

Nga Kor Ming berkata sedemikian pada satu siding akhbar hari ini di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak. Turut hadir sama adalah Pengerusi DAP PERAK, Dato Ngeh Koo Ham, Pengarah Biro Guaman Negeri, Nga Hock Cheh, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk ADUN kawasan Menglembu, Lim Pek Ha, ADUN Tronoh, V Sivakumar, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN kawasan Canning, Wong Kah Woh dan ADUN Keranji, Chen Fock Chye.

Nga berkata, kerajaan persekutuan memberi alasan pengeluaran lesen judi bola bertujuan untuk mengawal kegiatan judi haram dan ia bertujuan menambah hasil cukai kerajaan RM500 juta setahun. “Dalihan-dalihan sedemikian adalah jelas meleset. Kita lihat kegiatan judi nombor empat ekor, setelah dihalalkan, adakah ia kini berjaya menghapuskan sindiket perjudian bawah tanah? Adakah kerajaan BN kini sudah hampir muflis dan oleh itu terpaksa bergantung kepada hasil cukai judi untuk membangunkan Negara?” Beliau berkata.

Sebuah masyarakat yang ketagih judi adalah sebuah masyarakat yang tidak mempunyai daya saing dan produktiviti, ia juga menjejaskan falsafah pendidikan Negara yang bertujuan mendidik modal insan yang bermoral. DAP mencabar Dato Seri Zamry menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Perak atas soal judi bola dalam tempoh terdekat kerana sikap membisu seribu bahasa menampakkan sikap Zamry yang tidak bertanggungjawab dan jelas terbukti pimpinan tanpa hala tuju.

Sabtu, 22 Mei 2010

YB Nga Kor Ming : Dewan Negara perlu rombakan segera Adakan pilihanraya demi integeriti dan imej Negara

 Gambar 1 : Ahli Parlimen Taiping,  Nga Kor Ming menggesar kerajaan melakukan rombakan ke atas sistem perlantik Ahli Dewan Negara dan adakan pilihanraya untuk Dewan yang mulia tersebut.

 Gambar 2 : Lebih 3,000 orang rakyat pelbagai kaum tetap menghadiri Majlis Perasmian Karnival Demokrasi Pakatan Rakyat selama tiga hari.

(Ipoh, 22/5/2010)

DAP hari ini menyeru pihak kerajaan melakukan rombakan serta melaksanakan sistem pilihanraya untuk Ahli Dewan Negara demi menjaga kedudukan dan integriti Dewan yang mulia itu sebagai badan Senate menyemak dan meluluskan undang-undang dalam Negara ini.


Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming berkata, mengikut perlembagaan persekutuan, hanya rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas, mempunyai pengalaman meluas atau mendapat pengiktirafan tinggi dalam bidang professional masing-masing layak duduk dalam Dewan Negara. Fungsi utama Dewan yang mulia tersebut adalah untuk menyemak dan mengkaji segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah bacaan ketiga oleh 222 orang Ahli Parlimen.

Nga, yang juga Ahli Parlimen Kawasan Taiping ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Demokrasi anjuran Pakatan Rakyat disini berkata, adalah amat dikesali amalan kini oleh pihak kerajaan telah menjatuhkan imej Dewan tersebut dan malahan mereka yang pernah disabit kesalahan oleh Mahkamah dan ramai pemimpin-pemimpin BN yang telah ditolak oleh rakyat semasa pilihanraya umum kini telah dilantik sebagai Senator. “Amalan masuk dari pintu belakang semakin berleluasa dan ini adalah satu bentuk penyalahgunaan budibicara, lebih-lebih lagi antara yang dilantik termasuk mereka yang dianggap oleh pucuk pimpinan BN sendiri tidak layak menjadi calon Dewan Rakyat.” Nga menegaskan.

Walaupun hujan lebat, lebih 3,000 orang rakyat pelbagai kaum tetap menghadiri Majlis Perasmian Karnival Demokrasi Pakatan Rakyat selama tiga hari tersebut. Ramai yang sanggup berpayung sehingga waktu larut malam mendengar ucapan pemimpin PR termasuk Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammed Nizar Bin Jamaluddin.

Nga Kor Ming menyarankan supaya kerajaan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih Ahli-Ahli Dewan Negara. Beliau merujuk kepada phenomena baru-baru ini dimana semakin ramai pemimpin BN yang kalah pilihanraya kini masuk ke Dewan Negara sebagai cara mengagihkan jawatan demi kepentingan parti politik semata-mata. Sebagai contoh, Pengerusi parti GERAKAN, Tan Sri Koh Tsu Khoon,  Naib Presiden MCA, Dato Donald Lim, Timbalan Presiden MIC, Dato G Palanivel, Bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun , Naib Presiden MCA, Gan Peng Shiu serta bekas ketua Pemuda KeADILAn, Ezam Mohd Nor yang pernah disabit kesalahan oleh Mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara kini semua dilantik sebagai Senator, menerima elaun lumayan tanpa mandate dari rakyat Jelata. “Apa criteria pemilihan Senator kini? Slogan kerajaan adalah Rakyat didahulukan, kini dimana suara rakyat?” Nga berkata.

Demi menjaga keutuhan institusi perundangan serta kemuliaan badan Dewan Negara, Nga bercadang supaya kerajaan mencontohi Negara Jepun, Amerika mahupun Philipina mengadakan pilihanraya umum untuk Dewan Negara dan memastikan hanya mereka yang paling layak menduduki kerusi Dewan tersebut.

Khamis, 20 Mei 2010

NASIB PENDUDUK WALLER COURT MEMANG MALANG : Kenyataan Media daripada D. Tanabalan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat, Pengerusi DAP Kepayang di Ipoh pada 18hb Mei 2010.



(18hb Mei 2010)

Begitulah keadaan penduduk rumah pangsa Waller Court semasa tinjauan kami dari Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat yang ke Waller Court yang terletak di Jalan Dato Jaafar di Ipoh.

Rumah pangsa adalah milik Majlis Bandaraya Ipoh yang disewakan kepada golongan berpendapatan rendah disekitar bandaraya Ipoh. Sewa bulanannya adalah dari RM70 sehingga RM120, iaitu mengikut bilangan bilik.

Rumah pangsa Waller Court ini telah dibina pada tahun 1962, kebanyakan penduduk disini adalah dari kalangan orang tua dan yang bersara, juga boleh dikataan mangsa lepasan keluarga kandung atau anak-anak mereka.

Keadaan mereka disini menjadi lebih teruk apabila MBI seolah-olah menganak tirikan mereka.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk Waller Court boleh dikelaskan kepada beberapa ketagori seperti di bawah:-

Kebersihan di sekitar rumah pangsa

Pemungutan sampah sarap tidak mengikut waktu masa yang ditetapkan, akibatnya penduduk disitu terpaksa menghidu bau yang busuk sepanjang minggu.

Rumput tidak dipotong mengikut masa, tempat permainan kanak-kanak telah tergadai kepada “lepak king”.

Saluran paip bocor dan longkang tersumbat di mana tidak dibersihkan sejak beberapa bulan lalu. Keadaan longkang yang pecah dan tiada penutup amat merbahayakan bagi kanak-kanak dan orang tua disitu.

Kami juga dapat melihat pembiakan nyamuk dibeberapa longkang kerana air bertakungan tidak dapat mengalir disebabkan oleh sampah sarap.

Struktur Bangunan

Rumah Pangsa Waller Court ini sudah usang dan tidak diselenggara sehingga mencacatkan keindahan bandar raya Ipoh.

Ada yang telah kehilangan tingkap dan tingkap hampir jatuh dibahagian belakang flat tersebut.

Keadaan tandas di dalam rumah pula agak teruk kerana mangkuk tandas tidak pernah di tukar sejak dibina walaupun pecah.

Pintu tandas pula dibaiki oleh MBI tanpa mengikut saiz yang sebenar. (off size)

Rumah terbiar menjadi sarang penagih dadah dan sarang maksiat dibeberapa blok di sini.

Pendawaian saluran elektrik ke setiap rumah yang sedia ada dalam keadaan yang bahaya.

MBI seharusnya mengemaskini keadaannya supaya dalam menghindari kejutan letrik di kalangan penduduk di sini.

Persoalan penduduk disitu

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBI mengenai hal ini?

Adakah MBI akan membiarkan masalah tersebut dan terus menipu rakyat miskin yang memerlukan tempat tinggal dengan jawapan tiada kekosongan buat masa sekarang?

Dimanakah pendirian MBI jika rakyat didahulukan untuk menderita dan pencapaian sekadar kata saja?

Apakah tempoh masa yang diperlukan oleh MBI untuk menyelesaikan masalah ini?

Permintaan penduduk

Waller Penduduk di situ amat memerlukan bantuan pihak kerajaan supaya dapat menikmati kehidupan biasa seperti orang lain di bandar. Mereka amat memerlukan tempat tinggal sekarang kerana kedudukan Waller Court yang berhampiran dengan pusat perniagaan, pasar, klinik dan hospital dan sebagainya.

Pada Mesyuarat Penuh bulan Disember 2009, pada sidang media Datuk Bandar pernah menyatakan bahawa beberapa rumah pangsa termasuk Waller Court akan diperhati untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikpulihan semula bangunan tersebut akan dimulakan secepat mungkin.

Tetapi sehingga hari ini MBI bersikap lepas tangan menjaga kebajikan penyewa di sini.  Sehubungan dengan itu, MBI diminta mempercepatkan proses pembersihan dan proses menaik taraf bangunan pangsa Waller Court secepat mungkin kerana bangunan ini adalah bangunan yang bersejarah bagi bandaraya Ipoh.

Pada pendapat saya, sepertimana MBI menguatkuasakan sistem pungutan sewa bulanan daripada penduduk Waller Court, seperti itu mereka harus mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaran dan kerja-kerja naik taraf harus dijalankan dengan segera.

D. Tanabalan
010-3993 020

Sabtu, 8 Mei 2010

Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 07/05/2010


(07/05/2010)

Satu program suntikan vaksin H1N1 telah diadakan di Klinik Kesihatan Tronoh pada hari Jumaat pada jam 10pagi hingga 11.30 pagi. program ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama Klinik Kesihatan Tronoh.

Tujuan program ini adalah untuk membolehkan para penduduk kawasan Tronoh mendapatkan suntikan vaksin percuma. Menurut Yb V.Sivakumar senarai nama para penduduk yang ingin mendapatkan suntikan ini telah diberikan kepada kakitangan Klinik Kesihatan Tronoh untuk membolehkan mereka membuat persediaan untuk mendapatkan bekalan vaksin yang cukup untuk menampung keperluan. Seramai 65 orang penduduk telah hadir untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Tambah Yb V.Sivakumar lagi gejala penyakit H1N1 sangat memudaratkan kerana bilangan kes tersebut semakin meningkat dan menyeru agar para penduduk tampil mendapatkan suntikan vaksin disamping mempraktikkan amalan kebersihan diri. Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada para kakitangan Klinik Kesihatan Tronoh kerana menjayakan program ini.


Sekian

Thiruthani Kannavelo

Khamis, 6 Mei 2010

Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 06/05/2010



(06/05/2010)

Masalah longkang tersumbat di belakang bangunan baru di Pekan Pusing Baru sangat merunsingkan para pekedai serta pengunjung kedai. Ini adalah kerana bau busuk dari longkang tersebut menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan. Walaupun banyak aduan dibuat oleh para pekedai  kepada ahli Majlis MDBG namun tidak ada sebarang tindakan diambil.


Yb V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut setelah mendapat aduan, berkata bangunan di sini adalah masih baru dibina iaitu lebih kurang satu tahun. Sistem longkang yang dibina pula  adalah sistem bawah tanah,namun apabila tidak ada penyelengaraan yang dibuat maka selepas satu jangkamasa longkang tersebut pun tersumbat. Yb V.Sivakumar juga telah membuat aduan kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah.

Beliau berharap pihak Majlis akan mengambil satu tindakan pada masa yang terdekat untuk menyelesaikan masalah ini demi kebaikan semua pihak.


Sekian

Thiruthani Kannavelo.