PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Jumaat, 6 April 2012

Ucapan YB Wong Kah Woh dalam membahas Titah Perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan

WKW Profile 1(1) Ucapan YB Wong Kah Woh, ADUN Kawasan Canning merangkap Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, dalam membahas Titah Perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 05.04.2012 (Khamis) di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

 Dengan izin Dewan yang mulia ini,

Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Titah Perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

Pelaburan yang beroperasi di Negeri – pemilihan pelaburan oleh Kerajaan Negeri

Tuanku dalam titah perasmian telah menyenaraikan 6 kriteria penting yang wajib dihalusi ketika menimbang kelulusan pelaburan langsung asing, termasuk pemindahan teknologi tinggi, peluang pekerjaan, sifar pencemaran dan sebagainya. Yang paling penting adalah bahawa, Tuanku telah bertitah supaya Negeri Perak jangan sama sekali mengizinkan Perak dianggap sebagai tempat buangan atau dumping ground.

Saya amat tertarik dengan apa yang didebatkan oleh YAB Menteri Besar BN dan PR dari Pangkor dan Pasir Panjang masing-masing semalam, dengan YB dari Sitiawan berkenaan dengan project Vale International yang dibangkitkan semalam. Kita telah nampak bagaimana surat sokongan yang merupakan suatu invitation to trade, oleh YB Pasir Panjang tersebut dimanipulasikan oleh pihak Kerajaan dan Berjaya mencapai matlamat mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya Kerajaan Negeri sekarang adalah transparent dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan, maka tidaklah jadi masalah sekiranya Kerajaan Negeri menyahut cabaran daripada YB dari Sitiawan semalam, untuk mengemuka dan declassifykan kesemua dokumen, correspondences, minit-minit mesyuarat berkenaan dengan rundingan dan keputusan yang dicapai dalam kes Vale International, supaya Rakyat dapat mengetahui fakta yang sebenar dan pihak mana yang berbohong, dan pihak mana yang menggadaikan Teluk Rubiah dalam isu ini. Keseluruhan konteks kronologi perlu dikemukakan kepada Rakyat.

Pada masa yang sama, adalah amat tepat masanya apabila Tuanku bertitah supaya Negeri Perak tidak dijadikan suatu dumping ground oleh pelabur-pelabur asing. Kita semua nampak apa yang berlaku di Kuantan pada hari ini, berkenaan dengan kilang rare earth Lynas, yang mana Kerajaan telah sanggup menggadai masa depan dan kesihatan warga-warga Kuantan.

Kita di negeri Perak pernah menghadapi suatu pengalaman yang pahit di Bukit Merah, yang mana Asia Rare Earth yang mula beroperasi pada akhir tahun 1970-an telah membawa mimpi ngeri kepada penduduk-penduduk setempat untuk lebih daripada 30 tahun. Kesan radioaktif telah menghantui penduduk-penduduk setempat dari segi kesihatan fizikal dan mental.

Baru-baru ini, seorang mangsa rare earth mendiang Cheah Kok Leong, anak kepada pekerja di tapak rare earth Lai Kwan 30 tahun yang lepas telah meninggal dunia. Sejak kelahiran Cheah Kok Leong 29 tahun yang lepas, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang cacat. Beliau tidak mampu bertutur, tidak mampu menjaga diri sepanjang hayatnya selama 29 tahun. Emak beliau Lai Kwan, 72 tahun, terpaksa menjaga beliau untuk 29 tahun yang lepas, dan sekarang pula perlu menghadapi kesedihan yang tidak boleh dirasai oleh orang lain, akibat kehilangan anak yang dibawah jagaan beliau.

Apabila Cheah Kok Leong meninggal dunia, tangan dan kaki beliau menjadi hitam, dan sum sum tulang beliau juga didapati menjadi hitam, dan keadaan ini hanya berlaku kepada mereka yang menghidapi ancaman racun untuk tempoh yang lama. Sebelum beliau meninggal dunia, 2 batang gigi telah dijumpai tumbuh di bahagian lelangit beliau. Persoalannya, kenapakah Asia Rare Earth dibenarkan masuk ke dalam negeri Negeri pada hari pertama? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam situasi yang menyediahkan ini?

Saya berpendapat bahawa hayat Cheah Kok leong tidak harus tamat dalam keadaan sebegitu sahaja. Dalam keadaan apa jua pun, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dan prihatin, sudah sampailah masa Kerajaan Negeri Perak memohon maaf kepada keluarga Cheah Kok Leong, dan juga mangsa-mangsa rare earth yang terlibat, dan mengembalikan keadilan yang patut.

Pada masa yang sama, juga sudah sampailah masa supaya Kerajaan Negeri Perak memberikan jaminan kepada warga negeri Perak, bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan mana-mana pelaburan yang mengancam persekitaran dan kesihatan warga perak, seperti kilang rare earth Lynas , ataupun kilang tenaga radioaktif yang diura-urakan oleh kerajaan Persekutuan, daripada memasuki Negeri Perak. Warga Perak tidak mahu peristiwa di Bkt Merah berulang, dan warga Perak tidak ingin terperenagkap dala, situasi yang mana dihadapi oleh warga Kuantan sekarang.

Keamanan dan Keselamatan – masalah jenayah

Walaupun kawasan Ipoh sekarang telah menjadi satu Bandar yang digeruni dengan gejala jenayah, bahkan kes pecah rumah, ragut, rompak, malah kita selalu nampak bahawa statistic daripada pihak polis bahawa kadar jenayah telahpun menurun. Saya amat bersetuju apabila Tuanku telah bertitah bahawa dan memperingatkan kita semua “bahawa selagi jenayah masih berlaku, kelihatan berlaku dan dilaporkan berlaku, zon keselesaan rakyat tidak dapat diyakini semata-mata dengan pencapaian berbentuk perangkaan.” Kita tidak boleh bergantung kepada statistic tetapi It is the feel-safe factor that matters…

 

Apabila rakyat berperasan bahawa keselamatan mereka tidak dapat terjamin oleh pihak polis, ataupun hilang keyakinan ke atas polis, maka sekarang telah bangkit isu-isu berkenaan dengan gated community dan guarded neighbourhood yang didirikan di kawasan-kawasan taman kediaman yang sedia ada.

Kebanyakan penduduk-penduduk tidak faham berkenaan dengan panduan berkenaan dengan guarded neighbourhood yang sedia ada seperti yang dicadangkan oleh KPKT, dan ia adalah tidak mencukupi untuk memberi panduan yang secukupnya kepada penduduk-penduduk. Kita tahu bahawa apabila sesuatu gated community atau guarded neighbourhood didirikan, ia mungkin akan menyebabkan ketidaksetujuan daripada penduduk-penduduk yang lain, ataupun penduduk-penduduk di taman yang bersebelahan.

Dalam perkara ini, Kerajaan Tempatan, khasnya Majlis Bandaraya Ipoh, perlu melaksanakan suatu tanggungjawab sebagai pemangkin dalam membantu penduduk-penduduk yang terlibat, bahkan mereka yang bersetuju dan mereka yang tidak bersetuju. Kerajaan tempatan haruslah memberikan panduan dan membantu dalam interaksi antara penduduk-penduduk tersebut. Tanggungjawab Kerajaan Tempatan tidak seharusnya sekadar menjawab surat ataupun memberikan kenyataan di akhbar samaada sesuatu guarded neighbourhood tersebut sah, tetapi yang penting adalah untuk mengaturkan perjumpaan antara kesemua wakil penduduk-penduduk terlibat, untuk mencapai win-win situation antara kesemua penduduk-penduduk terlibat.

Saya percaya bahawa usaha-usaha daripada pihak Kerajaan Tempatan, pihak polis dan penduduk-penduduk dalam menangani gejala jenayah adalah perlu demi membanteras jenayah.

 

Majlis Bandaraya Ipoh & Masalah Setempat

Kerajaan Tempatan merupakan rangkaian kerajaan yang paling dekat dengan Rakyat. Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada penjawat-penjawat awam yang pernah membantu kita dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat sepanjang masa ini. Pada masa yang sama, teguran tidak dapat dielakkan.

Untuk tahun yang lepas, masalah rumput dan longkang di kawasan saya amat rampant, khasnya di Kg Simee dan Taman Ipoh, yang mana difahamkan MBI menghadapi masalah dengan kontraktor yang diberikan kontrak tersebut dan terpaksa menggunakan pekerja-pekerja sendiri untuk melaksanakan kerja-kerja berikut dan menyebabkan masalah berlarutan. Saya mengalu-alukan Datuk Bandar Ipoh yang menyatakan akan menyenaraihitamkan kontraktor yang tidak berprestasi, tetapi MBI juga perlu memastikan perkara yang sama tidak adakan berlaku lagi.

Pada masa yang sama, pemantauan Kerajaan Tempatan untuk kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kawasan kawalannya amatlah penting. Baru-baru ini, Syarikat Unifi telah mengorek jalan di Lebuh Perajurit 2 Taman Ipoh Timur untuk menanam cable dan kerja-kerja penurapan semula amatlah tidak memuaskan. Penurapan semula telah mula terbenam hanya 2 minggu selepas kerja-kerja dijalankan. Saya pernah menerima aduan melalui facebook bahawa seorang murid yang mengayuh basikal pernah tercedera akibat daripada kerja-kerja yang tidak memuaskan tersebut. Mana pemantauan MBI dalam perkara ini? Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat berkenaan?

Pagi tadi, sekumpulan warga Ipoh yang penuh sayang terhadap binatang telah mengadakan suatu demonstrasi di hadapan pintu masuk belakang SUK dan membantah suatu insiden tembakan 2 ekor anjing liar pada hari semalam, yang mana kedua-dua anjing tersebut tidak mati dan mengalami kecederaan parah. Saya telah diberitahu bahawa MBI sebelum ini telah berhenti tembakan tersebut dan telah mengambil nasihat daripada NGO untuk menggunakan cara yang lebih berperikemanusiaan, iaitu “tangkap dan lupus”. Alasan yang diberikan oleh pihak penguatkuasa MBI dalam insiden semalam adalah kontrak dengan syarikat yang bertanggungjawab untuk “tangkap dan lupus” tersebut telah tamat dan tidak diperbaharui. Sekali lagi, bagaimana ia boleh berlaku?

Selain itu, saya juga ingin bangkitkan perkara berkenaan dengan masalah pengutip wang parking haram di sekitar Ipoh, saya member contoh di kawasan Jalan Leong Sin Nam berdekatan dengan reataurant dim sum, dan di kawasan Medan Ipoh yang mana warga Ipoh dipaksa membayara RM5.00!!! Saya tidak tahu kenapa tidak ada tindakan diambil oleh pihak polis dan penguatkuasa MBI dalam perkara ini. Kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan kunjungan orang ramai dan pastinya perkara ini akan menjejaskan usaha mempromosikan Tahun melawat Perak 2012.

Selain itu, saya juga ingin membangkitkan masalah banjir akibat pembangunan yang tidak dirancangkan secara rapi. Di Jalan Tambun, apabila kawasan berdekatan dengan Tambun Inn dan tempat perkuburan KwongTung dilebarkan jalannya lebih kurang 20 tahun yang lepas, masalah banjir yang serious telah berlaku di Tadika Mariaville dan juga di tempat perkuburan KwongTung. Menurut tinjauan daripada mereka yang duduk berhampiran, punca utama adalah penutupan culvert yang melintasi Jalan Tambun semasa kerja-kerja pelebaran jalan dijalankan. Sila bayangkan bagaimana kanak-kanak tadika perlu belajar dalam kelas yang dibanjiri 1 ½ kaki, atau mereka yang pergi menziarahi kubur pada musim ChingBeng ini Nampak tempat perkuburan arwah nenek moyang dibanjiri air tertakung. Tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Mewujudkan suatu politik yang baru

Kita tidak tahu samaada mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir bagi Penggal ke-12 Dewan yang mulia ini. Selama 4 tahun yang lepas, Dewan Negeri Perak ini telah mengalami peristiwa-peristiwa yang pahit, suatu pengalaman yang mana semangat undang-undang telah digadai. Kita telah mengharungi keadaan yang mana rampasan kuasa berlaku, polis masuk ke dalam dewan dan sebagainya. Kita telah nampak bagaimana seorang penjawat awam tertinggi Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri yang dulu, melampaui kuasanya dengan begitu arrogant, menghalau reporter-reporter dan menyekat ADUN-ADUN daripada memasuki Banguan SUK.

Apabila pilihanraya ke-13 menjelang, kita tidak mahu nampak suatu ulangan peristiwa pahit tersebut. Suatu suasana berpolitik yang lebih bermoral, adil dan berlandaskan kepada prinsip undang-undang harus dicapai.

Dalam persidangan Dewan yang lepas, saya telah mencadangkan bahawa, demi membolehkan ahli-ahli YB di sini untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, kita semua di sebelah sini dan sana memberikan suatu, bahawa tidak kira PR atau BN yang memenangi pilihanraya yang akan datang, peruntukkan bahkan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri yang sama haruslah diberikan kepada mereka yang terpilih tanpa mengikut parti yang diwakili. Dengan adanya peruntukkan tahunan yang tetap, maka sebahagian masalah-masalah rakyat dapat diselesaikan tanpa perlu dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan dan ini dapat mengurangkan beban bah dari Ahli-ahli YB ataupun pihak berkuasa tempatan.

Saya amat berharap cadangan saya ini dapat diterima. Tiada mana-mana warga Perak patut dihukum hanya dengan sebab mereka memilih mereka dalam barisan pembangkang.

Selain daripada itu, saya juga ingin mendapatkan komitmen daripada rakan sejawat saya di sebelah sini dan di sebelah sana, bahawa kita seharusnya menghormati pilihan Rakyat dalam pilihanraya, dan tidak akan cuba untuk menguling kerajaan yang sedia ada, dengan menerima mana-mana ADUN yang meninggalkan parti untuk menyebelahi sebelah yang lain, atas alasan-alasan yang bukan diketahui oleh mereka, dan juga yang mungkin diketahui oleh orang ramai. Bagi mereka yang mungkin berpeluang untuk menjadi wakil rakyat di peringkat Parliamen, marilah merealisasikan semangat demokrasi yang sebenar, bersama-sama berusaha ke arah untuk mengubal undang-undang anti-hooping law, dan sejurusnya menutup jalan untuk mereka yang sanggup menggadaikan principal sendiri dan menjualkan mandate yang diberikan oleh rakyat.

Saya selalu mempercayai bahawa ini adalah pendirian yang harus dikomitkan oleh kesemua kita, dan keputusan pemilihan rakyat haruslah dihormati. Biarlah kita sama-sama mencapai sesuatu yang bermakna dan bermanfaat sebelum berakhirnya tempoh kita menjelang PRU-13.

Untuk mereka yang berada di dewan ini yang memenangi pilihanraya yang lepas atas tiket lain dan sekarang memegang tiket yang berbeza, bertandinglah sebagai calon bebas dalam PRU13 untuk tengok samaada Rakyat memberikan mandate kepada kamu ataupun sekadar memberikan mandate kepada parti yang diwakili pada seketika itu.

Kesimpulan

Apabila saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa, saya amat tertarik dengan suatu ayat Quran. Surah al-Hujurat 49:13: O mankind! We have created you from a single male and female, and have made you nations and tribes so that you may know each other. Verily, the most honorable among you in the sight of God is the most pious of you.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini terdiri daripada berbilang kaum, dan sikap saling faham memahami antara satu sama lain adalah amat penting. Kita tidak kira orang melayu, orang Cina, orang India, orang Iban atau orang Kadazan, sememangnya kita semua sekeluarga. Sudah 55 tahun Negara kita merdeka, sudah sampailah masa kita semua menganggap diri kita sebagai Malaysian yang sebenar-benarnya. Sudah sampailah masa kita, menolak sebarang ancaman yang bakal merosakkan keharmonian antara kaum, dan menolak mereka yang cuba memecahbelahkan hubungan kaum.

Kita tidak mahu nampak ada tohmahan UMNO, yang mendakwa bahawa PAS dibonekakan oleh DAP, dan kita juga harus menolak tohmahan MCA dan Gerakan, yang mendakwa bahawa DAP diperkudakan oleh PAS, yang mana akhirnya Rakyatlah yang diperlembukan. Biarlah Pakatan Rakyat membawa harapan baru kepada Rakyat, biarlah Pakatan Rakyat menamatkan politik perkauman Barisan Nasional.

Salam Ketuanan Rakyat, salam “Ubah Malaysia

Sekian, terima kasih.