PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 24 Mei 2011

Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes Indra Gandhi.

Mahkamah Tinggi Ipoh akan memutuskan sama ada Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes Indra Gandhi.


24/05/2011 - KENYATAAN AKHBAR M.KULASEGARAN, NAIB PENGERUSI DAP KEBANGSAAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN IPOH BARAT


Mahkamah Tinggi Ipoh akan memutuskan sama ada Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes Indra Gandhi.

Pada tahun 1993 Indragandhi telah berkahwin dengan suaminya bernama Pathmanathan secara tradisi kaum Hindu. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Pada 11 Mac 2009, suaminya telah memeluk agama Islam dan telah menukar nama asalnya dengan nama Islam iaitu Muhammad Bin Abdullah Riduan.

Pada 2 hb April 2009, ketiga-tiga anaknya telah ditukar nama tanpa pengetahuan dan tanpa persetujuan daripada Indra Gandhi oleh bapanya di Jabatan Agama Islam, Bahagian Dakwah, Ipoh Perak.

Sejurus selepas itu, Indra Gandhi dan suaminya yang memeluk agama telah berpisah dan kali ini suaminya telah menghilangkan diri selepas merampas anak bongsu daripada Indra Gandhi. Sehingga hari ini Muhd Riduan masih bersembunyi disebuah alamat yang rahsia.

Pada 9 hb June 2009, Indra Gandhi telah memfailkan kes untuk mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang dikeluarkan pada 8 hb April 2008, dimana Mahkamah Syariah telah membenarkan hak penjagaan dan kawalan ketiga-tiga anak itu kepada Muhd Riduan Bin Abdullah.

Kes itu telah diajukan terhadap 6 pihak defendan iaitu 1. Pengarah, Jabatan Agama Islam Nerei Perak , 2. Pendaftar Muallaf, 3. Kerajaan Negeri Perak, 4. Kementerian Pelajaran Malaysia, 5.Kerajaan Malaysia & 6.Pathmanathan A/L Krishnan (dikenali sebagai Muhammad bin Abdullah Riduan).

Pada 28 hb Julai 2010, Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh telah memberikan kebenaran untuk membatalkan keputusan Mahkamah Syariah kepada Indra Gandhi.

Sejak awal lagi, disebabkan kes ini telah menimbulkan pelbagai persoalan demi kepentingan awam serta telah melibatkan pelbagai pihak, maka kami telah memutuskan untuk mengajukan permohonan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya, hari ini Peguam Kerajaan dan suami Indra Gandhi telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan kami.

Oleh yang demikian, Mahkamah telah tetapkan 17 hb Julai untuk memberi keputusan sama ada kes ini akan didengar di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi, Ipoh.

Akibat ketiadaan penjelasan yang kukuh pada undang-undang, kes peluk agama harus dibawa ke hadapan Mahkamah untuk memutuskan kontroversi sedemikian. Kerajaan harus mencari jalan untuk mengaturkan satu undang-undang yang jelas untuk mendengar kes-kes pemelukan agama.

Namun, kelewatan yang diamalkan sekarang adalah paparan pendirian sebenar dimana, tidak adanya kemahuan politik Kerajaan semasa.

Sekian,



M.Kulasegaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat

http://ipohbaratvoice.blogspot.com
http://twitter.com/mkula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan