PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 9 Mei 2011

Laporan Media oleh Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Buntong pada tarikh 09 Mei 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.


Laporan Media oleh Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Buntong pada tarikh 09 Mei 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

RM 68.5 JUTA BAGI PENURAPAN JALAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH LESAP

Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan bahawa sejumlah RM 68.5 juta telah diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja penurapan jalan untuk tahun 2008 - 2011 di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Tetapi di kebanyakan kawasan Buntong tiada penurapan jalan sepenuhnya dilaksanakan pada tempoh masa itu dan hanya penampalan kecil-kecil sahaja dijalankan. Kebanyakan jalan di kawasan Buntong berada di tahap yang tidak memuaskan di mana jalan-jalan berlubang dan tidak diselenggara sepenuhnya bagi tempoh masa yang lama. Penampalan yang kecil-kecilan tidak dapat bertahan lama dan ia menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna jalan serta orang aware di kawasan Buntong.

Dimana peruntukkan RM 68.5 juta ini tidak digunakan dengan keseluruhannya bagi kerja-kerja penurapan jalan di mana jumlah peruntukkan ini tidak seimbang dan menepati sasaran kerja penurapan jalan, Di dalam " Local Agenda 21 " telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan mesti mengkaji dan menerima pandangan rakyat untuk mengatasi masalah setempat. Tetapi saranan ini tidak diambil kira oleh Majlis Bandaraya Ipoh dalam kes ini, di mana sesuatu kawasan sahaja diberi keutamaan dalam penurapan jalan ini pada tempoh masa yang dinyatakan di atas.

Ini menunjukkan tiada kerjasama dari pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh dan Ahli-Ahli Majlis dalam menjalankan tugas untuk memastikan aduan, pandangan dan masalah rakyat di kawasan pentadbirannya diatasi demi kepentingan rakyat. Peruntukkan sebanyak itu adalah wang rakyat dan wang berkenaan perlulah digunakan samarata bagi menjaga kebajikan rakyat.


Y.B. Encik Sivasubramaniam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan