PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 27 Oktober 2009

Takziah kepada Keluarga Sdr Liew Jyi-Li

Liew Jyi-Li ( 1986 - 2009)

DAP Perak mengucapkan takziah kepada Keluarga Sdr Liew Jyi-Li yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sebentar tadi di Batu Gajah,Perak.


Untuk sesiapa ingin memberi penghormatan terakhir kepada Sdr Liew,boleh melawat rumah mendiang beralamat di 5, Persiaran Bercham Timur 2,31400 Ipoh,Perak. Atau menghubungi ayahandanya 012-5180159.

BN sekali lagi menyalahguna kuasa sistem pentadbiran untuk sidang DUN Perak 28hb Oct

Sekali lagi terbukti BN memperalat speaker haram Ganesan, untuk melarang ADUN-ADUN PR membawa komputer riba, kamera gambar dan video serta telefon bimbit masuk dewan. Di samping itu hanya menghadkan 2 orang pemberita untuk setiap suratkhabar.

DAP Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindak-tanduk BN, dan menyokong ADUN-ADUN PR yang terdiri daripada DAP,PAS dan PKR untuk mereka hadir ke dewan untuk memperjuangkan hak rakyat yang dicabul selepas rampasan kuasa 6hb Feb 2009.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Perak.

霹雳州民联开放门户

Tarikh 日期: 25-10-2009 ( Ahad 星期日 )

Masa 时间: 8:00pm

Tempat 地点: Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh. Perak. ( PAS 总部, 怡保中环 )





Jumaat, 16 Oktober 2009