PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Rabu, 18 Jun 2008

Persidangan DUN Yang ke-12 akan bermula dari 24hb Jun 2008 ke 27hb Jun 2008 (mula 9 pagi). Rakyat jelata adalah dialu-alukan hadir ke Bangunan Perak Darul Ridzuan, bagi menyaksikan detik-detik sejarah persidangan yang dipimpin oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Ini juga merupakan satu sejarah bagi DAP Perak dengan kehadiran 18 ADUN-ADUN untuk berdebat dengan pihak pembangkang BN.

Selasa, 10 Jun 2008

Lagi Satu Usaha Tidak Etika Daripada UTUSAN MALAYSIA

Utusan Malaysia pada hari 9hb Jun 2008 sekali lagi menggunakan taktik tidak beretika media. Dengan menggunakan akbar dan laman web memaparkan tajuk "Wakil rakyat DAP tidak memakai songkok dianggap biadap untuk memainkan sentimen perkauman untuk menwujudkan suasana kebencian diperkalangan masyarakat melayu terhadap parti DAP.

DAP Perak mengutuk tindakan Utusan Malaysia yang tidak membuat laporan berdasarkan liputan berita. Tetapi jelasnya membuat laporan yang memihak Barisan Nasional, dengan kaedah cuba menwujudkan perasaan marah dan benci terhadap DAP.

5 buah kerajaan negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah memboikot Utusan Malaysia. Namun begitu malangnya editor Utusan Malaysia masih tidak peka dan terus meneruskan usaha menjadi senjata propaganda BN.

DAP Perak menyeru rakyat sekali lagi menunjukkan kuasa Rakyat "Makkhal Sakthi" bagi memperluaskan usaha memboikot Utusan Malaysia selagi masih tidak mengubah atas cara penyampaian berita.