PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Memaparkan catatan dengan label Sivasubramaniam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sivasubramaniam. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2011

Laporan Media oleh Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Buntong pada tarikh 09 Mei 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.


Laporan Media oleh Yang Berhormat Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Buntong pada tarikh 09 Mei 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

RM 68.5 JUTA BAGI PENURAPAN JALAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH LESAP

Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan bahawa sejumlah RM 68.5 juta telah diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja penurapan jalan untuk tahun 2008 - 2011 di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Tetapi di kebanyakan kawasan Buntong tiada penurapan jalan sepenuhnya dilaksanakan pada tempoh masa itu dan hanya penampalan kecil-kecil sahaja dijalankan. Kebanyakan jalan di kawasan Buntong berada di tahap yang tidak memuaskan di mana jalan-jalan berlubang dan tidak diselenggara sepenuhnya bagi tempoh masa yang lama. Penampalan yang kecil-kecilan tidak dapat bertahan lama dan ia menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna jalan serta orang aware di kawasan Buntong.

Dimana peruntukkan RM 68.5 juta ini tidak digunakan dengan keseluruhannya bagi kerja-kerja penurapan jalan di mana jumlah peruntukkan ini tidak seimbang dan menepati sasaran kerja penurapan jalan, Di dalam " Local Agenda 21 " telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan mesti mengkaji dan menerima pandangan rakyat untuk mengatasi masalah setempat. Tetapi saranan ini tidak diambil kira oleh Majlis Bandaraya Ipoh dalam kes ini, di mana sesuatu kawasan sahaja diberi keutamaan dalam penurapan jalan ini pada tempoh masa yang dinyatakan di atas.

Ini menunjukkan tiada kerjasama dari pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh dan Ahli-Ahli Majlis dalam menjalankan tugas untuk memastikan aduan, pandangan dan masalah rakyat di kawasan pentadbirannya diatasi demi kepentingan rakyat. Peruntukkan sebanyak itu adalah wang rakyat dan wang berkenaan perlulah digunakan samarata bagi menjaga kebajikan rakyat.


Y.B. Encik Sivasubramaniam

Isnin, 18 April 2011

YB Sivasubramaniam : Penempatan Semula 200 Setinggan Di Kawasan Buntong Ke Rpt Pusing Menjadi Tanda Tanya


Laporan Media Oleh Y.B. Encik Sivasubramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Buntong Pada 18 Apri1, 2011 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

PENEMPATAN SEMULA 200 SETINGGAN DI KAWASAN BUNTONG
KE RPT PUSING MENJADI TANDA TANYA

Pada tarikh 7 Februari 2008, semasa Kempen Pilihanraya ke dua belas beberapa pemimpin tertinggi Kerajaan Perak Darul Ridzuan telah mengadakan ceramah politik di Padang IRC dan berjanji untuk menempatkan semula setinggan Buntong ke RPT Pusing yang berdekatan dengan tempat penanaman sisa radioaktif di Papan. Kenyataan ini telah disuarakan oleh bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Y,A.B. Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali yang berjanji untuk menempatkan setinggan Buntong ke RPT Pusing yang lebih kurang 200 setinggan kesemuanya.

Pada tarikh 29 Februari 2008, surat tawaran telah dikeluarkan kepada sebahagian setinggan Buntong untuk mendapatkan tapak kediaman di RPT Pusing. Pemberian tanah ini telah dibuat semata-mata untuk menyelesaikan masalah setinggan Buntong tanpa dimaklumkan tempat sebenar penempatan semula berkenaan. Kawasan penempatan semula RPT Pusing terletak berdekatan dengan tempat penanaman sisa radioaktif di Papan yang menimbulkan pelbagai masalah pada awal tahun 80an. Pada November 1979 sebuah kilang bernama ARE (Syarikat Asian Rare Earth) dan Jepun telah didirikan di k,m. 7.2 Jalan Lahat, Bukit Merah, Ipoh dengan persetujuan dan Kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Ia merupakan syarikat yang dibentuk untuk mengekstrak itrium daripada monazit. Sisa buangan dan kilang ini berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear dan ia sangat merbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Oleh kerana sisa buangan ini menjadi milik kerajaan negeri maka sisa berkenaan ditanam di kawasan berdekatan dengan pekan Papan. Apabila penduduk mengetahui hal ini, ia menjadi satu isu besar di negeri ini dan ramai penduduk sekitar telah membantah perkara ini. Sisa radioaktif berkenaan masih tertanam di kawasan itu.

Baru-baru ini kita kedengaran kisah yang menyedihkan dimana bencana gempa bumi dan seterusnya tsunami yang melanda negara Jepun telah mengorbankan beribu nyawa yang tidak berdosa. Tetapi apa yang seharusnya menjadi pengajaran kepada kita ialah kerosakan yang dialami Pusat Jana Kuasa Nuklear yang terletak di kawasan tersebut di mana ketika ini kerosakan berkenaan diramal meninggalkan kesan yang bertahun lamanya di kawasan tersebut. Kita sentiasa dibekalkan berita bahawa sistem ketahanan atau sistem pengurusan yang digunakan untuk mengendalikan Pusat Jana Kuasa Nuklear di negara Jepun adalah paling canggih dan terbaik tetapi sistem ini tidak dapat menandingi bencana alam dunia ini.

Untuk makluman semua, ketika ini didapati kerja-kerja sedang rancak berlaku di Tempat Penanaman Sisa Radioaktif berkenaan dan ramai yang tidak pasti kerja berkenaan adalah untuk memperbesarkan tempat berkenaan atau memperkukuhkan lagi kawasan penanaman sisa radioaktif tersebut. Walau apa pun jangan biarkan nyawa rakyat terancam dan saya juga diberitahu bahawa kawasan seluas 500 ekar bersebelahan kawasan ini dikhaskan sebagai Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Negeri Perak. Oleh itu Kerajaan Negeri Perak mestilah mengatakan pendiriannya terhadap penempatan semula setinggan di kawasan itu dan jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini maka Kerajaan Negeri Perak mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden ini.

Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Tempat Penanaman Sisa Radioaktif berkenaan adalah tidak selamat dan keselamatan penduduk dalam radius 1 km adalah dalam bahaya jika berlaku apa-apa kerosakan di tempat berkenaan. Tetapi beliau tidak sedar bahawa kebenaran untuk melakukan kerja-kerja tanah ini berlaku dalam masa beliau berkuasa dan adalah amat menyedihkan kerana nyawa penduduk-penduduk yang tidak berdosa akan digadaikan dalam hal ini.

Didapati Kerajaan Negeri Perak semasa bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Y.A.B, Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali telah melakukan kesalahan di mana surat tawaran telah dikeluarkan tanpa penyediaan pelan susun atur dan tidak mengikut saluran yang sepatutnya. Semua ini dirancang semata-mata untuk memperdayakan rakyat serta menipu mereka bagi menghadapi pilihanraya ketika itu dan sekarang ini penghuni-penghuni setinggan ini masih lagi tidak menerima apa-apa jawapan lanjut dan Kerajaan Negeri Perak. Persoalan sekarang ialah nasib penempatan baru 200 setinggan yang ada di kawasan Buntong dan sejak 4 tahun yang lalu penghuni-penghuni setinggan ini masih menaruh harapan supaya kawasan yang sesuai diperuntukkan kepada mereka untuk memulakan hidup baru dengan masa depan yang cerah.

Y.B. ENCIK SIVASUBRAMANIAM

Jumaat, 6 Ogos 2010

MASALAH IBU TUNGGUL DAPAT DISELESAIKAN

Laporan Media OIeh YB. Encik Sivasubramaniam, AhIi Dewan Undangan Negeri, Kawasan Buntong Pada 3 Ogos 2010 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

MASALAH IBU TUNGGUL DAPAT DISELESAIKAN.

Puan Jean Antunia a/p Francis telah memohon untuk menyewa Rumah Pangsa Taman Harmoni kerana tidak dapat membayar sewa yang lebih tinggi disebabkan beliau tidak bekerja ketika mi. Beliau hanya mendapat bantuan kewangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 900.00 sebulan untuk menjaga empat adik-adik beliau. Suaminya telah mengarahkan beliau keluar dan rumahnya disebabkan beliau menghabiskan masa menjaga adik-adiknya yang cacat. Oleh itu, Puan Jean Antunia alp Francis tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau terpaksa menjaga adik-adiknya yang cacat dan kurang upaya yang tiada tempat reduhan. Beliau telah membuat permohonan awal untuk menduduki Rumah Pangsa tidak tercapai dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan pertolongan dan Pusat Perkhidmatan ADUN Buntong.

Puan Jean Antunia a/p Francis telah berjumpa dengan saya dan menerangkan beliau menghadapi masalah untuk menyewa Rumah Pangsa Taman Harmoni. Saya berasa amat dukacita selepas mendengar kesusahan yang dialami sejak kebelakangan in Selepas itu saya telah mengarahkan setiausaha saya untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya lpoh, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi menangani masalah ini. Dalam perjumpaan itu Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh berkenaan berjanji dengan saya untuk menolong menyelesaikan masalah mi dengan segera.

Selepas beberapa minggu memohon Puan Jean Antunia a/p Francis telah ditawarkan untuk menduduki Rumah Pangsa Taman Harmoni, Buntong dan beliau berasa amat gembira dengan tawaran ini kerana beliau ditawarkan rumah di tingkat bawah yang akan membolehkan beliau menjaga adik-adiknya dengan lebih sempurna lagi. Beliau telah hadir ke Pejabat saya dan mengucapkan terima kasih dengan hati yang ikhlas kerana impiannya untuk menduduki Rumah Pangsa akhirnya tercapai melalui bantuan saya.

Y.B. Encik Sivasubramaniam