Tuduh DAP di belakang Kristian untuk apa?
Laporan akhbar Utusan Malaysia sejak mutakhir ini menambahkan lagi api
perkauman dan keagamaan yang sempit, sudah tentu didalangi Umno-BN. Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mempunyai hujah terhadap isu ini. Ikuti interbiu wartawan SALMIYAH HARUN bersama beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.WARTAWAN: Apa peranan kementerian dalam mengawalUtusan Malaysia yang melaporkan isu-isu sensitif?
M. Kulasegaran: Dalam isu ini, saya menganggap kedua menteri iaitu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim lalai dan cuai dalam menjalankan peranan mereka masing-masing.
Apa yang diperkatakan agama Kristian akan menggantikan agama Islam tanpa was-was mereka menuduh DAP terlibat walhal kami mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya.
Umno begitu kebal peralat Utusan Malaysia sebagai media dakyah parti dalam negara ini. Bagaimana YB melihat perkara ini?
Namun, rakyat amat peka kerana Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat senantiasa turun padang untuk menjelaskan agenda politik rakus yang diamalkan oleh Umno BN.
Selain itu, saya juga berpendapat Umno sudah takut kepada realiti politik dan kini mula mengimplementasikan politik perkauman dengan menguar-uar kenyataan yang tidak berasas melalui akhbar mereka. Utusan tidak lagi menjadi gemaran rakyat, tetapi ianya menjadi akhbar untuk "passing time" rakyat.
Utusan Malaysia tanam persepsi buruk terhadap seteru Umno terutama dalam isu raja-raja Melayu, perkauman dan isu agama yang sempit? Ia bahaya tapi ini dilakukan...
Industri media negara sudah tercalar akibat penerbitan artikel-artikel perkauman Utusanyang dimiliki Umno. Namun, yang pasti rakyat sudah bijak dan tahu mempertimbangkan baik buruk laporan mereka.Sejak awal lagi, institusi Raja-Raja Melayu dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh rakyat tanpa menggira agama bangsa dan kaum.
Tetapi, sejak kebelakangan ini, bukan sahaja industri media, tetapi sekaligus institusi Raja juga diperalatkan oleh Utusan atau Umno dalam membawa agenda politik perkauman serta perasaan marah dan benci di antara sahabat-sahabat Melayu dan bukan Melayu.
Dalam konteks Malaysia ketiga-tiga isu Raja Melayu, perkauman dan isu agama adalah "bom jangka" yang ditinggalkan oleh penjajah. Bila-bila masa boleh mencetuskan huru-hara dalam negara. Ini realitinya!
Untuk makluman, isu perkauman harus ditolak dan ketepikan dengan mengiktirafkan agama Islam sebagai agama rasmi mengikut Perlembagaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi, kesamarataan yang diperjuangkan oleh semua warga Malaysia harus diberikan penekanan yang wajar bagi mengelakkan kewujudan suara bantah membantah terhadap kemajuan satu kaum.
Mengenai isu "bom jangka" yang boleh mencetuskan perkauman huru-hara di negara ini adalah tidak benar sama sekali. Golongan muda yang dikatakan agresif pada tindakannya kini amat agresif pada daya pemikiran.
Agenda Umno dalam menawan hati golongan muda tidak akan dapat dicapai kerana golongan muda hanya mementingkan keharmonian negara dengan adanya kebebasan untuk bersuara dan bertanya.
Bagaimana Pakatan Rakyat menangani isu ini dengan berdepan Utusan Malaysia yang dilindungi oleh KDN?
Kebenaran sebalik tabir adalah, kebebasan yang digunakan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN menunjukkan prestasi yang merosot.
Walau apa jua ianya diperkatakan, Utusan yang diberkati oleh KDN hanya mampu setakat kadar kebolehan sahaja dan Utusan boleh dilindungi oleh KDN tetapi riwayat KDN adalah di tangan rakyat. Biar rakyat yang membawa "perubahan".
Sekian.
P.Sugumaran
Setiausaha Akhbar
kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat
http://twitter.com/mkula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan