PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 30 Ogos 2010

MCA tolak derma RM30 juta Nga Kor Ming desak berikan penjelasan sebenar



(Ipoh 30-8-2010)

MCA hari ini didesak untuk memberi penjelasan sebab sebenar mengapa menolak tawaran derma RM30 juta untuk Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) sedangkan parti tersebut begitu taksub mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia dengan jumlah pungutan lebih RM125 juta.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menerima e.mail dari seorang dermawan veteran, Encik Koon Yew Yin yang berumur 77 tahun, menyatakan bahawa atas ketiadaan kamsis di Universiti tersebut, beliau telah memberi tawaran ikhlas menghulurkan bantuan untuk memberi derma sebanyak RM30 juta sebagai kos pembinaan hostel mahasiswa supaya menampung permintaan 13,000 orang mahasiswa di Univerversiti tersebut yang bertapak di Kampar, Perak.   Bagaimanapun, pihak pimpinan MCA telah menolak dengan pelbagai dalih  atau gagal menerima derma tersebut.

Nga, yang juga merupakan Setiausaha DAP Negeri Perak, berkata di siding akhbar hari ini bahawa ini adalah perkara paling pelik yang pernah dijumpa sepanjang penglibatan beliau di arena politik. “MCA sebagai parti komponen kerajaan tetapi tidak berupaya dapat peruntukan dari kementerian pendidikan, sebaliknya kutip derma di merata tempat, kini pula ada pihak yang ingin derma, parti tersebut tidak berani untuk menerima. Apa sudah jadi?” Nga berkata.

Nga Kor Ming berkata, MCA telah memohon tanah seluas 1,300 ekar dari kerajaan negeri dan diluluskan dengan harga premium minima, tetapi setakat ini hanya 250 ekar dibangunkan, tanah lebih 1,000 ekar masih lagi belum dibangun. Yang memeranjatkan pihak Universiti tidak ada rancangan untuk membina kamsis atau hostel untuk para mahasiswa sebaliknya menggalakkan 13,000 orang pelajar menyewa rumah swasta yang kebanyakan dipercayai dimiliki oleh segelintir pemimpin-pemimpin MCA dengan kadar sewa mahal sebanyak RM420 untuk 1 bilik didiami oleh dua orang.

Menurut Nga, dermawan tersebut telah memberi tawaran untuk derma kepada pihak Universiti sejak Ogos tahun lalu, tetapi sehingga kini hajat murninya masih belum kesampaian. “Ini adalah satu perkara yang amat tidak masuk akal dan Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek perlu dampil ke depan memberikan akaun
Universiti tersebut untuk pemeriksaan orang awam demi ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran Universiti awam tersebut.”Nga menegaskan.

Menurut Nga, jumlah derma RM30 juta adalah jumlah derma paling besar di sejarah pembangunan UTAR dan adalah memalukan bahawa pihak Universiti yang diuruskan oleh MCA telah gagal memberikan penjelasan sebab tidak membina hostel untuk pelajar-pelajar. Nga meminta pihak MCA jika UTAR tidak perlu lagi derma wang orang awam, maka adalah tanggungjawab parti tersebut kembalikan segala wang derma kepada orang awam supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Rabu, 25 Ogos 2010

Bahaya dimana tempatnya, Datuk Bandar bertindak tidak rasional.



Kenyataan media daripada D. Tanabalan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat di Ipoh pada 25hb Ogos 2010.

Bahaya dimana tempatnya, Datuk Bandar bertindak tidak rasional.


Semasa lawatan saya ke Pasar Besar Ipoh, saya dimaklumkan bahawa MBI mengeluarkan lesen perniagaan sementara bagi Bazaar Ramadhan di dalam kawasan pasar. Sebanyak 30 petak berukuran 3’ x 7’ disewakan kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan untuk menjual kuih-muih pada kadar RM15.00 sepetak.

Bulan lalu Persatuan Peniaga-Peniaga Wanita di Pasar Besar Ipoh (PENITA) telah memohon untuk mengadakan Bazaar Bulan Ramadhan di luar kawasan pasar iaitu lorong di antara bangunan pasar (dahulunya dikenali sebagai Super Kinta) dan bangunan pasar ayam. Tetapi malangnya permohonan mereka telah ditolak.

Alasan yang diberi oleh Datuk Bandar adalah kesesakan lalulintas akan berlaku dan bahaya untuk orang awam.

Berikutan perkara ini Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB. M Kulasegaran yang menyokong cadangan persatuan ini untuk mengadakan pasar ramadhan telah berhubung dengan Datuk Bandar. Selepas YB M. Kula Segaran mengutamakan kepentingan pembangunan peniaga-peniaga kecil serta minat ahli-ahli PENITA yang terdiri daripada ibu tunggul, terhasilnya satu persetujuan bahawa Datuk Bandar akan membuat perjumpaan dengan jawatankuasa persatuan ini.

Menurut Pn. Rosnah, Pengerusi PENITA tiada perbincangan yang dijalankan, malah beliau hanya menerima surat penolakan cadangan PENITA. Beliau juga menyatakan bahawa kenyataan Datuk Bandar dalam akhbar adalah satu penipuan.

Selepas Pasaraya Super Kinta ditutup, ramai pengunjung atau pembeli tidak berminat untuk membeli belah di Pasar Besar Ipoh ini. Majlis Bandaraya Ipoh tidak mempunyai pelan jangka panjang dan jangka pendek untuk mengembalikan keadaan asal tempat perniagaan tersebut. Kenapakah kebajikan peniaga disini tidak diambil kira?

Setahu saya 2 tahun yang lepas MBI pernah membuat kerja-kerja pemulihan dan menaiktaraf bangunan Pasar Besar Ipoh. Pada masa itu MBI telah menempatkan kesemua peniaga-peniaga di sekeliling luar pasar dengan gerai berbumbung selama lebih kurang 6 bulan. Bagaimanakah masalah kesesakan lalulintas dan bahaya boleh diatasi?

Saya juga mendapat aduan daripada beberapa peniaga di situ bahawa petak yang diberikan kepada peniaga bagi bazaar bulan ramadhan adalah telah cukup untuk meletakkan sebuah meja dan kerusi kerana ruangnya terlalu kecil. Ada juga petak yang ditempatkan bersebelahan dengan kotak suis TNB yang merbahaya.

Persoalan saya adalah “Bahaya! manakah tempatnya?” Datuk Bandar harus menjawap soalan ini kerana tindakannya yang tidak rasional.

Justeru itu, kami ingin menuntut keadilan dalam perkara ini serta kami mendesak Datuk Bandar supaya meminta maaf kepada seluruh warga PENITA.

D. Tanabalan
0103993020

Isnin, 23 Ogos 2010

DAP PERAK mengemukakan 15 cadangan memperbaiki Pelan Struktur Pembangunan Bandaraya Ipoh 2020




(Ipoh, 20-8-2010)

DAP Perak hari ini mengemukakan 15 cadangan untuk memperbaiki Pelan Struktur Pembangunan Bandaraya Ipoh 2020 demi membentuk Ipoh sebagai Destinasi utama pelancongan, Bandar Pendidikan, Pusat makanan enat dan Bandaraya bersih, indah dan menawan.


Setiausaha Negeri DAP Perak, YB Nga Kor Ming hari ini bersama unit tindakan khas DAP mengemukakan kesemua 15 cadangan untuk memperbaiki pelan pembangunan tersebut seperti berikut: --

1.    Pembangunan Industri—Menarik masuk bekalan Liquefied Natural Gas(LNG) ke semua kawasan perindustrian utama Lembah Kinta, secara langsung mengurangkan kos pengeluaran dan meringankan beban pengusaha industri. Bekalan LNG akan menjadikan Ipoh lebih berdaya saing dalam penarikan pelaburan.

2.    Pengangkutan Awam—Menyusun semula system pengangkutan awam Bandaraya Ipoh, penggemblengan/synergy antara Ipoh Central di Meru Raya, Medan Gopeng, Medan Kidd dan Stesen KTM Ipoh perlu dilakukan segera. Antara usaha adalah memastikan pihak pengusaha Ipoh Central melaksanakan terma kontrak melabur RM150 juta membeli 300 unit Bus baru berhawa dingin dan jalinan perkhidmatan menyeluruh, tepat masa, selamat dan murah dan mudah.

3.    Pembangunan Pelancongan Rekreasi—Mendirikan pusat eco-tourism di zon Kawasan tanaman Limau Tambun, tubuhkan pusat penyelidikan Limau Tambun dan Farm-stay di zon tersebut, bersama Hot Spring Resort, menjana jenama pelancongan Ipoh.

4.    Pendirian semula Pasar Awam Yau Tet Shin—Melaksanakan pertandingan reka bentuk terbuka untuk “The Octagon Hub” di Pasar Yau Tet Shin. Merancang zon jalan kaki eksklusif untuk para pelancong dan mendirikan pusat warisan budaya pelbagai kaum di kawasan berkenaan supaya ia kembali menjadi mercu tanda Bandaraya Ipoh.

5.    Pusat Pendidikan Antarabangsa—Melakar zon tempat yang sesuai untuk mewujudkan kawasan pendidikan termasuk menarik pertubuhan Universiti, Kolej bertaraf Antarabangsa malahan International School yang baru. Dengan kos hidup munasabah, lokasi yang sesuai dan pemandangan indah, Ipoh berpotensi sebagai pusat pendidikan masa depan.

6.    Tapak perkuburan yang memadai—Adalah perlu MBI mengenal pasti tapak tanah perkuburan yang baru untuk menampung keperluan warga bandaraya termasuk warga Muslim dan bukan Muslim. Masalah kekurangan dan kesesatan Tapak Perkuburan Cina perlu diatasi segera.

7.    Mendirikan tempat letak kereta awam yang baru dan laluan Basikal—Masalah kekurangan tempat letak kereta semakin meruncing dan perlu dibaiki. Selain dari membina tempat letak kereta awam yang baru, MBI harus merancang tempat mengadakan laluan basikal demi mengurangkan kesesakan trafik, pembaziran tenaga dan pencemaran alam sekitar.

8.    Mendirikan muzium dan Historical lane nostalgia industri perlombongan Bijih Timah—Lembah Kinta pernah menjadi Destinasi utama Industri perlombongan Bijih Timah di seluruh dunia. Teknik dan cara perlombongan dan sejarah pembangunan Bijih Timah adalah bahan dan produk pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan.

9.    Menambah pusat Rekreasi Awam dan Taman Awam yang baru—Dasar <1 Taman, 1 gelanggang sukan> perlu dilaksanakan di bawah Pelan struktur pembangunan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas warga Ipoh. Kawasan perumahan Baru perlu diwajibkan menyediakan kemudahan bersukan dan Taman Awam seperti DR Park dan Polo Ground harus dipertambah dan diperluaskan ke semua zon pembangunan baru.

10.    Menyediakan tempat beribadat yang cukup secara sistematik—Menghormati Islam dan menghayati kepelbagaian budaya dan agama yang diamalkan oleh rakyat dan selaras dengan wawasan 1 Malaysia, MBI perlu menetapkan dasar dan mengenal pasti tapak tempat beribadat yang cukup secara sistematik dibekalkan kepada warga Ipoh.

11.    Mendirikan papan tanda jalan dalam 4 bahasa-Bahasa Melayu, English, Mandarin dan Tamil—Bahasa jiwa bangsa, kepelbagaian bahasa adalah khazanah dan warisan bangsa Malaysia. Papan Tanda dalam 4 bahasa akan menambah kemesraan kepada pelancong dan menunjukkan sikap keterbukaan pihak Majlis Bandaraya. Ia adalah satu kelebihan sebagai mana yang diamalkan oleh DBKL di Bukit Bintang dan MPP di Georgetown, Pulau Pinang.

12.    Program WiMAX Percuma-selaras dengan zaman internet dan pembangunan sains dan teknologi, adalah dicadangkan MBI melakarkan pelan tindakan melaksanakan program WiMAX percuma di kawasan Bandar. Kemudahan WiMAX yang percuma akan menyediakan satu suasana condusive untuk pelabur dan pelajar.            

13.    Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah- Negeri Perak merupakan Negeri kedua terbesar di Semenanjung, bagaimanapun, kemunduran lapangan terbang yang sedia ada adalah batu penghalang kepada pembangunan Negeri. Adalah dicadangkan  kerajaan perlu menyediakan pelan menaik taraf Lapangan Terbang Ipoh ke status Antarabangsa seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kuching. Ini adalah kritikal terhadap penarikan pelabur Asing dan pengeksportan produk dalam Negeri ke pasaran antarabangsa.

14.    Pembinaan Tapak pelupusan Sampah yang mesra Alam Sekitar dan berteknologi moden—Masalah pengurusan Sampah adalah masalah rumit. Satu tapak pelupusan  Sampah yang mesra Alam Sekitar dan berteknologi moden perlu dirancang untuk tempoh jangka masa panjang.

15.    Pengendalian pilihanraya Kerajaan Tempatan, demokrasi untuk Rakyat—MBI perlu membuat rancangan rapi menghadapi pilihanraya kerajaan tempatan atas prinsip No tax without representation. Pilihanraya kerajaan tempatan adalah penting untuk membina sebuah kerajaan yang mesra rakyat dan mendampingi keperluan semasa rakyat. Pilihanraya Datuk Bandar telah lama diamalkan di Negara Thai, Bangkok, Taipei City, New York, Paris, London dan lain-lain Negara membangun.
YB Nga Kor Ming menggesa pihak kerajaan mengambil berat suara rakyat dan segala rancangan pembangunan perlu menjaga kepentingan awam dan bukan mengambil kepentingan individu sahaja.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Isu jejantas berdekatan Taman Pusing Baru Berhampiran SMK Pusing



( 12/08/2010)

Para murid-murid SMK Pusing berdepan dengan risiko kemalangan saban hari kerana mereka terpaksa bertarung nyawa untuk melintas Lebuhraya Ipoh-Lumut yang agak sibuk pada awal pagi dan juga waktu tengahari. Masalah ini telah timbul sejak mulanya pembinaan Lebuhraya Ipoh-Lumut. ramai ibubapa murid-murid yang kebanyakannya tinggal di Taman Pusing Baru serta para wakil NGO telah menyuarakan rasa kebimbangan serta ketdakpuasan terhadap keadaan ini kepada YB V.Sivakumar. Menurut YB V.Sivakumar, setelah beliau menerima banyak aduan, perkara ini dibangkitkan oleh beliau kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah pada September 2009. Beliau menyoal Pengarah JKR Perak apakah tindakan yang akan diambil pihak JKR untuk mengatasi masalah ini? Malah YB V.Sivakumar mencadangkan agar satu jejantas dibina berhampiran Taman Pusing Baru berhampiran SMK Pusing dan pada masa yang sama juga pihak JKR memberitahu bahawa permohonan telah dihantar kepada Unit Keselamatan Jalan JKR Malaysia dan sedang menanti kelulusan untuk mendapatkan peruntukan dana untuk pembinaan jejantas.

Setakat ini tidak ada sebarang tindakan yang munasabah dan konkrit diambil untuk menjamin keselamatan para murid-murid yang melintas lebuhraya ini untuk ke sekolah. Tetapi yang agak menyedihkan ialah kadar kemalangan di kawasan itu yang melibatkan murid-murid sekolah kian meningkat dari masa ke semasa. Pada bulan lepas seorang murid SMK Pusing telah dilanggar kereta semasa melintas lebuhraya. Beliau dimasukan ke hospital dengan kecederaan yang serius di kakinya dimana doktor terpaksa memasukan plet logam untuk membetulkan tulang yang patah. Manakala yang terbaru adalah pada 10/082010 dimana seorang murid dan datuknya dilanggar kereta semasa melintas lebuhraya dan kedua-duanya dimasukkan ke hospital. Kejadian kemalangan-kemalangan ini membuktikan keselamatan murid-murid yang terpaksa melintas lebuhraya ini memang tidak terjamin.

YB V.Sivakumar juga berkata beliau juga memasukkan satu soalan bertulis untuk Persidangan DUN yang berlangsung baru-baru ini. Beliau meminta bilakah peruntukkan akan diperolehi untuk pembinaan jejantas untuk memastikan keselamatan murid-murid SMK Pusing yang berjalan kaki serta berbasikal?Jawapan yang diberikan adalah Kerajaan Negeri telah memohon peruntukkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk membina jejantas di kawasan tersebut,namun tidak diluluskan kerana tiada peruntukkan. jadi kenapakah permohonan yang telah banyak kali diajukan sekian lama ini tidak dimasukkan kedalam Bajet 2010 Kerajaan Persekutuan? Tambahan pula dalam jawapan bertulis,Kerajaan Negeri memberitahu bahawa persimpangan jalan ke SMK Pusing telah dinaiktarafkan dengan membuat pelebaran jalan  dan mengadakan papan tanda serta membuat garisan jalan timbul untuk mengurangkan kelajuan kenderaan ditempat tersebut. Kerja-kerja ini telah dibuat dan disiapkan pada bulan Disember 2009. Tetapi persoalan yang timbul adalah:-

1) Adakah dengan mengadakan papan tanda serta garisan jalan timbul boleh menyelesaikan masalah ini?
2)Garisan timbul tidak begitu efektif kerana tidak dapat mengawal kelajuan kenderaan di kawasan tersebut. Maka garisan timbul yang dibuat tidak "timbul" langsung dan hanya nampak cat kuning yang biasa sahaja di atas lebuhraya.

Cadangan yang dibuat oleh YB V.Sivakumar ialah satu jejantas harus dibuat dengan peruntukkan dari Bajet 2011 Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya; tetapi dalam masa menunggu untuk peruntukkan diluluskan,keselamatan murid-murid tidak harus diabaikan.Dengan itu diminta pihak JKR Perak membaiki semula garis timbul dan meletakkan lampu amaran berkelip-kelip agar para pemandu yang menggunakan lebuhraya di kawasan tersebut boleh memperlahankan kenderaan mereka. Cadangan ini telahpun dibuat secara bertulis kepada JKR Perak dan Pegawai Daerah.

YB V.Sivakumar juga telah menulis kepada Ketua Trafik Balai Polis Batu Gajah untuk menempatkan anggota polis trafik di kawasan tersebut untuk membantu memastikan keselamatan murid-murid pada masa sekolah bermula dan tamat. Pada masa yang sama YB V.Sivakumar meminta para pengguna Lebuhraya Ipoh-Lumut agar nberhati-hati semasa melalui kawasan tersebut. Satu lawatan ke sekolah SMK Pusing untuk bertemu dengan Pengetua telah dibuat untuk menerangkan isu ini. Pada masa yang sama pihak PIBG harus mengambil perhatian yang serius dalam hal ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Khamis, 12 Ogos 2010

Kempen menderma darah yang dianjurkan oleh DAP Cawangan Kampung Nalla


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 11/08/2010

Satu kempen menderma darah telah dianjurkan oleh DAP Cawangan Kampung Nalla pada 8 Ogos 2010 bersempena Kempen Sihat DUN Tronoh. Kempen yang julung kali dianjurkan DAP Cawangan Kampung Nalla ini bertempat di Dewan Orang Ramai Tronoh dan dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Kempen ini dijayakan dengan kerjasama doktor dan jururawat dari Hospital Tuanku Bainun, Ipoh.

Sambutan dari para penduduk tempatan agak menggalakkan. ADUN Kawasan Tronoh YB V.Sivakumar yang turut hadir berkata tujuan kempen adalah untuk mengisi tabung darah Hospital Tuanku Bainun, Ipoh. Katanya lagi Kempen Sihat DUN Tronoh yang sedang berlangsung ini juga akan mengadakan lebih banyak program kesihatan pada masa yang terdekat.

YB V.Sivakumar juga menyampaikan sijil penyertaan kepada para penderma.


Sekian

Thiruthani Kannavelo
Setiausaha Media

Jumaat, 6 Ogos 2010

MASALAH IBU TUNGGUL DAPAT DISELESAIKAN

Laporan Media OIeh YB. Encik Sivasubramaniam, AhIi Dewan Undangan Negeri, Kawasan Buntong Pada 3 Ogos 2010 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

MASALAH IBU TUNGGUL DAPAT DISELESAIKAN.

Puan Jean Antunia a/p Francis telah memohon untuk menyewa Rumah Pangsa Taman Harmoni kerana tidak dapat membayar sewa yang lebih tinggi disebabkan beliau tidak bekerja ketika mi. Beliau hanya mendapat bantuan kewangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 900.00 sebulan untuk menjaga empat adik-adik beliau. Suaminya telah mengarahkan beliau keluar dan rumahnya disebabkan beliau menghabiskan masa menjaga adik-adiknya yang cacat. Oleh itu, Puan Jean Antunia alp Francis tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau terpaksa menjaga adik-adiknya yang cacat dan kurang upaya yang tiada tempat reduhan. Beliau telah membuat permohonan awal untuk menduduki Rumah Pangsa tidak tercapai dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan pertolongan dan Pusat Perkhidmatan ADUN Buntong.

Puan Jean Antunia a/p Francis telah berjumpa dengan saya dan menerangkan beliau menghadapi masalah untuk menyewa Rumah Pangsa Taman Harmoni. Saya berasa amat dukacita selepas mendengar kesusahan yang dialami sejak kebelakangan in Selepas itu saya telah mengarahkan setiausaha saya untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya lpoh, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi menangani masalah ini. Dalam perjumpaan itu Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh berkenaan berjanji dengan saya untuk menolong menyelesaikan masalah mi dengan segera.

Selepas beberapa minggu memohon Puan Jean Antunia a/p Francis telah ditawarkan untuk menduduki Rumah Pangsa Taman Harmoni, Buntong dan beliau berasa amat gembira dengan tawaran ini kerana beliau ditawarkan rumah di tingkat bawah yang akan membolehkan beliau menjaga adik-adiknya dengan lebih sempurna lagi. Beliau telah hadir ke Pejabat saya dan mengucapkan terima kasih dengan hati yang ikhlas kerana impiannya untuk menduduki Rumah Pangsa akhirnya tercapai melalui bantuan saya.

Y.B. Encik Sivasubramaniam

Khamis, 5 Ogos 2010

Yb Nga Kor Ming : Sidang DUN Perak menafikan hak bersuara Demokrasi terkubur di Perak

(Ipoh -5-8-10)

DAP hari ini meminta kerajaan mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minima persidangan Dewan Negeri supaya badan perundangan tersebut tidak dijadikan “rubber stamp” semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.


Ahli Dewan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming(DAP) hari ini mengeluarkan kenyataan melahirkan perasaan kesal bahawa Kerajaan Negeri BN hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat tanpa peluang berbahas yang memadai untuk Ahli-ahli
Dewan Negeri.

Pada Selasa minggu ini, BN mengadakan siding dewan negeri satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit setinggi RM104 juta. Persidangan tersebut juga menyaksikan bekas Menteri Besar, Dato Seri Ir Mohd Nizar Bin Jamaluddin dihalau keluar dari Dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat. Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang Ahli Dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan meninggalkan Dewan sebagai tanda protes.

Nga Kor Ming, yang juga merupakan setiausaha Negeri DAP berkata, adalah tidak masuk akal bahawa persidangan Dewan yang begitu penting hanya berlangsung 1 hari sahaja. Beliau mengutuk keputusan Menteri Besar Perak , Dato Seri Dr Zamry Abd Kadir yang enggan bersidang 4 hari sepertimana yang diminta oleh Pakatan Rakyat supaya semua Ahli Dewan diberi peluang untuk berucap. “Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat?”beliau menegaskan.

Nga Kor Ming berkata, adalah tidak munasabah dan kurang akil baligh apabila selaku Ketua Pembangkang Dewan Negeri, Dato Seri Nizar hanya diberi masa 15 minit oleh Dato G Ganesan yang menggelar dirinya selaku Speaker untuk berucap dalam membahas rang undang-undang yang melibatkan wang RM80 juta. Semua Ahli Dewan lain pula hanya diberi masa 10 minit masing-masing. Amalan kuku besi sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip asas sistem Demokrasi berparlimen.  “Parlimen ambil masa 40 hari berdebat untuk meluluskan bajet, tetapi Perak 1 hari sahaja, saya percaya ini satu lagi rekod dunia.” Beliau berkata.

“Sepanjang masa persidangan, microphone ADUN Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung  di atas bangunan Perak seperti Akuarium, seluruh Dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini Dewan Negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa.”

Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang memadai untuk berhujah. Seperti contoh, YB Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja.

Selain itu, Nga Kor Ming juga menegur tindakan kerajaan Negeri membenarkan pihak kurang bertanggungjawab menggantung sepanduk mengecam pembangkang dengan perkataan kejam di perkarangan bangunan kerajaan Negeri. Tindakan sedemikian menunjukkan penyokong BN adalah cetek pemikiran dan kurang matang.

Demi membela hak bersuara dan memastikan Dewan perundangan berfungsi secara sihat, Nga Kor Ming menggesa supaya semua kerajaan Negeri mencontohi Dewan Rakyat, menetapkan had minima waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan negeri.