PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 30 Ogos 2010

MCA tolak derma RM30 juta Nga Kor Ming desak berikan penjelasan sebenar



(Ipoh 30-8-2010)

MCA hari ini didesak untuk memberi penjelasan sebab sebenar mengapa menolak tawaran derma RM30 juta untuk Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) sedangkan parti tersebut begitu taksub mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia dengan jumlah pungutan lebih RM125 juta.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menerima e.mail dari seorang dermawan veteran, Encik Koon Yew Yin yang berumur 77 tahun, menyatakan bahawa atas ketiadaan kamsis di Universiti tersebut, beliau telah memberi tawaran ikhlas menghulurkan bantuan untuk memberi derma sebanyak RM30 juta sebagai kos pembinaan hostel mahasiswa supaya menampung permintaan 13,000 orang mahasiswa di Univerversiti tersebut yang bertapak di Kampar, Perak.   Bagaimanapun, pihak pimpinan MCA telah menolak dengan pelbagai dalih  atau gagal menerima derma tersebut.

Nga, yang juga merupakan Setiausaha DAP Negeri Perak, berkata di siding akhbar hari ini bahawa ini adalah perkara paling pelik yang pernah dijumpa sepanjang penglibatan beliau di arena politik. “MCA sebagai parti komponen kerajaan tetapi tidak berupaya dapat peruntukan dari kementerian pendidikan, sebaliknya kutip derma di merata tempat, kini pula ada pihak yang ingin derma, parti tersebut tidak berani untuk menerima. Apa sudah jadi?” Nga berkata.

Nga Kor Ming berkata, MCA telah memohon tanah seluas 1,300 ekar dari kerajaan negeri dan diluluskan dengan harga premium minima, tetapi setakat ini hanya 250 ekar dibangunkan, tanah lebih 1,000 ekar masih lagi belum dibangun. Yang memeranjatkan pihak Universiti tidak ada rancangan untuk membina kamsis atau hostel untuk para mahasiswa sebaliknya menggalakkan 13,000 orang pelajar menyewa rumah swasta yang kebanyakan dipercayai dimiliki oleh segelintir pemimpin-pemimpin MCA dengan kadar sewa mahal sebanyak RM420 untuk 1 bilik didiami oleh dua orang.

Menurut Nga, dermawan tersebut telah memberi tawaran untuk derma kepada pihak Universiti sejak Ogos tahun lalu, tetapi sehingga kini hajat murninya masih belum kesampaian. “Ini adalah satu perkara yang amat tidak masuk akal dan Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek perlu dampil ke depan memberikan akaun
Universiti tersebut untuk pemeriksaan orang awam demi ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran Universiti awam tersebut.”Nga menegaskan.

Menurut Nga, jumlah derma RM30 juta adalah jumlah derma paling besar di sejarah pembangunan UTAR dan adalah memalukan bahawa pihak Universiti yang diuruskan oleh MCA telah gagal memberikan penjelasan sebab tidak membina hostel untuk pelajar-pelajar. Nga meminta pihak MCA jika UTAR tidak perlu lagi derma wang orang awam, maka adalah tanggungjawab parti tersebut kembalikan segala wang derma kepada orang awam supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan