PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Rabu, 25 Ogos 2010

Bahaya dimana tempatnya, Datuk Bandar bertindak tidak rasional.



Kenyataan media daripada D. Tanabalan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat di Ipoh pada 25hb Ogos 2010.

Bahaya dimana tempatnya, Datuk Bandar bertindak tidak rasional.


Semasa lawatan saya ke Pasar Besar Ipoh, saya dimaklumkan bahawa MBI mengeluarkan lesen perniagaan sementara bagi Bazaar Ramadhan di dalam kawasan pasar. Sebanyak 30 petak berukuran 3’ x 7’ disewakan kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan untuk menjual kuih-muih pada kadar RM15.00 sepetak.

Bulan lalu Persatuan Peniaga-Peniaga Wanita di Pasar Besar Ipoh (PENITA) telah memohon untuk mengadakan Bazaar Bulan Ramadhan di luar kawasan pasar iaitu lorong di antara bangunan pasar (dahulunya dikenali sebagai Super Kinta) dan bangunan pasar ayam. Tetapi malangnya permohonan mereka telah ditolak.

Alasan yang diberi oleh Datuk Bandar adalah kesesakan lalulintas akan berlaku dan bahaya untuk orang awam.

Berikutan perkara ini Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB. M Kulasegaran yang menyokong cadangan persatuan ini untuk mengadakan pasar ramadhan telah berhubung dengan Datuk Bandar. Selepas YB M. Kula Segaran mengutamakan kepentingan pembangunan peniaga-peniaga kecil serta minat ahli-ahli PENITA yang terdiri daripada ibu tunggul, terhasilnya satu persetujuan bahawa Datuk Bandar akan membuat perjumpaan dengan jawatankuasa persatuan ini.

Menurut Pn. Rosnah, Pengerusi PENITA tiada perbincangan yang dijalankan, malah beliau hanya menerima surat penolakan cadangan PENITA. Beliau juga menyatakan bahawa kenyataan Datuk Bandar dalam akhbar adalah satu penipuan.

Selepas Pasaraya Super Kinta ditutup, ramai pengunjung atau pembeli tidak berminat untuk membeli belah di Pasar Besar Ipoh ini. Majlis Bandaraya Ipoh tidak mempunyai pelan jangka panjang dan jangka pendek untuk mengembalikan keadaan asal tempat perniagaan tersebut. Kenapakah kebajikan peniaga disini tidak diambil kira?

Setahu saya 2 tahun yang lepas MBI pernah membuat kerja-kerja pemulihan dan menaiktaraf bangunan Pasar Besar Ipoh. Pada masa itu MBI telah menempatkan kesemua peniaga-peniaga di sekeliling luar pasar dengan gerai berbumbung selama lebih kurang 6 bulan. Bagaimanakah masalah kesesakan lalulintas dan bahaya boleh diatasi?

Saya juga mendapat aduan daripada beberapa peniaga di situ bahawa petak yang diberikan kepada peniaga bagi bazaar bulan ramadhan adalah telah cukup untuk meletakkan sebuah meja dan kerusi kerana ruangnya terlalu kecil. Ada juga petak yang ditempatkan bersebelahan dengan kotak suis TNB yang merbahaya.

Persoalan saya adalah “Bahaya! manakah tempatnya?” Datuk Bandar harus menjawap soalan ini kerana tindakannya yang tidak rasional.

Justeru itu, kami ingin menuntut keadilan dalam perkara ini serta kami mendesak Datuk Bandar supaya meminta maaf kepada seluruh warga PENITA.

D. Tanabalan
0103993020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan