PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Ahad, 7 Mac 2010

YB Nga Kor Ming : Rakyat harus menolak budaya Bohong BN demi integriti Negara

(Gambar 1 ) Lebih 3,000 orang rakyat membanjiri tempat Ceramah Pakatan Rakyat di Taiping.

(Gambar 2) Nga Kor Ming menyeru rakyat menolak budaya bohong pimpinan BN demi maruah bangsa dan Negara.

(Gambar 3) Tokoh PAS, Mohomed Sabu menyeru rakyat tinggalkan politik perkauman dan amalan rasuah politik yang kian serius.


( Taiping , 7/3/2010)

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menyeru rakyat Malaysia menolak budaya bohong yang semakin menular oleh pimpinan Barisan Nasioanl kerana jika budaya buruk ini tidak ditegah, kemungkaran sedemikian akan menjejaskan intergiti Negara.

Nga, yang juga setiausaha DAP Negeri Perak semasa berucap di ceramah perdana di sini anjuran Pakatan Rakyat kawasan Taiping berkata, baru-baru ini ramai pemimpin kerajaan telah bercakap bohong demi kepentingan dan agenda peribadi. Sebagai contoh, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menuduh kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena perayaan Maulidul Rasul tetapi terbukti ia fitnah semata-mata. Sebaliknya Kerajaan Pulau Pinang telah menjemput Muhyhiddin turut serta dalam perarakan Maulidul Rasul tetapi pemimpin kerajaan tersebut telah memilih sunyi seribu bahasa. Selain itu, Menteri Besar Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir telah mengumumkan Perak Berjaya menarik perlaburan asing setinggi RM11.6 billion pada 2009 tetapi terbukti pengumuman tersebut adalah bermotif menipu orang ramai kerana mengikut Jabatan perangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Negeri yang menarik paling banyak perlaburan asing pada 2009 adalah Sarawak dengan RM8.4 billion sahaja dan diikuti oleh Negeri Selangor dengan mencatat jumlah perlaburan sebanyak RM6.7 billion. Ini terbukti pimpinan Barisan Nasional kini berada dibawah keadaan terdesak sehingga sanggup bercakap bohong.

“Zamry juga mendakwa kerajaan PR Perak tidak pernah melantik ADUN dan Ahli Parlimen BN duduk dalam Jawatankuasa tindakan Daerah, tetapi fakta sebenarnya adalah beliau telah ponteng mesyuarat dan bukan tidak dilantik.” Beliau berkata.

Nga juga berkata, perjuangan UMNO-BN jelas adalah untuk kuncu-kuncunya dan bukan orang Melayu. Mengikut penangkaan majalah The Malaysian Business, anak-anak tokoh UMNO kebanyakan menjadi kaya-raya, termasuk anak Tun Dr Mahathir, iaitu Dato Mokzani Mahathir yang mempunyai kekayaan RM1.7 billion dan menduduk tangga 20 orang paling kaya di Malaysia. Selain itu, anak Tun Abdullah Badawi, Kamaruddin Abdullah juga dilaporkan mempunyaai kekayaan sebanyak lebih RM300 juta. Menantunya Khairy Jamaluddin, yang juga Ketua Pemuda UMNO juga pernah dilaporkan membeli saham Syarikat Bursa Malaysia, ECM Libra dengna harga RM9.2 juta; Adik Perdana Menteri kini, Dato Nasir Bin Tun Razak juga dilaporkan mempunyai kekayaan lebih RM1 billion. Jelas terbukti perjuangan UMNO adalah untuk segelintir orang yang kaya-raya dan menjaga kebendaan mereka kerana UMNO sendiri sentiasa mengeluarkan propaganda bahawa orang Melayu adalah kaum paling miskin di tanahair kita walaupun UMNO sudah perintah 54 tahun. “UMNO tipu Melayu, MCA tipu Cina, dan BN tipu semua rakyat Malaysia!” beliau berkata demikian sambil menerima sambutan dan laungan dari para hadirin.

Nga Kor Ming hari ini berceramah bersama pemimpin PAKATAN RAKYAT lain termasuk Ahli Majlis Tertinggi PAS, Mat Sabu dan mantan Pengerusi Parti KeAdilan Negeri Perak, Ismail Yussof. Ceramah tersebut yang bertempat di Bukit Jana, Taiping telah Berjaya menarik lebih dari 3,000 orang rakyat yang membanjiri tempat ceramah tersebut. Sambutan hangat orang Melayu menunjukkan bangsa Melayu turut mendokong perjuangan Pakatan Rakyat yang membantah politik rasuah dan perkauman yang diapi-apikan oleh UMNO-BN.

Tokoh PAS, Mohamed Sabu ketika berceramah berkata, buah busuk dalam Pakatan kini mula menunjukkan wajah sebenar mereka dengan meninggalkan parti sambil tergamak merosakkan nama baik parti Beliau mencabar “katak-katak” tersebut bersumpah kepada Allah bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang habuah rasuah. “Kita bersyukur bahawa api dalam sekam sedemikian meninggalkan Pakatan, kerana ia adalah satu proses pembersihan. Perbuatan mereka yang menderhaka rakyat mencerminkan kecetekan pemikiran golongan tersebut yang jelas UMNO adalah dalang disebalik perbuatan kianat mereka. ”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan