Yb bersama Puan Norma
Encik Subramaniam
Encik Krishnan
Cik Zaizazuri
Encik Jasmal Singh
(2010/3/11)
Perkhidmatan pesakit luar di Hospital Batu Gajah adalah amat mengecewakan. Keadaan ini terbukti apabila para pesakit terpaksa menunggu berjam-jam untuk berjumpa dengan doktor. Tempat menunggu pula agak sesak kekurangan tempat duduk. Malah kemudahan untuk orang kurang upaya serta warga emas juga tidak tersedia. Banyak aduan serta rungutan daripada orang awam timbul akibat keadaan ini. Antaranya:
Encik Subramaniam(54thn) yang berkata bahawa beliau telah datang ke hospital pada pukul 8.30 pagi dan masih lagi menunggu hingga pukul 11.10 pagi. Beliau agak kecewa kerana walaupun diberi nombor giliran di kaunter pendaftaran, sistem ini tidak digunapakai kerana kerosakan kaunter paparan nombor giliran yang menyebabkan semua pesakit dipanggil secara seorang demi seorang. Perkara ini nyata menimbulkan rasa kurang selesa tambah Cik Zaizazura(22 thn) dari Lahat serta dan Encik Krishnan (62 tahun) dari Taman Changkat Mewah . Ini adalah kerana jikalau adanya sistem penomboran dan kaunter paparan berfungsi dengan baik ianya akan memudahkan mereka untuk membuat perkara lain tanpa membuang masa menunggu.
"Kalau hendak pergi ke tandas pun susah kerana jika nama pesakit dipanggil sekali dan pesakit tersebut tidak berada di tempat rawatan maka terlepasleh gilirannya" ujar Encik Ko Pee Yu (70 thn). Puan Norma (50 thn) dari Batu 5 Jalan Gopeng mengeluh kerana beliau terpaksa menunggu lama walaupun ibunya seorang warga emas. Padahal pihak hospital perlu menyediakan perkhidmatan khas untuk warga emas. Beliau juga agak kesal kerana membuang masa dengan menunggu begitu lama padahal dia terpaksa menghantar anak-anaknya ke sekolah. Encik Jasmal Singh(50thn) dari Desa Changkat juga agak kesal dengan tahap perkhidmatan kerana telah menunggu hampir 3 jam. Beliau mengadu kenapa kaunter paparan nombor giliran tidak diperbaiki dan sistem manual digunakan. 'Ianya akan mengambil masa yang agak panjang dan tidak mengikut urutan ' katanya lagi. Melihatkan keadaan orang ramai masih menunggu Encik Ramalingam (46 thn) dari Ara Payung terpaksa membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan doktor kerana khuatir dia terpaksa menunggu untuk masa yang lama dan ini bukan kali pertama beliau menghadapi senario ini.
Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak boleh dinilai dengan adanya struktur-struktur bangunan yang besar dan tinggi mencakar langit. Kemajuan yang sebenar adalah dari segi pembangunan ehsan. Perkhidmatan yang cemerlang harus diberi oleh semua sektor kerajaan terutamanua sektor kesihatan. Jika ia gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pesakit-pesakit maka ia membuktikan kemunduran sesebuah negara. Di negara-negara mundur di dunia ini, sektor kesihatan disana tidak menggalakkan dan mereka berada dalam keadaan yang mundur. Jika di Malaysia juga,sektor ini tidak diberi keutamaan, apalah bezanya Malaysia dengan negara-negara mundur di dunia. Melihatkan keadaan perkhidmatan di Hospital Batu Gajah yang serba kekurangan ini membuktikan aspirasi kerajaan untuk "rakyat didahulukan" diketepikan sama sekali.
Dicadangkan supaya menambahkan bilangan doktor di Jabatan pesakit luar dan juga perbaiki semua kaunter paparan nombor giliran diperbaiki agar orang ramai tidak keliru. Juga diharapkan pihak hospital juga menyediakan kemudahan-kemudahan asas di hospital untuk keselesan orang ramai. Adalah tidak wajar untuk kerajaan memperkenalkan Klinik 1 Malaysia dengan belanja berbillion ringgit walhal hospital-hospital dan klinik-klinik desa tidak ditadbir dengan baik dan kekurangan.
sekian
V.Sivakumar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan