PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 16 Mac 2010

Media statement by M. Kula Segaran



(Sat, 13 March, 2010)

Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB M.Kulasegaran hari ini telah menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 70 warga emas dalam majlis yang dianjurkan bersama cawangan-cawangan DAP kawasan Ipoh Barat di Kg.Tawas.

Majlis anjuran bersama cawangan-cawangan DAP kawasan Ipoh Barat dan Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga dihadiri oleh Sdr. Cheong Chee Khing, Sdr. Frankie Wong,Sdr. D.Tanabalan,Sdri Jessy Yoon, Sdr. A.Wasu, Sdr. Sugumaran, Sdr. Anandhan, Sdr. Tham Yee Chin, Sdr. Tan Hong Lau, dan lain-lain lagi.

Kenyataan Akhbar daripada M. Kulasegaran, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Ahli Parlimen Ipoh Barat di Kg. Tawas, Ipoh pada 13/02/2010.

Kerajaan harus memberi lebih banyak sumbangan kepada warga emas dan rumah orang tua.

Sumbangan yang dihulurkan kepada warga emas adalah untuk meringgankan beban harian mereka serta ianya merupakan satu-satunya peluang untuk menghargai jasa mereka. Lebih-lebih lagi, ianya adalah wajar untuk kita menghargai segala pengorbanan mereka dengan menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan.

Pemberian sumbangan kepada warga emas tidak sepatutnya terhenti dengan pemberian keperluan harian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal malah harus dipertingkatkan dengan rawatan perubatan harian mereka.

Adalah kewajipan kerajaan untuk menangung keselesaan kesihatan mental dan fizikal warga emas di Malaysia.

Oleh kerana itu, kerajaan patut bertanggungjawab untuk meningkatankan peruntukan bagi warga emas dan rumah orang tua.

Kerajaan juga harus memberikan bantuan perubatan kepada orang-orang tua dengan menghantar doktor dan jururawat yang terlatih khususnya untuk menjalankan rawatan di rumah orang tua secara teratur.

Pada bulan Julai tahun lalu, sebuah laporan Starprobe telah membawa kepada pengetahuan masyarakat bahawa peningkatan bilangan warga emas yang dihantar atau boleh dikatakan dibuang ke hospital dan terbiar di jalan raya.

Walaubagaimanapun kerajaan mempunyai kewajipan untuk menghentikan tindakan kejam seperti ini yang dilakukan kepada warga emas. Janganlah masalah ini menjadi masalah yang serius dan mengkhawatirkan masyarakat.

Di Singapura terdapat undang-undang di bawah Akta Penjagaan Orang Tua 1996 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika anak-anak mereka membiarkan orang tuanya. Malaysia harus mengimplimentasikan undang-undang seperti ini supaya dapat mengurangkan masalah ini berlanjutan.

Kerajaan harus mempertimbangkan perkara ini dari segi perundangan dan kewangan untuk membantu individu daripada menghantar  ibubapa mereka ke rumah orang tua. Bagi mereka yang meninggalkan orang tua mereka di hospital atau di Jalanraya, mereka dihukum dengan menghantar mereka ke penjara.

M. Kulasegaran
012-5034346

Tiada ulasan:

Catat Ulasan