PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 8 Februari 2010

KENYATAAN MEDIA


(Gambar)1-Pakatan Rakyat mencabar UMNO membuat surat akuan berkanun di Mahkamah demi membuktikan bahawa parti tersebut tidak terlibat dengan angkara mengedar risalah fitnah dikawasan Melayu.

(Gambar) 2 : Kereta Dato Seri Nizar yang terbabas akibat kemalangan jalanraya juga dipersendakan dan dibutar belit akibat enggan guna kereta Proton.


(IPOH 5-2-2010)

PAKATAN RAKYAT hari ini mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir membuat surat akuan berkanun di Mahkamah demi membuktikan bahawa angkara penyebaran risalah-risalah memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat dikawasan pendalaman dan majoriti Melayu bukan kerja parti tersebut.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Abu Bakar Hussain dan Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming hari ini mengeluarkan cabaran tersebut terhadap UMNO atas kandungan risalah-risalah yang penuh dengan fitnah dan tuduhan palsu.

Nga Kor Ming mendedahkan bahawa baru-baru ini rakyat dikawasan pendalaman dan kampung mula mendapat risalah yang mengandungi pelbagai tohmahan palsu dan fitnah jahat termasuk : Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin adalah boneka orang Cina, pemimpin PR walaupun baru mentadbir negeri 10 bulan tetapi telah rasuah berbillion-billion ringgit, PAS menjual hak orang Melayu dan malahan kejadian kemalangan jalanraya yang menimpa Dato Seri Nizar juga disifatkan akibat mabuk kuasa tidak mahu guna kereta Proton Perdana serta fitnah-fitnah lain. Semua risalah tidak berani cetak pihak penerbit dan pencetak dan hanya diedarkan khusus dikawasan orang Melayu sahaja. “ Kita rela berdebat secara terbuka dan professional tetapi bukan dengan perbuatan baling batu, simpan tangan.” Ulas Abu Bakar.

Adalah dipercayai angkara sedemikian bukan sahaja berbau perkauman tetapi ia adalah berkaitan dengan tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan siapa Menteri Besar yang sah di Negeri Perak pada 9/2/2010 yang akan datang.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taipng berkata, tindakan mengedar risalah fitnah adalah usaha licik parti lawan yang cuba memperdayakan warga kampung dan merupakan perbuatan Pengecut. Beliau mengulas, sebenarnya dalam tempoh pemerintahan PR dibawah pimpinan Dato Seri Nizar , kerajaan Negeri PR telah mendapat pujian terbuka dan pengiktirafan Laporan Ketua Audit Negara yang menganugerahkan prestasi cemerlang empat(4) bintang serta markah 93.2% kepada kerajaan Negeri. Ini terbukti tuduhan risalah tersebut sama sekali meleset.

“ Tindakan pihak tertentu membantu menyebar fitnah adalah amat berdusta dan mereka adalah golongan parti ajaran sesat, saya berharap mereka cepat insaf dan bertaubat sebelum terlewat.” Nga berkata.

Nga berkata, Speaker Dewan Negeri, V Sivakumar akan membuat laporan polis menurut seksyen 500 dan 501 Kanun Keseksaan iaitu fitnah berunsur jenayah terhadap pihak tidak bertanggung jawab yang mengedar risalah-risalah tersebut dan berharap pihak polis akan mengambil tindakn tegas terhadap mereka yang sengaja menyebar fitnah serta mengungkitkan api perkauman.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan