(06/05/2010)
Masalah longkang tersumbat di belakang bangunan baru di Pekan Pusing Baru sangat merunsingkan para pekedai serta pengunjung kedai. Ini adalah kerana bau busuk dari longkang tersebut menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan. Walaupun banyak aduan dibuat oleh para pekedai kepada ahli Majlis MDBG namun tidak ada sebarang tindakan diambil.
Yb V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut setelah mendapat aduan, berkata bangunan di sini adalah masih baru dibina iaitu lebih kurang satu tahun. Sistem longkang yang dibina pula adalah sistem bawah tanah,namun apabila tidak ada penyelengaraan yang dibuat maka selepas satu jangkamasa longkang tersebut pun tersumbat. Yb V.Sivakumar juga telah membuat aduan kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah.
Beliau berharap pihak Majlis akan mengambil satu tindakan pada masa yang terdekat untuk menyelesaikan masalah ini demi kebaikan semua pihak.
Sekian
Thiruthani Kannavelo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan