PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Sabtu, 22 Mei 2010

YB Nga Kor Ming : Dewan Negara perlu rombakan segera Adakan pilihanraya demi integeriti dan imej Negara

 Gambar 1 : Ahli Parlimen Taiping,  Nga Kor Ming menggesar kerajaan melakukan rombakan ke atas sistem perlantik Ahli Dewan Negara dan adakan pilihanraya untuk Dewan yang mulia tersebut.

 Gambar 2 : Lebih 3,000 orang rakyat pelbagai kaum tetap menghadiri Majlis Perasmian Karnival Demokrasi Pakatan Rakyat selama tiga hari.

(Ipoh, 22/5/2010)

DAP hari ini menyeru pihak kerajaan melakukan rombakan serta melaksanakan sistem pilihanraya untuk Ahli Dewan Negara demi menjaga kedudukan dan integriti Dewan yang mulia itu sebagai badan Senate menyemak dan meluluskan undang-undang dalam Negara ini.


Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming berkata, mengikut perlembagaan persekutuan, hanya rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas, mempunyai pengalaman meluas atau mendapat pengiktirafan tinggi dalam bidang professional masing-masing layak duduk dalam Dewan Negara. Fungsi utama Dewan yang mulia tersebut adalah untuk menyemak dan mengkaji segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah bacaan ketiga oleh 222 orang Ahli Parlimen.

Nga, yang juga Ahli Parlimen Kawasan Taiping ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Demokrasi anjuran Pakatan Rakyat disini berkata, adalah amat dikesali amalan kini oleh pihak kerajaan telah menjatuhkan imej Dewan tersebut dan malahan mereka yang pernah disabit kesalahan oleh Mahkamah dan ramai pemimpin-pemimpin BN yang telah ditolak oleh rakyat semasa pilihanraya umum kini telah dilantik sebagai Senator. “Amalan masuk dari pintu belakang semakin berleluasa dan ini adalah satu bentuk penyalahgunaan budibicara, lebih-lebih lagi antara yang dilantik termasuk mereka yang dianggap oleh pucuk pimpinan BN sendiri tidak layak menjadi calon Dewan Rakyat.” Nga menegaskan.

Walaupun hujan lebat, lebih 3,000 orang rakyat pelbagai kaum tetap menghadiri Majlis Perasmian Karnival Demokrasi Pakatan Rakyat selama tiga hari tersebut. Ramai yang sanggup berpayung sehingga waktu larut malam mendengar ucapan pemimpin PR termasuk Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammed Nizar Bin Jamaluddin.

Nga Kor Ming menyarankan supaya kerajaan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih Ahli-Ahli Dewan Negara. Beliau merujuk kepada phenomena baru-baru ini dimana semakin ramai pemimpin BN yang kalah pilihanraya kini masuk ke Dewan Negara sebagai cara mengagihkan jawatan demi kepentingan parti politik semata-mata. Sebagai contoh, Pengerusi parti GERAKAN, Tan Sri Koh Tsu Khoon,  Naib Presiden MCA, Dato Donald Lim, Timbalan Presiden MIC, Dato G Palanivel, Bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun , Naib Presiden MCA, Gan Peng Shiu serta bekas ketua Pemuda KeADILAn, Ezam Mohd Nor yang pernah disabit kesalahan oleh Mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara kini semua dilantik sebagai Senator, menerima elaun lumayan tanpa mandate dari rakyat Jelata. “Apa criteria pemilihan Senator kini? Slogan kerajaan adalah Rakyat didahulukan, kini dimana suara rakyat?” Nga berkata.

Demi menjaga keutuhan institusi perundangan serta kemuliaan badan Dewan Negara, Nga bercadang supaya kerajaan mencontohi Negara Jepun, Amerika mahupun Philipina mengadakan pilihanraya umum untuk Dewan Negara dan memastikan hanya mereka yang paling layak menduduki kerusi Dewan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan