PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Khamis, 29 April 2010

Nga Kor Ming : DAP sedia memberi bantuan guaman menuntut keadilan untuk pelajar Melayu yang ditembak mati

 (Gambar) Nga Kor Ming dan pemimpin DAP mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Ipoh. Beliau mengumumkan DAP sedia untuk menuntut keadilan untuk keluarga mangsa pelajar Melayu yang ditembak mati oleh polis kelmarin di Shah Alam.

 (Ipoh 28hb April, 2010)

DAP sedia menghulurkan bantuan guaman kepada pelajar Melayu berumur 15 tahun, Allahyarham Amirul Rashid yang ditembak mati oleh Polis demi menuntut keadilan.


Timbalan Setiausaha Agong DAP, Nga Kor Ming hari ini menyatakan bahawa kejadian pelajar Melayu tersebut yang ditembak mati di Shah Alam kelmarin tanpa melakukan sebarang kesalahan adalah satu lagi kejadian kejam yang perlu diberi perhatian serius. Beliau berkata, sekiranya keluarga Allahyarham sudi dan rela, DAP sentiasa rela untuk membantu dalam perkara ini.

Nga yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, satu suruhanjaya berkecuali perlu ditubuhkan dengan segera untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh supaya fakta benar dapat dikesan dan nasib keluarga mangsa dibela.

Nga berkata, polis tembak mati orang awam yang tidak membawa sebarang senjata, khususnya pelajar sekolah adalah satu kejadian yang amat malang dan perlu diberi perhatian serius.

Menurut beliau, pasukan polis sebagai pasukan menjaga undang-undang perlu menghormati undang-undang sendiri. Sekiranya polis mengesyaski sebarang pihak terlibat dalam kegiatan jenayah, polis perlu mengikut prosedur undang-undang menahan pihak berkenaan dan mendakwanya di Mahkamah. Tindakan menembak adalah pilihan terakhir hanya jika nyawa anggota polis tersebut terancam.

Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar hari ini bersama ADUN Menglembu, Lim Pek Ha di Ibu Pejabat Polis Ipoh ketika membantu seorang mangsa kes rogol yang melibatkan pelajar sekolah berumur 14 tahun disini.Turut hadir sama peguam DAP, Leong Cheok Keng.

Nga berkata, kematian Amirul Rashid adalah phenomena negatif yang sering jadi baru-baru ini. Pada dua minggu lepas, dua orang pemuda India ditembak mati di Taiping apabila pols cuba menahan kereta mereka. Jika siasatan menyeluruh tidak dilaksanakan dengan segera, ia akan mengundang persepsi negative dikalangan khalayak orang ramai terhadap pasukan keselamatan.

Nga menyeru kerajaan mengambil nasihat dan cadangan Suruhanjaya Diraja yang mengesyorkan satu badan berkecuali ditubuhkan untuk menjalankan siasatan terhadap sebarang kes-kes yang melibatkan salahlaku dan kelanggaran displin pasukan polis supaya menjaga kewibawaan institusi tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan