(Gambar 1) Mat Sabu lantang berucap.
(Gambar 2) Nga Kor Ming berpidato dengan penuh bergaya.
(Gambar
3,4 dan 5) Lebih 6,000 orang hadir membanjiri tapak ceramah di Bukit
Jana, Taiping. Sambutan hangat amat memberangsangkan.
(TAIPING
9-9-2011)
Lebih
6,000 warga Taiping membanjiri Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat
di Kampung Bukit Jana disini sehingga kereta penuh sesak lebih tiga
kilometer.
Ceramah
Perdana yang membariskan Tokoh pemimpin handalan seperti Timbalan
Presiden PAS, Mat Sabu dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang
turut diberi gelaran “Mat
Sabu DAP” Berjaya
menarik rakyat dari berbilang kaum seolah-olah pesta muhibah dan
perpaduan Nasional yang sebenar.
Ahli
Parlimen Taiping, Nga Kor Ming ketika berucap berkata, kehadiran
begitu ramai rakyat dari pelbagai kaum terbukti Pakatan Rakyat kini
telah Berjaya mewujudkan lanskap politik Negara yang baru. Beliau
berkata, kini UMNO-BN telah ketandusan idea dan oleh kerana itu
terpaksa memakai taktik kotor dengan kempen fitnah untuk menghina
sifat pemimpin PR walaupun serangan peribadi yang bersifat politik
akhirnya semua terbukti palsu dan remeh.
Nga
Kor Ming berkata, UMNO mengecam Mat Sabu cuba bela komunis tetapi
adalah fakta umum Setiausaha Agong UMNO, Dato Seri Tengku Adnan Bin
Mansor telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Komunis
Cina di Beijing pada tahun 2010. Selain itu, Parti Komunis Cina yang
merupakan Bapa kepada Parti Komunis Malaya(PCM) adalah tetamu
kehormat khas di Perhimpunan Agong UMNO atas jemputan parti tersebut.
Ini terbukti UMNO bersikap talam dua muka dan cuba memperdayakan
rakyat dengan usaha licik yang cukup Hipokrit.
Nga
yang juga merangkap Timbalan Bendahari Agong DAP berkata, nasib orang
Melayu akan dibela jika PR memimpin Putrajaya menjelang PRU-Ke 13
kerana kini kebanyakan kekayaan Negara diranggul oleh segelintir
kroni besar UMNO sahaja. “Rekod
Jabatan Perdana Menteri sendiri mengakui Perak kini telah menjadi
Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga miskin diseluruh
Negara dengan 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak mempunyai
purata pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jika tidak ubah
sekarang, bila lagi?”
Beliau memesan kepada warga rakyat supaya gantikan BN dengan PR
sebelum Negara muflis dengan hutang Negara yang kini telah mencecah
paras lebih RM408 billion sekarang. Dengan kata lain, setiap rakyat
Malaysia terpaksa membayar hutang RM15,000 seorang atas kesilapan
pentadbiran UMNO-BN.
Mat
Sabu diberi sambutan wira
Panas
dengan isu Mat Indera, Mohammad Bin Sabu yang lebih popular dikenali
sebagai Mat Sabu ketika berucap berkata, sejarah dan tokoh
kemerdekaan bukan terhad kepada ukiran atau lakaran UMNO sahaja.
Selain dari Dato Onn Jaafar, tokoh lain seperti Dr Buharddin, Ahmad
Bostaman, Mat Kilau, Tok Janggut termasuk Mat Indera perlu diberikan
catatan sejarah yang setimpal dan adil dengan sumbangan serta
pengorbanan mereka. Beliau mendedahkan walaupun Mat Indera difitnah
sebagai pengganas Komunis, tetapi Kerajaan Johor telah menerbitkan
buku “Pengukir Nama
Johor” dengan memuji
sumbangan beliau sebagai pejuang kemerdekaan. Penaung Buku tersebut
adalah Menteri Besar Johor sendiri, iaitu Dato Seti Abdul Gani. Ini
sekali lagi terbukti kini UMNO menggali lubang lompat sendiri.
Mat
Sabu kata, BN memperkudakan media arus perdana khususnya lidah UMNO,
Utusan Malaysia mengecam beliau bertubi-tubi selama lebih 13 hari
termasuk hari pertama Hari Raya Aidilfitri walaupun ajaran Islam
menyuruh sifat maaf bermaafan sempena musim Bulan Syawal.
Beliau
berkata, laporan RTM dan media arus perdana lain tidak memberikan
gambaran sebenar dan beliau memberi amaran akan mengambil tindakan
Mahkamah saman malu terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dan
sengaja memutar belit ucapan beliau.
Sebelum
ini kedatangan Mat Sabu disambut hangat oleh para hadirin dan jelas
kempen mengkutuk Mat Sabu tidak menggugatkan popularity beliau yang
kini semakin menyerlah. Antara pemipin PR lain yang turut hadir
termasuk Naib Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustas Misbahul Munir, ADUN
Aulong, Yew Tian Who, Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz
Pakaruddin dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan