PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 2 Februari 2010

KENYATAAN MEDIA

(Gambar) Nga Kor Ming bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain melancarkan cakera padat siri ceramah beliau menjelang ulangtahun pertama rampasan Kuasa di Perak.


KENYATAAN MEDIA
(Ipoh 2-2-2010)

DAP hari ini menyifatkan Dato Seri Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Mahkamah tidak layak mencabar ADUN PAKATAN RAKYAT yang dipilih oleh Rakyat meletak jawatan kerana Zamry sendiri tidak tahu erti sebenar Demokrasi.

Setiausaha Negeri DAP, Nga Kor Ming hari ini menyahut cabaran Zamry yang mencabar semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat meletak jawatan sedangkan tuntutan PR adalah supaya Dewan Negeri dibubar supaya hak rakyat untuk memilih kerajaan dihidupkan semula.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, cabaran Zamry adalah tidak bererti kerana beliau tidak berani menghahapi rakyat dan Pakatan tidak rela membazir masa melayan omong kosong beliau. Beliau dipetik berkata, sekiranya Zamry berwar-war BN akan menang 34 kerusi sebagaimana didakwa seandainya Dewan dibubar, mengapa beliau tidak rela buat demikian, ini terbukti beliau adalah seorang yang cakap tidak serupa bikin. “ Zamry sebagai pemimpin tetapi suka cabar-mencabar, sedangkan rakyat Perak sedang hidup merana akibat rampasan kuasa.” Beliau mengulas.


Nga berkata, kerajaan Negeri Perak dibawah pimpinan Barisan Nasional , bukan sahaja gagal menarik pelaburan asing, malahan Negeri Perak telah merosot menjadi negeri ketiga termiskin dalam Negara selepas Negeri Sabah dan Terengganu. Ini adalah akibat dari politik perkauman yang sentiasa diapi-apikan oleh UMNO serta kuncu-kuncunya. Negeri Perak dibawah Pimpinan Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin Berjaya menarik pelaburan setinggi RM3.15 billion pada tahun 2008, dimana RM2.4 billion adalah pelaburan asing sedangkan selepas rampasan kuasa jumlah pelaburan asing yang terbukti mengalir masuk ke dalam Negeri Perak dipercayai merosot sehingga RM400 juta sahaja, satu kejatuhan 600% dalam tahun 2009. Selain itu, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat juga berjaya mendapat pengiktirafan dan pujian terbuka dari Ketua Audit Negara, Tan Seri Amrin Buang yang memberi pengiktirafan Empat Bintang serta markah cemerlang 93.2% kepada kerajaan PR kerana rekod yang bersih, amanah dan cekap. Nga berkata, “ Zamry kini menghadapi krisis pimpinan kerana tidak mendapat sokongan penuh dari parti UMNO sendiri. Ini terbukti bila beliau buat pertama kali mengemukakan belanjawan Negeri pada 28/10/2009, semua 31 orang ADUN BN dan Bebas tidak mengambil bahagian dalam perbahasan, malahan bajet wang RM716 juta diluluskan dalam masa 20 minit sahaja tanpa bahas dan sebarang penggulungan. Ini terbukti institusi perundangan Negeri Perak telah lumpuh sama sekali.”


Nga berkata, keangkuhan Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir menunjukkan beliau adalah seorang yang gila kuasa dan amat pentingkan kerusi Menteri Besar. Adalah jelas beliau tidak akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan Dewan Negeri kerana begitu taasud terhadap kedudukan Menteri Besar yang riwayatnya bergantung kepada tiga(3)orang pengkhianat rakyat demi kepentingan peribadi.


Nga menegaskan tindakan PR membawa isu Menteri Besar ke Mahkamah Persekutuan kerana dengan niat suci supaya membela sistem Demokrasi. Objektif utamanya adalah supaya hak rakyat dikembalikan dan bukan untuk pegang kepada kerusi MB. Jika Dato Seri Nizar menang, beliau sudah mengumumkan akan memohon perkenan Sultan supaya pembubaran Dewan dilakukan dan pilihanraya Negeri diadakan semula. “UMNO melaung-laungkan slogan : Rakyat didahulukan, Adakah Zamry sudi buat demikian?” beliau bertanya.


Nga Kor Ming mengatakan demikian sempena Majlis perlancaran cakera padat siri ceramah beliau yang kini laris di pasaran dan berjaya dijual sebanyak lebih 5,000 keping pada majlis perlancaran. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas, Dato Ngeh Koo Ham dan dihadiri oleh ratusan penyokong hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan