PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Rabu, 30 Mac 2011

Pakatan Rakyat Perak tawar premium nominal RM10 kepada Tapak Sekolah


KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

(Kuala Lumpur 30hb March, 2011)

Pakatan Rakyat Negeri Perak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan Negeri baru yang bakal dibentuk sekiranya memperolehi mandat dari Rakyat akan memberi kadar premium tanah nominal serendah RM10 ringgit untuk tapak tanah yang diluluskan kepada institusi pendidikan sumbangan wang orang awam yang merangkumi semua aliran bahasa dengan secara adil dan saksama.

Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan dasar penting ini sempena sidang akhbar khas di Parlimen hari ini yang turut dihadiri oleh Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi PKR Perak, Dr Manuty dan Setiausaha Negeri DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan pendirian bersama PR dalam isu ini yang hangat diperkatakan oleh rakyat di Perak.

Pakatan Rakyat bersetuju bahawa pendidikan adalah teras pembangunan Negara dan semua aliran sekolah patut diberi layanan yang adil dan penghormatan sebagai buaian yang mencungkil bakat dan mendidik generasi muda, pemimpin masa depan Negara.

Dalam aspek ini, ketika Pakatan Rakyat memimpin kerajaan Negeri Perak pada 2008, kerajaan Negeri pada waktu itu telah bersetuju secara prinsip meluluskan tanah kepada institusi pendidikan iaitu tanah seluas 2,023 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR) Negeri Perak, 1,012 Hektar untuk Sekolah SUWA dan 607 hektar untuk Sekolah Tamil dalam Negeri tersebut supaya dijadikan modal dan tabung untuk membantu pembangunan institusi pendidikan tersebut.

Bagaimanapun, setelah rampasan kuasa berlaku pada 2009, Kerajaan Negeri BN walaupun mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat, tanah yang diluluskan kepada sekolah sumbangan orang awam(SUWA) dikenakan premium tanah bernilai berjuta-juta ringgit. Umpamanya, sekolah SUWA dikehendaki membayar premium tanah sebanyak RM2,240,000.00 dengan setiap sekolah terpaksa menanggung kos premium tanah RM248,888.00., satu beban yang cukup berat untuk lembaga pengelola sekolah tersebut.

Atas dasar BN tersebut, pihak lembaga pengelola sekolah terpaksa mengutip derma dan merayu bantuan dari pelbagai pihak khususnya masyarakat umum.

Menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah Agama Rakyat, SUWA dan Sekolah Tamil dimana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja kos jutaan ringgit, Pakatan Rakyat Perak telah memutuskan sebulat suara bahawa : Seandainya Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Perak semula pada PRU ke 13, kerajaan PR akan mengenakan premium secara nominal RM10 sehektar dalam rancangan dan usaha membantu sekolah-sekolah tersebut mencapai objektif membangun sekolah dari pulangan modal tanah berkenaan. Maka dengan dasar ini, sekolah tersebut di atas boleh menjimatkan jutaan ringgit premium tanah dan mereka hanya perlu membayar RM20,230 untuk Sekolah Agama Rakyat, RM10,120 untuk Sekolah SUWA dan RM6,070 untuk Sekolah Tamil sahaja.

Sekian, terima kasih.


PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK
30-3-2011

Khamis, 24 Mac 2011

DAP minta Mufti Perak nyatakan hukum syarak dan fatwa atas Dato T yang menunjukkan Filem lucah di khalayak ramai


(Ipoh 25-3-2011)

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini memohon Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan pendirian dan nyatakan hukum syarak yang patut dikenakan ke atas kelakuan tiga orang bergelar diri “Dato T” yang menunjukkan filem lucah di khalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan air muka orang lain.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Setiausaha Negeri DAP Perak berkata, Tan Sri Harussani sebagai tokoh agama yang beriman tinggi seharusnya mengeluarkan kenyataan tentang hukum syarak yang harus diambil supaya Muslim dalam Negara ini tidak mengikuti jejak langkah dan tingkah laku golongan sesat yang tergamak sehingga memperalatkan adegan lucah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Beliau berkata, perbuatan merakam filem secara haram dan pertunjukan filem lucah secara terbuka terbukti kini ada pemimpin UMNO yang berada dalam keadaan cemas dan risau sehingga hilang akalnya.

Nga Kor Ming berkata, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Senator UMNO, Shuiz Ibrahim dan Bekas counselor, Eskay Abdullah tiga orang telah mengaku secara terbuka bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab penuh untuk menayangkan Filem Lucah kepada mass media yang dipelawa di Carcosa Seri Negara pada Isnin minggu ini.

Mereka juga mengaku bahawa filem lucah tersebut bertujuan untuk memaksa Ketua umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden parti PKR untuk meletak jawatan.

Nga berkata pada sidang media hari ini, bahawa adalah jelas mengikut Seskyen 292 Kanun Jenayah(Penal Code), mana-mana pihak yang mempamer, menunjuk atau mengedar bahan lucah jika disabit akan dihukum penjara selama 3 bulan, denda atau kedua-duanya. Kini Tan Sri Rahim Tamby Chik dan puaknya telah mengaku mereka adalah pihak yang melakukan perbuatan sedemikian, maka adalah tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan segera supaya imej pasukan polis dijaga dan kedaulatan undang-undang Negara dibela.

Beliau berkata, sebagai seorang bukan Muslim, beliau ingin memohon tunjuk ajar dan nasihat dari mufti Negeri apakah hukum syarak dan fatwa yang harus dikeluarkan terhadap pihak Muslim yang melakukan usaha licik dan perbuatan yang memalukan tersebut supaya kesucian agama Islam dapat dijaga dan tidak tercemar.

“Tan Sri Harussani adalah seorang mufti yang sering lantang bersuara atas isu-isu agama termasuk soal politik, maka saya ingin pohon pedoman dan nasihat dari beliau.” Nga berkata dengan ikhlas dan rendah hati.

Turut hadir siding media hari ini adalah ADUN Menglembu, Lim Pek Har, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam dan setiausaha Organisasi DAP Perak, Teh Hock Ke.

Isnin, 7 Mac 2011

M.Kulasegaran : SANDIWARA KERAJAAN UMNO PERAK DAN YAYASAN PERAK



Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Ipoh Barat merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M.Kulasegaran pada 07/03/2011


SANDIWARA KERAJAAN UMNO PERAK DAN YAYASAN PERAK DALAM ISU PEMBANGUNAN SEKOLAH TAMIL DI NEGERI PERAK

Ianya amat benar dan sungguh mudah untuk percaya dimana pimpinan MIC Perak sungguh terpedaya dengan janji-janji emas yang berkandungan kosong yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan UMNO/BN. Memang benar lagi dan tepat pada waktu, jikalau dikatakan "MIC hamba UMNO dan MIC menipu rakyat India."

Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri Dato Dr.Mah Hang Soon telah menyatakan bahawa Kerajaan akan menarik balik tanah yang diperuntukkan bagi pembangunan sekolah-sekolah di negeri Perak jikalau pihak yang bertanggungjawab gagal untuk membayar wang premium yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Sewaktu pengumuman dibuat mengenai peruntukkan tanah bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak yang akan diuruskan oleh Yayasan Perak, seluruh warga pimpinan MIC beribu-ribu berulang kali berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang dipimpinan penuh oleh UMNO.

Kini, realitinya pula jauh berbeza, dimana masa depan rakyat India ditipu oleh Kerajaan UMNO dan MIC pula diperkudakan bagi taktik kotor itu. Kenapakah sehingga kini, premium tanah yang diperuntukkan kepada sekolah Tamil yang diberikan kepada Yayasan Perak masih belum dijelaskan?

Apakah yang menyebabkan Yayasan Perak tidak mahu membayar premium itu? Adakah ianya disebabkan oleh sekolah tamil ataupun Yayasan tidak mempunyai wang premium peruntukkan bagi sekolah Tamil?

Apakah pendirian Yayasan Perak dalam mengkayakan 134 buah sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dengan kemudahan keperluan asas?

Tanah yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah Tamil itu sebenarnya disalahgunakan sehingga tanah itu dibiarkan tanpa rancangan sewajarnya.

Selain daripada itu, ketiadaan wakil India dalam Lembaga Yayasan Perak sungguh menghairankan serta jelas menunjukkan bahawa pimpinan MIC Perak amat lemah atau tidak mempunyai seorang pun yang berkelayakan bagi mata pandangan Kerajaan UMNO dan Yayasan Perak.

Bukti yang kukuh dan bukan akhir itu, pasti akan menjahanamkan masa depan kanak-kanak sekolah Tamil. MIC Perak menggadaikan kedaulatan dan maruah kaum sendiri demi kepentingan jawatan Politik bagi segelintir pemimpin yang hanya bermimpi kuasa politik.

Inilah petualangan yang di lakukan UMNO terhadap MIC, dahulu , sekarang dan pada bila-bila masa. Kehilangan daya untuk bersuara oleh MIC dalam Kerajaan UMNO Perak memaparkan ianya seolah patung menari mengikut rentakan.

Dapatkah Penasihat Khas Menteri Besar Perak Dato S.Veerasingam & Pengerusi Dewan Negeri Dato Ganesan mendesak Yayasan Perak supaya menjelaskan pembayaran premium dengan kadar segera bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil? Sudah pasti tidak, kerana MIC Perak adalah pelekat politik mengikut kesesuaian dan kenikmatan UMNO.

Justeru itu, demi menyelamatkan banga India di negeri Perak daripada terus ditipu lagi oleh UMNO/BN & MIC, rakyat India harus berubah sekarang bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil daripada membiarkan terus diperintah oleh parti yang menipu rakyat India.

Sekian.

M.Kulasegaran