PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 7 Mac 2011

M.Kulasegaran : SANDIWARA KERAJAAN UMNO PERAK DAN YAYASAN PERAK



Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Ipoh Barat merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M.Kulasegaran pada 07/03/2011


SANDIWARA KERAJAAN UMNO PERAK DAN YAYASAN PERAK DALAM ISU PEMBANGUNAN SEKOLAH TAMIL DI NEGERI PERAK

Ianya amat benar dan sungguh mudah untuk percaya dimana pimpinan MIC Perak sungguh terpedaya dengan janji-janji emas yang berkandungan kosong yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan UMNO/BN. Memang benar lagi dan tepat pada waktu, jikalau dikatakan "MIC hamba UMNO dan MIC menipu rakyat India."

Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri Dato Dr.Mah Hang Soon telah menyatakan bahawa Kerajaan akan menarik balik tanah yang diperuntukkan bagi pembangunan sekolah-sekolah di negeri Perak jikalau pihak yang bertanggungjawab gagal untuk membayar wang premium yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Sewaktu pengumuman dibuat mengenai peruntukkan tanah bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak yang akan diuruskan oleh Yayasan Perak, seluruh warga pimpinan MIC beribu-ribu berulang kali berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang dipimpinan penuh oleh UMNO.

Kini, realitinya pula jauh berbeza, dimana masa depan rakyat India ditipu oleh Kerajaan UMNO dan MIC pula diperkudakan bagi taktik kotor itu. Kenapakah sehingga kini, premium tanah yang diperuntukkan kepada sekolah Tamil yang diberikan kepada Yayasan Perak masih belum dijelaskan?

Apakah yang menyebabkan Yayasan Perak tidak mahu membayar premium itu? Adakah ianya disebabkan oleh sekolah tamil ataupun Yayasan tidak mempunyai wang premium peruntukkan bagi sekolah Tamil?

Apakah pendirian Yayasan Perak dalam mengkayakan 134 buah sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dengan kemudahan keperluan asas?

Tanah yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah Tamil itu sebenarnya disalahgunakan sehingga tanah itu dibiarkan tanpa rancangan sewajarnya.

Selain daripada itu, ketiadaan wakil India dalam Lembaga Yayasan Perak sungguh menghairankan serta jelas menunjukkan bahawa pimpinan MIC Perak amat lemah atau tidak mempunyai seorang pun yang berkelayakan bagi mata pandangan Kerajaan UMNO dan Yayasan Perak.

Bukti yang kukuh dan bukan akhir itu, pasti akan menjahanamkan masa depan kanak-kanak sekolah Tamil. MIC Perak menggadaikan kedaulatan dan maruah kaum sendiri demi kepentingan jawatan Politik bagi segelintir pemimpin yang hanya bermimpi kuasa politik.

Inilah petualangan yang di lakukan UMNO terhadap MIC, dahulu , sekarang dan pada bila-bila masa. Kehilangan daya untuk bersuara oleh MIC dalam Kerajaan UMNO Perak memaparkan ianya seolah patung menari mengikut rentakan.

Dapatkah Penasihat Khas Menteri Besar Perak Dato S.Veerasingam & Pengerusi Dewan Negeri Dato Ganesan mendesak Yayasan Perak supaya menjelaskan pembayaran premium dengan kadar segera bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil? Sudah pasti tidak, kerana MIC Perak adalah pelekat politik mengikut kesesuaian dan kenikmatan UMNO.

Justeru itu, demi menyelamatkan banga India di negeri Perak daripada terus ditipu lagi oleh UMNO/BN & MIC, rakyat India harus berubah sekarang bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil daripada membiarkan terus diperintah oleh parti yang menipu rakyat India.

Sekian.

M.Kulasegaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan