PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 11 Januari 2011

DAP Protes harga Barang Naik Tuntut kerajaan ambil tindakan segera

(Gambar ) 1 : BN = Barang Naik! Pasukan khidmat masyarakt mempamerkan banteng membantah harga naik di tengah-tengah pusat bandaraya Ipoh.


(Gambar) 2 : Suri rumahtangga dan kaum wanita turut dampil ke depan menyokong kempen Protes Barang Naik.

(Ipoh, 11-1-11)

DAP Perak hari ini mengadakan kempen demonstrasi secara aman untuk memprotes kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang semakin membebankan rakyat.

Setiausaha Negeri DAP, yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mengetuai pasukan khidmat masyarakat DAP Ipoh Timur mengadakan kempen tandatangan dan PROTES terhadap kenaikan harga minyak, gas, gula, tepung, ikan, udang, bawang dan pelbagai harga runcit yang semakin menekan hidup rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Nga Kor Ming berkata, mengikut angka Jabatan Perdana Menteri, 40% daripada jumlah keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan yang rendah kurang dari RM2,300 sebulan, dan antaranya terdapat 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak merupakan golongan yang termasuk dalam kategori berpendapatan rendah tersebut. Oleh demikian, kenaikan harga minyak dan kesan sampingannya kini menjadikan keadaan hidup semakin meruncing.

Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis itu berkata, walaupun Malaysia menghasilkan 700 ribu tong minyak mentah sehari dan jumlah keuntungan PETRONAS juga cukup lumayan dengan mencecah RM60,000 juta, tetapi harga minyak dalam Negara ini telah melonjak 118% dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2003, harga minyak adalah RM1.30 satu liter, tetapi kini harga minyak RON 97 telah mencecah paras RM2.40 satu liter.

Nga Kor Ming berkata, kegagalan kerajaan memantau aktiviti penyeludupan, kegagalan sistem penguatkuasaan undang-undang dan gejala rasuah yang serius adalah antara faktor utama kenaikan harga barang kali ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, harga gula dalam tempoh singkat 12 bulan telah melambung dari RM1.45 sekilogram menjadi RM2.10 sekilo. Tambahan pula, telah dilaporkan oleh media bahawa selepas Tahun Baru Cina pada bulan Februari, harga gula akan naik lagi ke paras RM2.50. “Kadar kenaikan harga gula sudah sebanyak 80% dalam satu tahun, macam mana kerajaan masih bertegas kadar inflasi dalam Negara hanya 2% sahaja?”Nga menegur.

Jika fenomena kenaikan harga barang naik tidak dibendung, adalah omong kosong sahaja gagasan kerajaan untuk menjadikan tanahair kita Negara berpendapatan tinggi kerana sebelum pendapatan bertambah, rakyat sudah menderita dengan harga barang mahal dan keupayaan membeli yang semakin merosot.

Dalam kempen tandatangan hari ini yang diadakan di pusat Bandaraya Ipoh, lebih 630 orang rakyat dari pelbagai kaum telah dampil ke depan menyokong kempen tersebut dan antara kereta yang lalu lalang juga membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Turut hadir bersama ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Pow dan ahli-ahli pasukan khidmat DAP Ipoh Timur.

Kerajaan belanja 65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius





(Ipoh 10-1-11)

DAP Perak hari ini membidas kerajaan persekutuan memperalatkan kerabat Diraja dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mempunyai agenda politik untuk merampas kuasa dalam komplot perlantikan tersebut.

Setiausaha Negeri DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir bahawa kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bidangkuasa kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, JPA, maka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid seharusnya menerima perlantikan persekutuan dengan hati terbuka dan bukan membantahnya.Nga berkata, jika kenyataan Zamry tepat dan benar, maka pada waktu depan apabila kerajaan Persekutuan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, beliau sebagai Menteri Besar tidak perlu tahu dan tidak ada kuasa untuk tahu.

“ Adakah ia logik jika sebuah syarikat melantik Chief Executive Officer, CEO, tetapi Pengerusi Syarikat tersebut tidak tahu dan langsung tidak boleh menentukan calon pekerjanya? Dalam keadaan ini, bagaimana mereka boleh berkerjasama?” Nga bertanya.

Nga, yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping berkata demikian ketika menghadiri ceramah perdana parti Keadilan disini semalam.

Kerajaan belanja 65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius

Selain itu, Nga Kor Ming turut mendedahkan bahawa kini harga barang semakin naik tetapi kerajaan masih terus dengan pemborosan dan pembaziran yang serius. Beliau mendedahkan bahawa walaupun Negara kini menanggung hutang setinggi RM408 billion, tetapi kerajaan masih bercadang membelanja RM65 juta untuk menaiktaraf kediaman rasmi Perdana Menteri pada dua tahun ini. Selain itu, jumlah perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri kini mencecah RM4,000 juta setahun dengan jumlah kakitangan sebanyak 43,544 orang termasuk calon Barisan Nazional yang kalah semasa pilihanraya kini kebanyakan dilantik menjadi pegawai penyelaras yang mana gaji lumayannya dibayar oleh rakyat.

“Menteri Perlancongan, Dato Ng Yen Yen melawat Eropah bersama suami beliau pada tahun lepas, dalam tempoh singkat 7 hari membelanja RM500,000, iaitu satu hari RM71,428.00, apa sudah jadi?” Nga bertanya.

Turut hadir Ceramah Perdana tersebut termasuk Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, ADUN Tronoh, V. Sivakumar, ADUN Teja, Chan Lik Kang, ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ing dan ADUN Batu Kurau, Abdul Yunus serta pemimpin-pemimpin lain.

Isnin, 10 Januari 2011

Kempen Solidariti bersama Teoh Beng Hock Hangat wang tawaran mencecah paras RM40,000

 (Gambar) 1 : YB Nga Kor Ming(tiga dari kanan) hari ini mengumumkan wang untuk menangkap pembunuh Teoh Beng Hock atau mana-mana pihak yang berjaya membekalkan keterangan untuk mensabitkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kini berjumlah RM40,000!
(Gambar) 2 : Kanak-kanak berumur 8 tahun turut dampil kedepan secara sukarela untuk menyokong tandatangan solidarity bersam Teoh Beng Hock.

(Ipoh 10-1-2011)

Kempen Solidariti bersama Teoh Beng Hock semakin hangat! DAP Perak hari ini berjaya mengumpul 600 lagi tandatangan dari rakyat pelbagai kaum menjadikan jumlah bilangan tandatangan Kempen tersebut mencecah 70,000 orang!

Selain itu, DAP Perak hari ini juga mengumumkan bahawa wang sagu untuk menangkap pembunuh Teoh Beng Hock atau mana-mana pihak yang Berjaya membekalkan keterangan untuk mensabitkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kini berjumlah RM40,000!

Dalam memorandum yang disokong oleh 70 ribu rakyat pelbagai kaum ini, kempen tandatangan tersebut menuntut pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat sebab kematian sebenar Teoh Beng Hock dan bukan perkara lain. “Ini adalah untuk memastikan supaya kisah benar dapat dibongkarkan demi keadilan untuk keluarga mangsa simati yang dijumpai mati dibangunan SPRM pada Julai, tahun 2009 ketika dipanggil menjadi saksi.” Berkata Nga Kor Ming, Setiausaha Negeri DAP Perak.

Nga, yang juga merupakan Ahli Pahlimen Taiping juga berkata , bahawa selepas DAP Perak menawarkan wang RM10,000 pada minggu lepas, selepas berita disiarkan, kini jumlah derma wang dari orang ramai melonjak ke RM40 ribu. Beliau menegaskan bahawa keputusan inquest bahawa sebab kematian Teoh tidak dapat ditentukan selepas 18 bulan perbicaraan adalah amat mengecewakan, khususnya keterangan di Mahkamah jelas menunjukkan terdapat kesan cedera di leher Teoh Beng Hock sebelum beliau didapati mati di perkarangan perjabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Di Shah Alam.

Beliau menggesa pihak kerajaan menghormati hasrat keluarga si mangsa dan penubuhan Suruhanjaya Diraja akan berupaya mencari sebab kematian sebenar. Beliau berharap kejadian kematian dalam tahanan tidak akan berlaku pada waktu depan lagi.

Turut hadir pagi ini dikempen tandatangan tersebut termasuk ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan ahli-ahli pasukan khidmat DAP kawasan Ipoh.