PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 11 Januari 2011

Kerajaan belanja 65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius





(Ipoh 10-1-11)

DAP Perak hari ini membidas kerajaan persekutuan memperalatkan kerabat Diraja dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mempunyai agenda politik untuk merampas kuasa dalam komplot perlantikan tersebut.

Setiausaha Negeri DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir bahawa kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bidangkuasa kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, JPA, maka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid seharusnya menerima perlantikan persekutuan dengan hati terbuka dan bukan membantahnya.Nga berkata, jika kenyataan Zamry tepat dan benar, maka pada waktu depan apabila kerajaan Persekutuan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, beliau sebagai Menteri Besar tidak perlu tahu dan tidak ada kuasa untuk tahu.

“ Adakah ia logik jika sebuah syarikat melantik Chief Executive Officer, CEO, tetapi Pengerusi Syarikat tersebut tidak tahu dan langsung tidak boleh menentukan calon pekerjanya? Dalam keadaan ini, bagaimana mereka boleh berkerjasama?” Nga bertanya.

Nga, yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping berkata demikian ketika menghadiri ceramah perdana parti Keadilan disini semalam.

Kerajaan belanja 65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius

Selain itu, Nga Kor Ming turut mendedahkan bahawa kini harga barang semakin naik tetapi kerajaan masih terus dengan pemborosan dan pembaziran yang serius. Beliau mendedahkan bahawa walaupun Negara kini menanggung hutang setinggi RM408 billion, tetapi kerajaan masih bercadang membelanja RM65 juta untuk menaiktaraf kediaman rasmi Perdana Menteri pada dua tahun ini. Selain itu, jumlah perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri kini mencecah RM4,000 juta setahun dengan jumlah kakitangan sebanyak 43,544 orang termasuk calon Barisan Nazional yang kalah semasa pilihanraya kini kebanyakan dilantik menjadi pegawai penyelaras yang mana gaji lumayannya dibayar oleh rakyat.

“Menteri Perlancongan, Dato Ng Yen Yen melawat Eropah bersama suami beliau pada tahun lepas, dalam tempoh singkat 7 hari membelanja RM500,000, iaitu satu hari RM71,428.00, apa sudah jadi?” Nga bertanya.

Turut hadir Ceramah Perdana tersebut termasuk Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, ADUN Tronoh, V. Sivakumar, ADUN Teja, Chan Lik Kang, ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ing dan ADUN Batu Kurau, Abdul Yunus serta pemimpin-pemimpin lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan