PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 11 Januari 2011

DAP Protes harga Barang Naik Tuntut kerajaan ambil tindakan segera

(Gambar ) 1 : BN = Barang Naik! Pasukan khidmat masyarakt mempamerkan banteng membantah harga naik di tengah-tengah pusat bandaraya Ipoh.


(Gambar) 2 : Suri rumahtangga dan kaum wanita turut dampil ke depan menyokong kempen Protes Barang Naik.

(Ipoh, 11-1-11)

DAP Perak hari ini mengadakan kempen demonstrasi secara aman untuk memprotes kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang semakin membebankan rakyat.

Setiausaha Negeri DAP, yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mengetuai pasukan khidmat masyarakat DAP Ipoh Timur mengadakan kempen tandatangan dan PROTES terhadap kenaikan harga minyak, gas, gula, tepung, ikan, udang, bawang dan pelbagai harga runcit yang semakin menekan hidup rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Nga Kor Ming berkata, mengikut angka Jabatan Perdana Menteri, 40% daripada jumlah keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan yang rendah kurang dari RM2,300 sebulan, dan antaranya terdapat 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak merupakan golongan yang termasuk dalam kategori berpendapatan rendah tersebut. Oleh demikian, kenaikan harga minyak dan kesan sampingannya kini menjadikan keadaan hidup semakin meruncing.

Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis itu berkata, walaupun Malaysia menghasilkan 700 ribu tong minyak mentah sehari dan jumlah keuntungan PETRONAS juga cukup lumayan dengan mencecah RM60,000 juta, tetapi harga minyak dalam Negara ini telah melonjak 118% dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2003, harga minyak adalah RM1.30 satu liter, tetapi kini harga minyak RON 97 telah mencecah paras RM2.40 satu liter.

Nga Kor Ming berkata, kegagalan kerajaan memantau aktiviti penyeludupan, kegagalan sistem penguatkuasaan undang-undang dan gejala rasuah yang serius adalah antara faktor utama kenaikan harga barang kali ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, harga gula dalam tempoh singkat 12 bulan telah melambung dari RM1.45 sekilogram menjadi RM2.10 sekilo. Tambahan pula, telah dilaporkan oleh media bahawa selepas Tahun Baru Cina pada bulan Februari, harga gula akan naik lagi ke paras RM2.50. “Kadar kenaikan harga gula sudah sebanyak 80% dalam satu tahun, macam mana kerajaan masih bertegas kadar inflasi dalam Negara hanya 2% sahaja?”Nga menegur.

Jika fenomena kenaikan harga barang naik tidak dibendung, adalah omong kosong sahaja gagasan kerajaan untuk menjadikan tanahair kita Negara berpendapatan tinggi kerana sebelum pendapatan bertambah, rakyat sudah menderita dengan harga barang mahal dan keupayaan membeli yang semakin merosot.

Dalam kempen tandatangan hari ini yang diadakan di pusat Bandaraya Ipoh, lebih 630 orang rakyat dari pelbagai kaum telah dampil ke depan menyokong kempen tersebut dan antara kereta yang lalu lalang juga membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Turut hadir bersama ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Pow dan ahli-ahli pasukan khidmat DAP Ipoh Timur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan