PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Khamis, 16 Jun 2011

PERAK tangga terakhir SUKMA dengan kosong pingat emas Pakatan Rakyat mendesak Exco Sukan Negeri Letak jawatan

(Gambar 1) : Pakatan Rakyat mendesak EXCO Sukan Negeri Perak, Dato Zainul meletak jawatan. Duduk depan dari kanan: Nga Kor Ming dan Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.

(Gambar 2) ; Carta pungutan pingat Sukan Malaysia 2011 menunjukkan Perak menduduki tangga terakhir.

(Ipoh 16/6/2011)

“Apa sudah terjadi kepada Sukan Negeri Perak?”

Ekoran daripada pencapaian kosong pingat emas oleh kontinjen Negeri Perak sekaligus menduduki tangga terakhir sempena temasya Sukan Malaysia(SUKMA) kali ke-14 yang baru berakhir baru-baru ini, Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan Negeri membuat rombakan semula terhadap Majlis Sukan Negeri dan mendesak EXCO Sukan Dato Zainul Padzi Paharuddin(Sungai Manik) meletak jawatan dengan segera.

Pakatan Rakyat(PR) mendakwa bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan(MMK) tersebut telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak melaksanakan tanggungjawab beliau dengan memuaskan sehingga kedudukan sukan Negeri menjunam ke tempat teakhir.

Setiausaha Negeri DAP yang juga merangkap Ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata, pencapaian negeri kali ini adalah paling teruk sejak SUKMA mula dianjurkan. Kontinjen Negeri yang pulang dengan tangan kosong bukan sahaja menyedihkan malahan ia menjejaskan imej Negeri yang kian merosot sejak rampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009.

Nga Kor Ming berkata, jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan setiap tahun untuk bidang sukan dalam negeri ini tetapi hasil pencapaiannya sama sekali tidak boleh dibanggakan. Beliau meminta Menteri Besar Perak, Dato Zamry Abdul Kadir memberikan penjelasan penuh kepada rakyat Negeri tentang kegagalan kontinjen negeri kali ini. “ Jika Ahli Exco tidak berdaya, adalah baik kerajaan tukar mereka yang lebih layak demi kebaikan untuk rakyat.” Kata Nga.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malik berkata, pihak rakyat tidak pernah jangka prestasi sukan negeri boleh merosot sehingga tanpa Perak kalah kepada negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kelantan dan menduduki tangga terakhir pada temasya sukan terbesar tanahair ini.

Dr Khairuddin berkata, Perak pernah menjadi Juara Piala Malaysia, Juara Piala Agong untuk sukan Bola Keranjang serta pernah menghasilkan atlit yang memenangai Piala Thomas untuk sukan Badminton tetapi kini prestasi pasukan negeri kian merosot dan ini mencerminkan tahap pengurusan dan pimpinan kerajaan Negeri.

Pada Sukan Malaysia yang baru-baru ini berakhir di Kuala Lumpur, Negeri Terengganu muncul Johan Keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut dengan pungutan 30 pingat emas tetapi Perak pulang dengan tangan kosong dengan tempat terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan