Rabu, 29 September 2010
Chua Soi Lek harus mengakui kesalahan beliau dan MCA serta meminta maaf kepada masyarakat Cina yang melawan keinginan masyarakat dalam pengambilalihan "528" daripada Nanyang Siang Pau dan China Press pada tahun 2001.
28 Mei 2001 adalah hari kemunduran bagi masyarakat Cina Malaysia dan sepakan terhadap kebebasan media ketika MCA menekan akhbar berbahasa Mandarin, Nanyang Siang Pau dan China Press Daily walaupun terdapat protes daripada masyarakat Cina.
Pengambilalihan penntadbiran itu dilakukan melalui kroni MCA's iaitu Huaren Holdings Sdn. Bhd. dengan jumlah RM230 juta.
Walaupun MCA telah berjaya mengambilalih perniagaan tersebut, tetapi persoalan dan penghujahan masyarakat tidak dihiraukan sama sekali.
MCA mendakwa bahawa mereka terus mewakili kepentingan masyarakat Cina seperti biasa tetapi dengan kenyataan yang angkuh.
Minggu lalu, MCA terpaksa menyerahkan saham sebanyak 3.6% dengan sia-sia di Media Chinese International Ltd. Berturutan dengan perkara ini Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong telah meminta maaf atas pengambilalihan dua akhbar harian.
Namun begitu, Presiden MCA Dato Chua Soi Lek telah menolak untuk membuat permohonan maaf daripada masyarakat Cina. Beliau berkata bahawa isu permintaan maaf tidak perlu muncul kerana tiada apa yang boleh diperbaiki.
Chua juga menekankan bahawa MCA tidak akan menjual organisasi media yang lain yang dimilikinya melalui Huaren Holdings, termasuk Stesen Radio Inggeris Star meskipun terdapat panggilan daripada beberapa pengawal media yang ingin menarik diri dari industri media ini.
Beliau berkata, "setiap NGO berhak untuk mengekspresikan pandangan mereka dan sama juga berlaku untuk parti politik di setiap Negara yang mengamalkan demokrasi. Namun begitu, ini tidak bererti setiap pandangan yang dikemukaan harus dipersetujui oleh masyarakat."
Penghujahan Chua tidak jujur kerana beliau tidak merakamkan permohonan maaf kepada masyarakat Cina di atas pengambilalihan. Chua juga tidak mengambarkan satu sebab yang konkrit dalam keputusan MCA untuk berundur sepenuhnya dari industri media.
Sebagai salah satu pemimpin parti serta presiden MCA beliau harus mengambil tanggung jawab serta menunjukkan keberanian untuk mengakui kesalahan partinya di atas pengambilalihan Nanyang Siang Pau dan China Press Daily yang bertentangan dengan keinginan masyarakat Cina.
Beliau juga harus meminta maaf kepada pengurus atasan dan editor kedua akhbar meninggalkan akhbar akibat daripada proses pengambilalihan.
MCA harus mengamalkan prinsip demokrasi yang dinamik, kebebasan media, kebebasan profesionalisme media dan tidak mengawal atau memiliki industri media di bawah parti politik.
Persoalan di sini adalah MCA tidak seharusnya mendengar setiap paparan NGO, tetapi apakah komitmen yang seharusnya dijadikan amalan dalam mempratikkan demokrasi.
M. Kula Segaran
012-5034346
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan