PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 20 Februari 2012

SOALAN PERSIDANGAN PARLIMEN OLEH YB NGA KOR MING-KAW TAIPING (P60)

DSC03442 SOALAN DEWAN RAKYAT

SOALAN LISAN

1. MINTA YAB PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk membina sebuah Universiti di Taiping, membaik semula Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan Sejarah serta projek membina kereta kabel(Cable Car) di Maxwell Hill, Taiping.

2. MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini jumlah hutang Negara, kos membayar hutang negara dan semua contingent liabilities yang perlu ditanggung oleh kerajaan setakat Februari, 2012.

3. MINTA YB MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci nama syarikat, berapakah jumlah kos pembinaan Lapangan terbang Kuala Terengganu serta kos sampingan terlibat termasuk variation order(vo)projek awam tersebut.

4. MINTA YB MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci rancangan dan kos yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Barat(Western coastal Highway) sepanjang 316 km dari Banting ke Taiping yang dilaporkan akan mengadakan kutipan TOL selama 60 tahun.

5. MINTA YB MENTERI PERTANAHAN menyatakan secara terperinci rancangan kerajaan membelanja RM9 billion untuk membeli 6 Offshore Patrol Vessels(OPVs) dan samada tender antarabangsa pernah dilaksanakan serta sebab-sebab perolehan kapal pertahanan tersebut.

6. MINTA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN menyatakan apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan kelewatan mengeluarkan hakmilik strata kepada pemilik rumah pangsa dan bangunan bertingkat yang semakin hari semakin bertambah bilangannya di tanah air kita.

7. MINTA YB MENTERI SUMBER TENAGA HIJAU & SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci perkembangan terbaru rancangan kerajaan untuk mengesyorkan dua buah loji tenaga nuklear di Negara ini serta jumlah bajet yang terlibat.

8. MINTA YB MENTERI PERDAGANGAN NEGERI, KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA berapakah subsidi gula, minyak dan tepung yang diberi untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 serta jumlah kos kontrak pembelian gula import yang ditandatangani pada Januari, tahun ini.

9. MINTA YB MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI senaraikan nilai sebenar kos perbelanjaan secara terperinci termasuk pembinaan tugu-tugu, iklan-iklan serta fee pelantikan consultant yang terlibat untuk mempromosikan kempen slogan “1 MALAYSIA.”

10. MINTA YB MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini pembinaan 6 buah sekolah SRJK(c) baru dan permindahan 13 SRJK (c) lama ke tapak baru yang diumumkan pada 30-1-2008 oleh Menteri Pelajaran ketika itu.

SOALAN BERTULIS

1. MINTA YAB PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah kos lawatan luar negeri yang melibatkan YAB Perdana Menteri, YAB first lady dan YB Menteri-menteri mengikut kementerian masing-masing dari 1/1/2008 hingga hari ini.

2. MINTA YB MENTERI KEWANGAN MENYATAKAN jumlah kos perbelanjaan terlibat untuk Pembelian, penyelenggaraan dan penambaikan kapal terbang jet rasmi Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh 10 tahun ini.

3. MINTA YB MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membina Lapangan Terbang baru di Bagan Serai, Perak dan membina pelaburan terminal pelancongan Asia Tenggara di Lumut, Perak?

4. MINTA YB MENTERI KEWANGAN senaraikan satu per satu sumbangan Petronas kepada kerajaan Malaysia sejak penubuhannya dari tahun 1974 hingga kini.

5. MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos terlibat secara teliti dalam memberi RM500 untuk skim Bantuan 1 Malaysia dan mengapa ada pihak bergelaran Dato juga layak untuk mendapat bantuan tersebut.

Soalan ini disediakan oleh Pejabat Ahli Parlimen Taiping.

YB Nga Kor Ming

Tiada ulasan:

Catat Ulasan