PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Khamis, 29 April 2010

Nga Kor Ming : DAP sedia memberi bantuan guaman menuntut keadilan untuk pelajar Melayu yang ditembak mati

 (Gambar) Nga Kor Ming dan pemimpin DAP mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Ipoh. Beliau mengumumkan DAP sedia untuk menuntut keadilan untuk keluarga mangsa pelajar Melayu yang ditembak mati oleh polis kelmarin di Shah Alam.

 (Ipoh 28hb April, 2010)

DAP sedia menghulurkan bantuan guaman kepada pelajar Melayu berumur 15 tahun, Allahyarham Amirul Rashid yang ditembak mati oleh Polis demi menuntut keadilan.


Timbalan Setiausaha Agong DAP, Nga Kor Ming hari ini menyatakan bahawa kejadian pelajar Melayu tersebut yang ditembak mati di Shah Alam kelmarin tanpa melakukan sebarang kesalahan adalah satu lagi kejadian kejam yang perlu diberi perhatian serius. Beliau berkata, sekiranya keluarga Allahyarham sudi dan rela, DAP sentiasa rela untuk membantu dalam perkara ini.

Nga yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, satu suruhanjaya berkecuali perlu ditubuhkan dengan segera untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh supaya fakta benar dapat dikesan dan nasib keluarga mangsa dibela.

Nga berkata, polis tembak mati orang awam yang tidak membawa sebarang senjata, khususnya pelajar sekolah adalah satu kejadian yang amat malang dan perlu diberi perhatian serius.

Menurut beliau, pasukan polis sebagai pasukan menjaga undang-undang perlu menghormati undang-undang sendiri. Sekiranya polis mengesyaski sebarang pihak terlibat dalam kegiatan jenayah, polis perlu mengikut prosedur undang-undang menahan pihak berkenaan dan mendakwanya di Mahkamah. Tindakan menembak adalah pilihan terakhir hanya jika nyawa anggota polis tersebut terancam.

Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar hari ini bersama ADUN Menglembu, Lim Pek Ha di Ibu Pejabat Polis Ipoh ketika membantu seorang mangsa kes rogol yang melibatkan pelajar sekolah berumur 14 tahun disini.Turut hadir sama peguam DAP, Leong Cheok Keng.

Nga berkata, kematian Amirul Rashid adalah phenomena negatif yang sering jadi baru-baru ini. Pada dua minggu lepas, dua orang pemuda India ditembak mati di Taiping apabila pols cuba menahan kereta mereka. Jika siasatan menyeluruh tidak dilaksanakan dengan segera, ia akan mengundang persepsi negative dikalangan khalayak orang ramai terhadap pasukan keselamatan.

Nga menyeru kerajaan mengambil nasihat dan cadangan Suruhanjaya Diraja yang mengesyorkan satu badan berkecuali ditubuhkan untuk menjalankan siasatan terhadap sebarang kes-kes yang melibatkan salahlaku dan kelanggaran displin pasukan polis supaya menjaga kewibawaan institusi tersebut.

Khamis, 1 April 2010

Yb Nga Kor Ming : Sidang DUN Perak menafikan hak bersuara Demokrasi terkubur di Perak







(Ipoh 1-4-2010)

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis Nga Kor Ming(DAP-PR) hari ini melahirkan perasaan kesal bahawa demokrasi telah terkubur dalam Negeri Perak memandangkan apa yang berlaku sempena persidangan Dewan Negeri kali ini yang hanya berlangsung setengah hari sahaja.


Nga melahirkan perasaan kesal yang tidak terhingga kerana semua ADUN pakatan Rakyat telah bersiap-sedia untuk membawa isu dan masalah rakyat pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini untuk mencari jalan penyelesaian tetapi hak dan niat suci mereka telah dinafikan dengan ala kuku besi.

Nga Kor Ming dalam kenyataan medianya berkata, Pakatan Rakyat meminta persidangan Dewan Negeri berlangsung 5 hari supaya semua 59 orang wakil rakyat dari seluruh Negeri mempunyai masa yang cukup untuk membahas titah Ucapan Diraja dan mengutarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam kawasan masing-masing. Akan tetapi, permintaan yang cukup munasabah tersebut telah ditolak tanpa sebab oleh Kerajaan Negeri sebaliknya persidangan Dewan Negeri hanya diadakan tidak lebih dari 5 jam sahaja.

Nga, yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau merujuk kepada perintah tetap Dewan Negeri tetapi haknya untuk membaca perintah tetap juga dicabul oleh Speaker BN, Dato R, Ganesan, walaupun ia jelas termaktub dalam perintah tetap Dewan jika Ahli Dewan membaca perintah tetap, semua pihak perlu menghormati peraturan Mesyuarat tersebut. Nga bertanya, “semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa, kita tidak boleh berucap, tidak dibenarkan tanya soalan tambahan, tidak boleh bahasa titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh kemukakan usul, maka apa guna kita duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?”  

Nga berkata, selama tiga penggal beliau menjadi wakil rakyat sejak 1999, persidangan kali ini adalah antara yang paling teruk dari segi amalan Demokrasi dan hak-hak Ahli Dewan PR telah dicabul dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya ADUN Barisan Nasional mendapat layanan istimewa.

Nga Kor Ming pada persidangan kali ini membangkitkan perintah tetap perkara3,4 dan 6 mempertikaikan keesahan perlantikan Dato R. Ganesan kerana perlantikan beliau tidak pernah mematuhi undang-undang dan tidak pernah dapat restu Ahli Dewan dengan undi bersurat sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan Negeri.

Media dikurung digaleri Orang Awam  Amalan anaktiri

Nga juga membidas pihak pentadbiran Barisan Nasional kerana mengkurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat. Beliau berkata, “ Kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat. Sila tepuk dada, Tanya imam, adakah ini adil dan saksama?”

Nga Kor Ming juga mempersoalkan keputusan Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir yang memendekkan persidangan Dewan hingga kurang dari satu hari kerana ia adalah jelas kerajaan Negeri dibawah BN takut bahawa kemungkaran dan kelemahan pentadbiran mereka akan terdedah jika ADUN PAKATAN RAKYAT dibenar untuk membahas.

Selain itu, Nga Kor Ming berkata, tohmahan Dato Seri Zamry bahawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menawarkan beliau jawatan Menteri Besar Perak sebelum Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menyandang jawatan tersebut adalah satu kisah penglipur lara yang hanya sekadar bahan ketawa sahaja. “ Jika benar, sila tunjukkan bukti dan ulangi diluar Dewan, jangan berlagak lempar batu, simpan Tangan.” Beliau berkata.

Kenyataan Media : YB Nga Kor Ming-Persidangan DUN PERAK setengah hari sahaja Demokrasi terkubur dalam Negeri Perak