PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Jumaat, 3 Disember 2010

DAP dedahkan tanah lombong 4,502 ekar dengan premium RM66 satu ekar diluluskan oleh BN Perak



(Ipoh 3 /12/2010)
DAP Perak hari ini mendedahkan bahawa semenjak rampasan kuasa Barisan Nasional pada 9/2/2009, kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan seluas 4,502 ekar tanah lombong tetapi jumlah premium yang dikutip hanya RM297,357.00, iaitu hanya RM66 satu ekar sahaja.
Ahli Dewan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan bahawa menurut jawapan rasmi Menteri besar Negeri Perak, Dato Seri Dr Zamry Bin Abdul Kadir kepada pertanyaannya dalam persidangan Dewan, adalah amat terperanjat bahawa kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan luas lebih 4,500 ekar tanah lombong kepada pihak swasta tetapi premium yang dikutip adalah hanya RM66 satu ekar sahaja.
Beliau berkata, mengikut peraturan Tanah Negeri Perak, Perak Land Rules, kutipan premium tanah yang minimum sepatutnya  RM1,000 satu ekar. Oleh demikian, beliau menggesa Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengambil tindakan wajar untuk menyiasat perkara ini supaya membela kepentingan rakyat.
Nga yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, pada masa yang sama, kerajaan Negeri BN juga meluluskan tanah kuari sebanyak 503 ekar dengan kutipan premium sebanyak RM7,099,250.00, iaitu  kutipan premium RM14,113.81 satu ekar.
Nga kor ming meminta penjelasan daripada kerajaan Negeri samada tanah kuari dan tanah lombong yang mempunyai nilai komresial tinggi dianugerahkan menerusi proses tender terbuka ataupun dengan rundingan terus. Beliau berkata, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Razak pernah menyarankan supaya tanah negeri yang mempunyai nilai komersial diluluskan dengan proses tender terbuka supaya kerajaan dapat memperolehi hasil cukai yang lebih tinggi untuk tujuan pembangunan Negara.
                        Hutang Negeri Perak kini mencecah RM900 juta
Nga berkata, rakyat pelu sedar kedudukan kewangan kerajaan Negeri kini menunjukkan bahawa jumlah hutang kerajaan Negeri sudah meningkat 500% dalam 10 tahun sehingga RM903 juta dari RM182 juta pada tahun 1999. Yang membimbangkan adalah wang rizab negeri hanya setakat RM795 juta, iaitu hutang telah melebihi segala simpanan kumpulan wang bersatu Negeri.

-- Nga Kor Ming
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan