PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 29 November 2010

DAP Perak bongkar wang kerajaan Negeri Perak kurang RM85 juta dalam satu tahun, rakyat berhak tuntut kisah benar


(Gambar) 1 : Terbongkar! Laporan Ketua Auti Negara membuktikan bahawa kumpulan wang bersatu kerajaan Negeri Perak merosot RM85.32 juta dalam 1 tahun.

 (Gambar) 2 : DAP Perak mehu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat atas siri bajet deficit dan projek awam yag terbengkalai dalam negeri. Dari kanan The Hock Ke, Nga Kor Ming, Lim Pek Ha dan A. Sivasubramaniam.

(Ipoh 29 hb November, 2010)

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%.

Selain daripada itu, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan semenjak rampasan kuasa.
Nga berkata di sidang akhbar hari ini bahawa semasa Pakatan Rakyat memimpin Negeri Perak, kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin telah berjaya meningkat pendapatan kerajaan tanpa menaikkan sebarang cukai membebani rakyat.

Dengan pentadbiran bersih, telus dan cekap, kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan Negeri.

Bagaimanapun, sejak BN merampas kuasa dengan 3 orang wakil rakyat yang mengkhianati rakyat, Menteri Besar BN, Dato Seri Dr Zamry Bin Abdul Kadir telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28/10/2009, kemudian disusuli dengan satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3/8/2010 dan dijangka defisit semasa pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Negeri pada hari besok, iaitu 30/11/2010 akan mencecah paras RM29 juta lagi. Sebagai natijah, jumlah Defisit Kerajaan Negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta!

Nga, yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, dibawah pemerintahan BN, Negeri Perak turut dilanda projek-projek awam yang menelan belanja puluhan juta ringgit tetapi didapati terbenglakai, menjadi semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

Yang memeranjatkan adalah antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai, sekurang-kurang 5 buah projek menelan belanja RM5 juta terletak dalam kawasan Menteri Besar sendiri di dalam DUN Pangkor. Ini terbukti kepimpinan BN gagal menunjukkan teladan yang baik dan contoh buruk tersebut patut ditegur oleh rakyat jelata yang membayar cukai.

Nga Kor Ming menyenaraikan nama-nama projek tersebut dan meminta Menteri Besar memberikan penjelasan kepada rakyat demi tanggungjawab yang diamanahkan :-


Nama Projek                                     Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik                         2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar       10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa                                    790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor                    260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor                 1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor               1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B                                 380,000.00
                                                ---------------------- 
Jumlah Kos                                             RM17.32 juta

Turut hadir siding akhbar hari ini adalah ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Menglembu, Lim Pek Ha dan setiausaha organisasi Negeri DAP Perak, Teh Hock Ke.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan