PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Isnin, 15 Jun 2009

USUL UNTUK MEMECAT KETUA POLIS NEGARA 开除全国总警长动议

USUL UNTUK MEMECAT KETUA POLIS NEGARA

BAHAWASANYA beberapa bulan yang terdekat ini, rakyat mendapati pihak polis telah bertindak secara tidak bertanggungjawab, secara sewenang-wenangnya, melanggar undang-undang dan pilih kasih (double standard) dalam tindakan-tindakan mereka.

Antara tindakan-tindakan mereka yang mempunyai unsur-unsur di atas adalah seperti berikut:-

1. Menghalang Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3/3/2009.

2. Mematuhi arahan daripada Setiausaha DUN Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan bukannya arahan daripada Speaker DUN Perak apabila menghalang ADUN-ADUN Perak daripada memasuki DUN Perak pada 3/3/2009.

3. Pada 29/3/2009, YB Ong Boon Piaw, ADUN dari DAP bagi kawasan DUN Tebing Tinggi, Perak telah ditangkap dan ditahan kerana mengeluarkan DVD rakaman perjalanan persidangan DUN Perak yang berlangsung pada 3/3/2009 tetapi YB Dato’ Dr Mah Hang Soon ADUN dari MCA bagi kawasan Chenderiang, Perak tidak ditangkap atau ditahan apabila beliau mengeluarkan insiden persidangan DUN Perak yang berlaku pada 7/5/2009.

4. Pada 5/5/2009, aktivis dan ahli akademik, Wong Chin Huat telah ditangkap selepas menyeru rakyat Malaysia berpakaian hitam.

5. Pada 6/5/2009, 14 orang individu termasuk seorang ahli parlimen ditangkap kerana menunjukkan solidariti bersama Wong Chin Huat di depan balai polis Brickfields, Kuala Lumpur.

6. Pada 7 Mei juga, 15 orang individu dan 5 peguam ditangkap kerana menunjukkan solidarity bersama Wong Chin Huat di depan balai polis Brickfields, Kuala Lumpur

7. Pada 7/5/2009, 69 orang individu termasuk ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri telah ditangkap dan ditahan semasa minum dan makan di restoran, sedang berjalan kaki atau pakai pakaian warna hitam di kawasan Ipoh, Perak. Kegiatan-kegiatan ini langsung tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

8. Pihak polis mencerobohi DUN Perak pada 7/5/2009 dan secara paksa mengheret keluar YB V. Sivakumar, Speaker DUN Perak daripada DUN Perak dan mengurung beliau dalam sebuah bilik.

9. Sewenang-wenangnya tidak membenarkan rakaman insiden Dun Perak yang berlaku pada 7/5/2009 ditayangkan dalam Majlis Makan Malam DAP di Sitiawan, Perak pada 9/5/2009 dan secara ganas dan berkelakuan samseng memberhentikan jamuan makan malam tersebut dan merampas alat-alat audio video yang digunakan untuk tayangan rakaman tersebut tetapi apabila pihak MCA menayangkan insiden 7/5/2009 tersebut di jamuan Makan Malam MCA di Ipoh pada 17/5/2009 mereka dibenarkan berbuat demikian.

10. Pada 26/5/2009 jam lebih kurang 7.00 pagi, polis telah sewenang-wenangnya menangkap 5 orang pekerja yang sedang membuat persiapan memasang belon untuk pelancaran mogok lapar di bangunan DAP Perak dan alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Negeri Perak ialah kerana perkataan ‘Daulat Tuanku’ atas belon tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

11. Polis bertindak tidak membenarkan orang ramai secara aman berkumpul untuk mengadakan kempen memasang lilin untuk menunjuk solidariti dengan rakyat Perak. Mereka yang berbuat demikian di Kuching, Pulau Pinang, Seputeh & Ampang, Kuala Lumpur telah ditangkap dan ditahan oleh pihak polis.

12. Pada 26/5/2009, polis tanpa asas yang kukuh dari segi undang-undang telah menangkap 21 orang termasuk seorang Ahli Dewan Rakyat, 7 ADUN Perak.

13. Kedaulatan undang-undang dicabuli oleh pihak polis dan ia seakan-akan tidak ada undang-undang lagi di Malaysia terutamanya Negeri Perak.

14. Beberapa lapuran polis telah dibuat terhadap tindakan-tindakan salah di atas yang dilakukan oleh pihak polis tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap anggota-anggota polis yang bersalah.

BAHAWASANYA ramai rakyat sekarang mula memberi gelaran ‘Polis, Raja di Malaysia’ kepada pasukan polis dan pasukan polis tidak lagi digelar ‘Polis DiRaja Malaysia’ oleh mereka.

BAHAWASANYA setiap Ahli Dewan Rakyat telah berikrar untuk memelihara, melindungi serta mempertahan Perlembagaan Malaysia. Tindakan-tindakan salah polis di atas telah melanggar Perkara-Perkara 5 (kebebasan diri), 8 (sama rata), 9 (kebebasan bergerak) dan 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan persatuan) Perlembagaan Persekutuan.

MAKA untuk memulihkan kepercayaan orang ramai kepada institusi polis dan juga untuk memastikan keadaan yang tersebut di atas diperbetulkan dan tidak berlarutan, saya ingin mengusulkan Dewan yang mulia ini untuk membuat satu ketetapan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Bin Hassan dipecat dari jawatannya dengan serta merta.

---------------------------------

木威区国会议员拿督倪可汉国会动议:开除全国总警长

在近来的几个月里,人民发觉警方在执行任务时的行为是不负责任、霸道及为所欲为、违反条规甚至采取双重标准。

在他们的行为当中出现上述情况的行为包括:

1. 在2009年3月3日,阻止霹雳州议员进入州议会厅。

2. 在2009年3月3日阻止霹雳州议员进入议会厅时,他们听从的是霹雳州议会秘书及州政府秘书的指示,而不是霹雳州议会议长的指示。

3. 在2009年3月29日,民主行动党霹雳州徳宾丁宜区州议员黄文标因为推介及播放2009年3月3日霹雳州树下州议会召开过程的录影短片而遭到警方的扣留及逮捕;然而马华公会区州议员马汉顺同样播放2009年5月7日的州议会片段却没有被扣留或逮捕。

4. 在2009年5月5日,社会活跃分子、学者黄进发因为呼吁马来西亚公民穿黑衣而被逮捕。

5. 在2009年5月6日,14人包括一名国会议员被逮捕,原因是他们在吉隆坡十五碑警察局外,给予黄进发支持。

6. 在隔日即5月7日,15人及5名律师同样在吉隆坡十五碑警察局外因支持黄进发而遭到逮捕。

7. 在2009年5月7日,共有69人包括多名国、州议员在怡保被逮捕,当时他们在餐馆吃饭或喝茶、走在路上或者是因为穿黑衣,不过这些行为根本没有触犯任何法令。

8. 警方在2009年5月7日摧毁霹雳州议会的进行,更采取激烈及强硬的手段将霹雳州议会议长西华古玛拖离州议会大厅,并将其囚禁在一间房间里。

9. 警方在2009年5月9日,民主行动党于实兆远举行的宴会上,禁止播放5月7日的州议会短片,并以野蛮及流氓的方式终止宴会的进行,然后进一步抢夺播放影片的音响器材;可是马华公会2009年5月17日在怡保举办的宴会上警方却允许他们播放5月7日的短片。

10. 在2009年5月26日大约上午7时,警方粗暴地逮捕当时正在霹雳州总部前,为了绝食运动开幕进行安装大气球的5名工作人员,霹雳州总警长所给予的理由是:大气球上印有的“吾王万岁”(Daulat Tuanku)字眼,已经构成一项罪行,触犯了1948年的《煽动法令》。

11. 警方禁止人民和平集会、办烛光会,向霹雳州人民致敬及表达支持。在古晋、槟城、士布爹及安邦、吉隆坡等地进行和平集会及烛光会的人民,已经被警方扣留及逮捕。

12. 在2009年5月26日,警方在没有充分的法律基础下,逮捕了21人包括1名国会议员及7名州议员。

13. 法律崇高的地位已经被警方亵渎,而在马来西亚仿佛已经没有了法律的存在,霹雳州尤甚。

14. 多项关于警察的犯错报告已经揭露其错误的行为,然而犯错的警察并没有受到对付,没有人对他们采取行动。

事实上,人民现在给予警队的封号不再是“马来西亚皇家警察”,而是“警察,马来西亚的国王”。

其实,每一位国会议员就职时已经宣誓将维护、保卫及捍卫《马来西亚宪法》。警察所犯的错误,已经触犯了《联邦宪法》第五条(人民享有人身自由)、第八条(人民生而平等)、第九条(人民享有行动自由)及第十条(人民享有言论自由、集会自由及结社自由)。

因此,为了恢复人民对警察部队的信心,同时也为了确保以上的错误情况被纠正及不会继续发生,我在这个神圣的议会提出动议:开除全国总警长丹斯里慕沙哈山,立即生效!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan