DAP Perak berasa kecewa atas pemimpin-pemimpin UMNO serta NGO dan media seperti Utusan Malaysia,TV3 dan RTM yang bersekutu dengannya. Atas kenyataan serta laporan diberi selepas MB dan barisan exco palsu dari BN digantung untuk memasuki DUN Perak.
Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN adalah mengikut perlembagaan negeri. Dan tiada unsur membalas dendam atau tidak adil berlaku seperti yang didakwa oleh para pemimpin BN.
Adalah mendukacitakan apabila posisi BN terutamanya UMNO tergugat, segala tuduhan-tuduhan yang tidak berasas akan dilemparkan bagi menghalalkan segala tindakan mereka termasuk mengheret nama Sultan. Ini jelas BN yang diketuai oleh UMNO ketandusan jalan untuk menangkis atau membuat penjelasan atas kesalahan mereka, dan akhirnya menyalahgunakan jalan pintas lalu memutarbelitkan fakta dan melagakan perasaan di antara kaum.
DAP Perak sentiasa memegang prinsip serta etika politik yang berunsur keamanan, kesamarataan, telus, cekap,bebas rasuah dan menghormati institusi raja berperlembagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan