PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 2 September 2008




Tahniah Diucapkan Kepada Saudara YB Nga Kor Ming Dikurniakan Cahaya Mata Kembar Perempuan Pada Hari Kemerdekaan.

恭喜倪可敏同志於国庆日喜获双胞胎千金!

Khamis, 28 Ogos 2008


霹雳州民主行动党在此恭祝各位国庆节快乐!

DAP PERAK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-51.

Rabu, 27 Ogos 2008




Tahniah Diucapkan Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Atas Kemenangan Kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh!

霹雳州民主行动党恭贺安华当选为峇东埔区国会议员。

Rabu, 18 Jun 2008

Persidangan DUN Yang ke-12 akan bermula dari 24hb Jun 2008 ke 27hb Jun 2008 (mula 9 pagi). Rakyat jelata adalah dialu-alukan hadir ke Bangunan Perak Darul Ridzuan, bagi menyaksikan detik-detik sejarah persidangan yang dipimpin oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Ini juga merupakan satu sejarah bagi DAP Perak dengan kehadiran 18 ADUN-ADUN untuk berdebat dengan pihak pembangkang BN.

Selasa, 10 Jun 2008

Lagi Satu Usaha Tidak Etika Daripada UTUSAN MALAYSIA

Utusan Malaysia pada hari 9hb Jun 2008 sekali lagi menggunakan taktik tidak beretika media. Dengan menggunakan akbar dan laman web memaparkan tajuk "Wakil rakyat DAP tidak memakai songkok dianggap biadap untuk memainkan sentimen perkauman untuk menwujudkan suasana kebencian diperkalangan masyarakat melayu terhadap parti DAP.

DAP Perak mengutuk tindakan Utusan Malaysia yang tidak membuat laporan berdasarkan liputan berita. Tetapi jelasnya membuat laporan yang memihak Barisan Nasional, dengan kaedah cuba menwujudkan perasaan marah dan benci terhadap DAP.

5 buah kerajaan negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah memboikot Utusan Malaysia. Namun begitu malangnya editor Utusan Malaysia masih tidak peka dan terus meneruskan usaha menjadi senjata propaganda BN.

DAP Perak menyeru rakyat sekali lagi menunjukkan kuasa Rakyat "Makkhal Sakthi" bagi memperluaskan usaha memboikot Utusan Malaysia selagi masih tidak mengubah atas cara penyampaian berita.

Sabtu, 10 Mei 2008

DAP Perak 100% menyokong saudara Karpal Singh untuk menangkis cubaan BN untuk mempengaruhi PDRM untuk menyalahgunakan Akta Hasutan. Dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap BN terutama sekali UMNO yang cuba memutarbelitkan keadaan bagi memburukan nama baik saudara Karpal Singh.Ini adalah perbuatan tiada etika politik dan menyalahgunakan DYMM Sultan Perak untuk menjadi senjata politik demi kepentingan BN.

Ini adalah perkara yang tidak diigini oleh rakyat dan jelas sekali BN masih tidak sedar setelah rakyat telah menyuara pada 8hb Mac 2008. Kini BN telah kehilangan modal politik dan ketandusan isu lalu menyalahguna nama Sultan.

Selasa, 25 Disember 2007


恭贺各界圣诞节快乐!
MARRY CHRISTMAS to all Malaysian
Selamat Menyambut Hari Natal