PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Ahad, 24 Mei 2009

DAP Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis menggeledah Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya semalam tanpa waran

Tindakan Polis kini yang telah jauh menyimpang dari tugas sebenar, iaitu menjaga keamanan negara. Sekarang boleh kata amat malang telah menjadi azimat kepada BN berikutan operasi memberkas wakil rakyat PR, orang politik serta orang awam semata-mata BN takutkan bayang sendiri.

Dan terkini dengan alasan untuk membantu siasatan dan tanpa waran geledah, pihak PDRM semalam 6pm telah menggeledah dan mengambil komputer di ibu pejabat DAP di Taman Paramount, Petaling Jaya.

DAP Perak akan sentiasa menyokong pihak yang sentiasa diganggu oleh pihak PDRM atas sebab unsur politik. Ini termasuk ADUN Teratai Saudari Janice Lee serta rakan seperjuangan lain yang turut diberkas berikutan krisis politik DUN Perak. Dan harap pihak BN harus menunjukkan etika politik agar tidak menyalahgunakan kuasa polis untuk menindas pihak lawan.

Rabu, 20 Mei 2009

马华公会滥用州议会录影断章取义 MCA menyalahguna DVD untuk membuat tuduhan yang melulu terhadap PR

霹雳州民主行动党谴责马华公会为了户主(巫统),滥用科技来污蔑民联议员。在以画蛇添足的方式和断章取义的方式来制作507州议会DVD。当天发生的多种事如州秘书干预州议会,警察进入州议会礼堂捉人,巫统议员打人和骂粗话等片段并没有出现在他们的DVD。

霹雳州行动党将会在近期发出更完整的州议会片段让人民目睹事实真相。任何民众要获得507州议会精华可以联络052535734(Sally)

DAP Perak mengutuk sekeras-kerasnya usaha MCA menyalahgunakan DVD, untuk mempersembahkan bahagian sidang DUN 507 yang tidak lengkap, di samping itu juga memburuk-burukkan nama baik ADUN PR. Dalam DVD tersebut tidak mempunyai gambaran Speaker V.Sivakumar diheret keluar oleh Polis, Polis memasuki dewan untuk mencampur urusan dewan, ADUN Rungkup yang mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul ADUN Tebing Tinggi.

DAP Perak akan mengeluarkan gambaran video yang lebih terperinci tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang minat untuk mendapatkan VCD tentang sidang 507 boleh menghubungi 052535734(Sally)