Isnin, 20 Jun 2011
DAP bongkar Kerajaan Negeri BN memberi tanah puluhan jutaan & projek RM5.8 billion kepada syarikat 100 ringgit
(Ipoh 19-6-11)
Scandal BN! Bagaimana syarikat Dormant yang mempunyai modal seratus ringgit sahaja dapat melabur 5800 juta ringgit?
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.
Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.
Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Dormant dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.
Setiausaha Negeri DAP YB Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman Ecxo Kanan Kerajaan Negeri, Dato Hamidah Binti Othman pada 9/6/2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek pelaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimport Liquified Natural Gas(LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.
Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.
Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbilion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.
Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat dormant(sleeping company) yang hanya berdaftar mulai 28/2/2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.
Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat “Dormant”,malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.
Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan.
Khamis, 16 Jun 2011
PERAK tangga terakhir SUKMA dengan kosong pingat emas Pakatan Rakyat mendesak Exco Sukan Negeri Letak jawatan
(Gambar 1) : Pakatan Rakyat mendesak EXCO Sukan Negeri Perak, Dato Zainul meletak jawatan. Duduk depan dari kanan: Nga Kor Ming dan Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.
(Gambar 2) ; Carta pungutan pingat Sukan Malaysia 2011 menunjukkan Perak menduduki tangga terakhir.
(Ipoh 16/6/2011)
“Apa sudah terjadi kepada Sukan Negeri Perak?”
Ekoran daripada pencapaian kosong pingat emas oleh kontinjen Negeri Perak sekaligus menduduki tangga terakhir sempena temasya Sukan Malaysia(SUKMA) kali ke-14 yang baru berakhir baru-baru ini, Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan Negeri membuat rombakan semula terhadap Majlis Sukan Negeri dan mendesak EXCO Sukan Dato Zainul Padzi Paharuddin(Sungai Manik) meletak jawatan dengan segera.
Pakatan Rakyat(PR) mendakwa bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan(MMK) tersebut telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak melaksanakan tanggungjawab beliau dengan memuaskan sehingga kedudukan sukan Negeri menjunam ke tempat teakhir.
Setiausaha Negeri DAP yang juga merangkap Ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata, pencapaian negeri kali ini adalah paling teruk sejak SUKMA mula dianjurkan. Kontinjen Negeri yang pulang dengan tangan kosong bukan sahaja menyedihkan malahan ia menjejaskan imej Negeri yang kian merosot sejak rampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009.
Nga Kor Ming berkata, jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan setiap tahun untuk bidang sukan dalam negeri ini tetapi hasil pencapaiannya sama sekali tidak boleh dibanggakan. Beliau meminta Menteri Besar Perak, Dato Zamry Abdul Kadir memberikan penjelasan penuh kepada rakyat Negeri tentang kegagalan kontinjen negeri kali ini. “ Jika Ahli Exco tidak berdaya, adalah baik kerajaan tukar mereka yang lebih layak demi kebaikan untuk rakyat.” Kata Nga.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malik berkata, pihak rakyat tidak pernah jangka prestasi sukan negeri boleh merosot sehingga tanpa Perak kalah kepada negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kelantan dan menduduki tangga terakhir pada temasya sukan terbesar tanahair ini.
Dr Khairuddin berkata, Perak pernah menjadi Juara Piala Malaysia, Juara Piala Agong untuk sukan Bola Keranjang serta pernah menghasilkan atlit yang memenangai Piala Thomas untuk sukan Badminton tetapi kini prestasi pasukan negeri kian merosot dan ini mencerminkan tahap pengurusan dan pimpinan kerajaan Negeri.
Pada Sukan Malaysia yang baru-baru ini berakhir di Kuala Lumpur, Negeri Terengganu muncul Johan Keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut dengan pungutan 30 pingat emas tetapi Perak pulang dengan tangan kosong dengan tempat terakhir.

Isnin, 13 Jun 2011
Diskiminasi Sekolah Bantuan Modal di 1Malaysia
Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 11 Jun 2011 di Batu Gajah.
Diskiminasi Sekolah Bantuan Modal di 1Malaysia
MIC gagal melindungi sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Pada tahun 1957 terdapat 888 sekolah Tamil di seluruh pelusuk negara. Tetapi hari ini hanya terdapat 523 sekolah Tamil.Dalam tempoh 54 tahun sejak merdeka 365 sekolah Tamil telah hilang dari bumi ini. Daripada 523 sekolah Tamil yang ada sekarang 372 buah sekolah merupakan sekolah bantuan modal. Hanya 151 sekolah Tamil ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Dalam kata lain, hanya 28.8% daripada jumlah sekolah Tamil yang ada mendapat bantuan penuh daripada kerajaan. Baki 71.2% sekolah Tamil di negara ini telah dianak tirikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Inilah pencapaian MIC yang dibangga-banggakan oleh pemimpinnya.
Apakah akan berlaku kepada sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada dalam tempoh 50 tahun akan datang? MIC tidak boleh mempertahankan kedudukan sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Jika kerajaan membawa cadangan untuk menghapuskan sekolah-sekolah vernakular, pemimpin-pemimpin MIC yang juga merupakan ‘pak angguk’ kepada UMNO akan terus mengangkat tangan untuk menyokong cadangan itu. Mereka tidak mempunyai sejarah ‘melawan tauke’. Mereka akan menggadai maruah dan kepentingan orang-orang India untuk mempertahankan kedudukan politik mereka.
Pada tahun 2000, bekas Menteri Pelajaran pada masa itu, Musa Mohamad menyatakan bahawa sekolah-sekolah Tamil adalah tanggungjawab komuniti itu sendiri dan bukannya tanggungjawab kerajaan. Apakah reaksi pemimpin-pemimpin MIC ketika itu? Kenyataan yang dibuat oleh menteri itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 12 (1)(b) :
Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir tentang memperuntukkan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak berkuasa awam untuk tanggungan murid-murid atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pendidikan.
Perkara 12(1)(b) Perlembagaan Persekutuan ini menjelaskan bahawa tidak boleh ada diskriminasi dalam memberi bantuan kewangan dari segi ‘tanggungan kepada semua murid-murid’. Bantuan itu seharusnya merentasi kaum dan agama. Ini juga merangkumi bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah Tamil. Tetapi, kerajaan Barisan Nasional telah menganak-tirikan sekolah-sekolah Tamil. Masih terdapat sebilangan besar sekolah-sekolah Tamil yang hanya memperolehi bantuan modal daripada kerajaan tanpa menghiraukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memberi ruang kepada diskriminasi terhadap mana-mana sekolah tetapi dalam pelaksanaan polisi kerajaan perkara itu telah diabaikan. Jika kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi, maka sekolah-sekolah bantuan modal sudah lama dinaik taraf kepada sekolah-sekolah bantuan penuh. Tetapi, perkara ini tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini. Sekolah-sekolah bantuan modal kekal sebagai sekolah kelas ketiga dan tidak dipedulikan oleh kerajaan ini.
MIC tidak dapat mengubah status sekolah-sekolah bantuan modal kepada bantuan penuh. Adakah Presiden MIC Datuk Palanivel juga bersetuju dengan dasar kerajaan untuk mengekalkan status sekolah-sekolah bantuan modal ini? Jika tidak, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh beliau dan kerajaan dalam mengatasi masalah sekolah-sekolah bantuan modal? Beranikah MIC memberi jaminan untuk mengubah status semua sekolah-sekolah bantuan modal kepada sekolah-sekolah bantuan penuh sebelum Pilihanraya Umum ke 13? Sudah semestinya MIC tidak akan berani membuat jaminan sedemikian.
Pemimpin–pemimpin MIC tidak arif untuk menuntut hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mereka menghangatkan bangku semata-mata untuk mengaburi mata rakyat seolah-olah kerajaan Barisan Nasional prihatin terhadap masalah sosio-ekonomi kaum India di negara ini.
Untuk sekolah-sekolah bantuan modal, ibubapa dan orang awam perlu membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kerajaan hanya menyediakan guru-guru untuk sekolah tersebut. Adakah ini wajar? Dalam 1Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat dua aliran atau sistem untuk sekolah-sekolah Tamil.
Apakah salahnya kerajaan membiayai penuh semua sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Masyarakat India yang hidup sederhana di negara ini tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan sekolah-sekolah Tamil bantuan modal ini. Perbelanjaan ini harus ditanggung oleh kerajaan, tetapi dengan kebijaksanaan ‘tai chi’ Barisan Nasional beban itu telah dialihkan ke atas bahu masyarakat India itu sendiri.
MIC seharusnya berasa malu apabila pergi mengutip derma daripada orang ramai untuk membantu sekolah-sekolah bantuan modal ini. Pemimpin-pemimpin parti itu sepatutnya mendapatkan peruntukan sepenuhnya daripada kerajaan persekutuan untuk semua sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Mengutip derma daripada orang ramai itu sendiri membuktikan bahawa MIC tidak cekal hati menuntut hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan , malah menujah dan menipu masyarakat India kerana kedayusannya. Walau bagaimanapun kaum India hari ini sudah melihat permainan ‘kerdip mata’ diantara pemimpin-pemimpin UMNO dan MIC.
V.Sivakumar
ADUN Tronoh

Rabu, 1 Jun 2011
Masalah Kekurang Tapak Letak Kereta Di Pekan Batu Gajah
Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN Kawasan Tronoh pada 31 Mei 2011 di Batu Gajah.
Masalah Kekurangan Tempat Letak Kereta Di Pekan Batu Gajah
Satu lawatan kerja telah dibuat oleh V.Sivakumar, ADUN Tronoh bersama-sama dengan bekas Ahli-ahli Majlis Batu Gajah dan beberapa orang pengerusi cawangan DAP di DUN Tronoh di Pekan Batu Gajah pada 31 Mei 2011. Satu daripada aduan yang kerap diterima ialah mengenai masalah kekurangan tapak letak kereta di Pekan Batu Gajah.
Masalah ini seringkali menimbulkan masalah kesesakan dan menganggu perjalanan lalu lintas di Pekan Batu Gajah. Orang ramai mengadu bahawa mereka terpaksa ‘berputar-putar’ mengelilingi pekan Batu Gajah untuk mendapat tempat bagi meletak kenderaan mereka. Kadang-kadang mereka rasa bosan untuk keluar untuk membelih belah atau membuat urusan lain di Pekan Batu Gajah disebabkan masalah tempat letak kereta ini.
Ini juga menimbulkan masalah lanjut apabila mereka meletak kenderaan mereka di tempat-tempat lain yang tidak dibenarkan. Mereka seringkali mendapat saman daripada penguatkauasa Majlis Daerah Batu Gajah atau Polis Trafik. Perkara ini amat menyusahkan mereka, malah menjadi satu masalah yang besar dikalangan pengguna kenderaan di Pekan Batu Gajah.
Peniaga-peniaga di Pekan Batu Gajah juga merungut bahawa masalah kekurangan tapak letak kereta ini menjejaskan perniagaan mereka. Mereka selalu menerima aduan daripada pelanggan-pelanggan berhubung dengan masalah yang dibangkitkan. Mereka risau jika perkara ini berterusan, mereka akan kehilangan lebih banyak pelanggan pada masa akan datang. Ini akan meruntuhkan lagi ekonomi Pekan Batu Gajah.
Kerajaan seharusnya prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh orang ramai di Pekan Batu Gajah. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah seharusnya memainkan peranan yang lebih efektif dalam menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan masalah ini sehingga menjadi besar dan tidak dapat dipulihkan lagi.
Satu daripada cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah untuk menjadikan Tapak Local Agenda 21 di Pekan Batu Gajah sebagai tapak tempat letak kereta.
“Seperti mana yang saya sedia maklum, tapak Local Agenda 21 ini diluluskan oleh Majlis Daerah Batu Gajah untuk dijadikan sebagai tapak letak kereta pada asalnya.
Malah, kerja-kerja pembinaan tapak letak kereta itu telah pun siap dibina. Garisan petak letak kereta juga selesai dibuat. Tetapi, kemudian tapak itu telah diubah dan dijadikan Laman Local Agenda 21.” Orang ramai tidak mendapat apa-apa manfaat daripada Laman Local Agenda 21 ini. Ruangan yang besar itu dibiarkan kosong tanpa sebarang nilai ekonomi kepada mana-mana pihak.
Saya menyeru supaya Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Dato Razali Othman memberi penilaian semula terhadap tapak itu. Adalah lebih wajah untuk menjadikan tapak itu sebagai tempat letak kereta daripada hanya digunakan 3 atau 4 kali setahun untuk program-program tertentu. Jika tapak itu hendak digunakan untuk sesuatu program, maka pada masa itu tapak itu bolehlah ditutup untuk maksud lain.
Maka adalah lebih praktikal untuk menjadikan tapak itu sebagai tempat letak kereta pada hari-hari yang biasa.
Tambahan pula, pihak Majlis Daerah Batu Gajah juga boleh mengenakan satu bayaran minima kepada kenderaan yang menggunakan tapak tersebut. Sebagai contoh RM1 setiap kali masuk. Ini juga akan membawa satu pulangan kepada Majlis Daerah Batu Gajah.
Ruangan ini boleh memuatkan lebih kurang 60 kenderaan dalam satu masa. Jika tapak itu dibuka untuk tapak letak kereta, maka sebahagian besar daripada masalah berhubung dengan isu ini akan terselesai. “Saya tidak faham kenapa pihak Majlis masih berdegil dan tidak mahu memberi ruangan ini untuk keselesaan orang ramai sedangkan mereka melaung-laungkan slogan ‘Rakyat didahulukan’
Jumaat, 27 Mei 2011
Bantahan Penternak dan Petani di Kawasan Lahad
Bantahan Penternak dan Petani di Kawasan Lahad. Mereka tidak mahu tanah pertanian itu dijadikan tapak pelupusan sisa pepajal sanitari yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Rabu, 25 Mei 2011
JANGAN RANCANG SISTEM PENGANGKUTAN CANGGIH SEWAKTU GAGAL MEMBINA SEBUAH PONDOK PERHENTIAN BAS
25/05/2011 - KENYATAAN AKHBAR M.KULASEGARAN, NAIB PENGERUSI DAP KEBANGSAAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN IPOH BARAT
JANGAN RANCANG SISTEM PENGANGKUTAN CANGGIH SEWAKTU GAGAL MEMBINA SEBUAH PONDOK PERHENTIAN BAS
Draf pelan Ipoh 2020 yang dirangkakan telah didengar oleh MBI daripada pelbagai pihak khususnya daripada beberapa persatuan bagi mengindahkan lagi tahap pencapaian yang dapat menaiktarafkan kualiti Bandaraya Ipoh dalam semua sektor.
Tidak juga dinafikan bahawa, salah satu sektor yang amat diberikan kepentingan adalah bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan di Bandar Ipoh dan kawasan pertaliannya.
Tetapi, adakah melalui merangkakan satu draf rancangan, MBI boleh mengatakan telah mencapai tahap kemahuan dan harapan rakyat secara keseluruhan sedangkan kepentingan asas kecil rakyat dalam pengangkutan awam masih belum dilaksanakan?
Dua hari yang lepas, saya telah menerima panggilan daripada pelbagai pihak meminta saya turun padang ke kawasan Pantai Puteri Ipoh yang terletak di Jalan Raja Dihilir. Walaupun kerap kali menggunakan jalan itu, namun aduan rakyat sememangnya mempercikan minda saya dengan persoalan, iaitu kenapakah perhentian bas yang sebelum ini dibina tidak lagi kenampakan dihadapan Hospital Pantai Puteri Ipoh? Apakah logiknya ketiadaan satu bas perhentiaan di hadapan sebuah Hospital?
Dimanakah tanggungjawab Jabatan Perancangan dalam memantau kepentingan rakyat?
Saya hanya dapat menyimpulkan bahawa warga pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh tidaklah begitu komited dalam menyediakan satu perhentian bas sehingga wujud permintaan.
Apakah daya seorang rakyat awam dalam mendesak Kerajaan Negeri ataupun MBI dalam membina perhentiaan bas dikawasan itu? Adakah tangkisan rakyat akan diberikan keutamaan? Jika ya, kenapa tidak dilaksanakan sebelum ini?
Saya juga difahamkan dimana, sebelum wujudnya jambatan dan pelaksanaan kerja-kerja pelebaran di dipersimpangan Jalan Raja Dihilir, sememangnya terdapat sebuah pondok perhentian bas. Tetapi ianya hilang selepas kerja-kerja pelebaran jalan dilakukan. Betapa logikkah situasi ini?
Selain daripada itu, ingin saya menasihatkan pihak pengurusan MBI, supaya jangan asyik merancang untuk mahu menaiktarafkan sistem pangangkutan apabila gagal untuk membina sebuah pondok perhentiaan bas yang tidak wujud akibat ketiadaan rancangan terurus.
Pada masa ini, penumpang terpaksa menunggu dengan cabaran sama ada untuk berdiri dibawah cahaya matahari terik ataupun basah pada musim hujan. Dapatkah MBI Ipoh dapat memenuhi tangkisan rakyat dengan membina sebuah bas perhentian dikawasan ini pada kadar segera?
Sekian.
M.Kulasegaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat
http://ipohbaratvoice.blogspot.com
http://twitter.com/mkula

Selasa, 24 Mei 2011
Bantahan Terhadap Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Lahat
Kenyataan Akhbar YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh pada 24/5/2011 di Wisma DAP Perak.
Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Di Lahat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah bercadang untuk membangunkan satu tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Lahad, Daerah Kinta. ( 1 km dari Papan, 4.5 km dari Pekan Lahad, 3km dari Pusing, 7 km dari Batu Gajah, 9 km dari Menglembu) Peruntukan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek ini.
Satu sesi dialog telah diadakan pagi semalam (23/5/2011) di Arena Square Batu Gajah oleh Perunding Alam Sekitar bagi projek ini iaitu Malaysian Environmental Resources Centre (MERC). Badan ini dilantik untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar.
Mengikut statistik negara kita mempunyai 290 tapak pelupusan sisa pepejal. Daripada jumlah itu 114 akan ditutup atau tidak beroperasi. 7 merupakan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari. Di Perak terdapat 20 tapak pelupusan sisa pepejal merupakan jumlah yang paling banyak di Semenanjung Malaysia. Manakala 9 tapak pelupusan sisa pepejal telah ditutup di negeri Perak. Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung bercadang untuk membina 9 tapak pelupusan sisa pepejal sanitari pada tahun 2011 untuk memproses 17 000 tan sisa dalam satu hari di Malaysia. Beliau bercadang membuka 2 tapak tersebut di Perak. Ini adalah satu langkah untuk menukar semua tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia kepada tapak pelupusan sisa pepejal sanitari.
Mengikut statistik 2000 jumlah sisa terjana di Perak ialah 996,417 tan dan Daerah Kinta menjana sisa pepejal yang paling tinggi daripada jumlah tersebut iaitu 54%. Dianggarkan peningkatan 23% sisa pepejal pada tahun 2020 di negeri Perak.
Sekarang sisa pepejal di lupuskan di 3 tempat di Daerah Kinta iaitu Bercham, Kampar dan Batu Gajah. Kerajaan mencadangkan untuk membina satu tapak pelupusan sanitari seluas 588.11 ekar tanah di Lahad bagi menggantikan ketiga-tiga tapak pelupusan sisa pepejal.
Pertama sekali kenapa tapak baru dipilih di Lahad? Tempat ini adalah sangat kontroversial dan sensitif dikalangan penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Dulu mereka telah dilanda dengan bahaya
radioaktif Asia Rare Earth.
Isu ini masih tidak diselesaikan sehingga ke hari ini. Penduduk kawasan ini hidup dalam kekhuatiran. Sekarang kawasan yang sama dipilih untuk pelupusan sisa pepejal sanitari. Tapak ini hanya 500
meter dari sempadan zon perumahan. Kenapakah kerajaan tidak mengenalpasti tapak yang lebih sesuai dan jauh daripada penduduk?
Jangan membebankan penduduk Lahad dan sekitarnya dengan projek pelupusan sisa pepejal ini. Mereka risau tentang pencemaran dan masalah kesihatan yang lain akibat perlaksanaan projek ini. Tambahan pula nilai tanah dan bangunan di kawasan ini juga akan lumpuh jika kerajaan teruskan untuk menjadikan kawasan tersebut untuk pelupusan semata-mata. Walaupun kajian alam sekitar menjamin bahawa tidak akan berlaku pencemaran alam dan masalah kesihatan, tetapi persepsi
masyarakat adalah sukar untuk diubah. Ini akan mengganggu nilai ekonomi harta di kawasan ini.
Pada masa yang sama, terdapat banyak aktiviti penternakan ikan, penternakan lembu, kambing, kerbau, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling kawasan ini? Apakah nasib petani-petani ini?
Adakah kerajaan akan memberi satu tapak baru bagi mereka untuk meneruskan aktiviti mereka atau mereka akan dihalau begitu sahaja?
Mereka tidak mahu pampasan kerana mata pencarian mereka yang hilang.
Kerajaan masih tidak menjawab persoalan ini. Perkara ini adalah antara yang pertama perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri sebelum memulakan apa-apa usaha memulakan projek tapak pelupusan ini. Petani-petani di kawasan ini sebulat suara membantah tindakan kerajaan meluluskan
tapak tanah tersebut untuk pelupusan sisa pepejal di Lahad.
Tidak seorang pun pegawai daripada SUK , Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Batu Gajah menghadiri dialog semalam. Pegawai Daerah yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dalam projek ini juga tidak hadir.
Tidak seorang pun ahli Majlis daripada Majlis Daerah Batu Gajah yang hadir semalam. Datuk Bandar sepatutnya berada bersama-sama untuk memberi penjelasan. Ini menunjukkan sikap tidak peduli, acuh tak acuh yang diambil oleh kerajaan negeri mengenai isu ini. Mengikut penganjur surat jemputan telah diberikan kepada semua jabatan yang terlibat.
Saya bersama YB Lim Pek Har ADUN Menglembu dan 3 orang bekas Ahli Majlis Pakatan Rakyat telah membangkitkan beberapa soalan dalam sesi dialog semalam. Kebanyakan soalan-soalan kami tidak dapat dijawab kerana jabatan-jabatan yang terlibat tidak hadir untuk memberi penerangan.
Antara persoalan yang saya timbulkan ialah mengenai mekanisme operasi tapak pelupusan sisa pepejal ini:-
1) Siapakah akan menguruskan tapak itu? Kerajaan negeri, kerajaan tempatan atau kerajaan persekutuan?
2) Adakah projek ini akan diswastakan seperti Indah Water Konsortium?
3) Siapakah akan menanggung kos operasi?
4) Adakah rakyat akan dibebankan lagi melalui projek ini?
Satu kajian sampel telah dibuat daripada 443 orang disekitar kawasan in secara rambang oleh pihak MERC dan didapati 56.6% tidak bersetuju. Satu kajian yang lebih menyeluruh diperlukan sebelum kerajaan meluluskan pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di kawasan Lahad.

Langgan:
Catatan (Atom)