PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 1 Februari 2011

DAP Taiping catat sejarah beri derma kepada 1,000 orang warga emas

(Gambar 1) : Sebahagian penerima sumbangan menunjukkan angpau mereka bersama YB Nga Kor Ming dengan penuh sukacita.


(Gambar 2 & 3) : Lebih 1,000 orang beratur membanjiri pusat khidmat Ahli Parlimen Taiping.


(Gambar 4 & 5) : Wakil Rakyat kawasan Taiping, Nga kor Ming, Yee Seu Kai dan Yew Tain Woh menghulurkan bantuan kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

(Taiping 1-2-2011)

DAP kawasan Taiping hari ini mencatat sejarah dengan memberi sumbangan kepada seramai 1,000 orang warga emas dan keluarga miskin dari pelbagai kaum sebagai usaha memupuk masyarakat penyayang.

Ahli Parlimen Taiping, Nga kor ming hari ini menerajui pasukan khidmat masyarakat DAP Taiping memberi derma barangan asas seperti beras, gula, minyak dan makanan ringan kepada 1,000 orang warga tua yang berumur lebih 60 tahun ke atas sempena Tahun Baru Cina yang bakal jatuh pada 3/2/2011.

Bersama beliau adalah ADUN Pokok Asam, Yee Seu kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Woh serta ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat. Turut Hadir adalah Pesuruhjaya PAS Taiping, Ustaz Pahkaruddin.

Dalam ucapan perasmian beliau, Nga Kor Ming menegaskan bahawa walaupun peruntukan Ahli Parlimen beliau telah dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional, tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. “Ketidakadilan BN tidak akan menjadi batu penghalang kepada kami untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin.” Beliau menegaskan.

Nga, yang juga merupakan setiausaha Negeri DAP Perak juga berkata, seandainya Pakatan Rakyat Berjaya menawam Putrajaya pada PRU Ke-13, Kerajaan PR akan memberikan RM1,000 kepada setiap rakyat berumur 60 tahun ke atas sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan jasa mereka dalam pembangunan Negara. Dasar penyayang tersebut adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat penyayang yang prihatin.

Dengan sokongan orang ramai, DAP Taiping kali ini berjaya mendapat tajaan dan sumbangan pelbagai bentuk bernilai lebih RM50,000 dan telah disalurkan kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama. Program khidmat masyarakat ini telah di adakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Taiping dan turut dihadiri lebih 1,000 orang yang membanjiri pusat khidmat tersebut.

Selasa, 11 Januari 2011

DAP Protes harga Barang Naik Tuntut kerajaan ambil tindakan segera

(Gambar ) 1 : BN = Barang Naik! Pasukan khidmat masyarakt mempamerkan banteng membantah harga naik di tengah-tengah pusat bandaraya Ipoh.


(Gambar) 2 : Suri rumahtangga dan kaum wanita turut dampil ke depan menyokong kempen Protes Barang Naik.

(Ipoh, 11-1-11)

DAP Perak hari ini mengadakan kempen demonstrasi secara aman untuk memprotes kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang semakin membebankan rakyat.

Setiausaha Negeri DAP, yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mengetuai pasukan khidmat masyarakat DAP Ipoh Timur mengadakan kempen tandatangan dan PROTES terhadap kenaikan harga minyak, gas, gula, tepung, ikan, udang, bawang dan pelbagai harga runcit yang semakin menekan hidup rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Nga Kor Ming berkata, mengikut angka Jabatan Perdana Menteri, 40% daripada jumlah keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan yang rendah kurang dari RM2,300 sebulan, dan antaranya terdapat 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak merupakan golongan yang termasuk dalam kategori berpendapatan rendah tersebut. Oleh demikian, kenaikan harga minyak dan kesan sampingannya kini menjadikan keadaan hidup semakin meruncing.

Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis itu berkata, walaupun Malaysia menghasilkan 700 ribu tong minyak mentah sehari dan jumlah keuntungan PETRONAS juga cukup lumayan dengan mencecah RM60,000 juta, tetapi harga minyak dalam Negara ini telah melonjak 118% dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2003, harga minyak adalah RM1.30 satu liter, tetapi kini harga minyak RON 97 telah mencecah paras RM2.40 satu liter.

Nga Kor Ming berkata, kegagalan kerajaan memantau aktiviti penyeludupan, kegagalan sistem penguatkuasaan undang-undang dan gejala rasuah yang serius adalah antara faktor utama kenaikan harga barang kali ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, harga gula dalam tempoh singkat 12 bulan telah melambung dari RM1.45 sekilogram menjadi RM2.10 sekilo. Tambahan pula, telah dilaporkan oleh media bahawa selepas Tahun Baru Cina pada bulan Februari, harga gula akan naik lagi ke paras RM2.50. “Kadar kenaikan harga gula sudah sebanyak 80% dalam satu tahun, macam mana kerajaan masih bertegas kadar inflasi dalam Negara hanya 2% sahaja?”Nga menegur.

Jika fenomena kenaikan harga barang naik tidak dibendung, adalah omong kosong sahaja gagasan kerajaan untuk menjadikan tanahair kita Negara berpendapatan tinggi kerana sebelum pendapatan bertambah, rakyat sudah menderita dengan harga barang mahal dan keupayaan membeli yang semakin merosot.

Dalam kempen tandatangan hari ini yang diadakan di pusat Bandaraya Ipoh, lebih 630 orang rakyat dari pelbagai kaum telah dampil ke depan menyokong kempen tersebut dan antara kereta yang lalu lalang juga membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Turut hadir bersama ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Pow dan ahli-ahli pasukan khidmat DAP Ipoh Timur.

Kerajaan belanja 65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius





(Ipoh 10-1-11)

DAP Perak hari ini membidas kerajaan persekutuan memperalatkan kerabat Diraja dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mempunyai agenda politik untuk merampas kuasa dalam komplot perlantikan tersebut.

Setiausaha Negeri DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir bahawa kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bidangkuasa kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, JPA, maka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid seharusnya menerima perlantikan persekutuan dengan hati terbuka dan bukan membantahnya.Nga berkata, jika kenyataan Zamry tepat dan benar, maka pada waktu depan apabila kerajaan Persekutuan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, beliau sebagai Menteri Besar tidak perlu tahu dan tidak ada kuasa untuk tahu.

“ Adakah ia logik jika sebuah syarikat melantik Chief Executive Officer, CEO, tetapi Pengerusi Syarikat tersebut tidak tahu dan langsung tidak boleh menentukan calon pekerjanya? Dalam keadaan ini, bagaimana mereka boleh berkerjasama?” Nga bertanya.

Nga, yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping berkata demikian ketika menghadiri ceramah perdana parti Keadilan disini semalam.

Kerajaan belanja 65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius

Selain itu, Nga Kor Ming turut mendedahkan bahawa kini harga barang semakin naik tetapi kerajaan masih terus dengan pemborosan dan pembaziran yang serius. Beliau mendedahkan bahawa walaupun Negara kini menanggung hutang setinggi RM408 billion, tetapi kerajaan masih bercadang membelanja RM65 juta untuk menaiktaraf kediaman rasmi Perdana Menteri pada dua tahun ini. Selain itu, jumlah perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri kini mencecah RM4,000 juta setahun dengan jumlah kakitangan sebanyak 43,544 orang termasuk calon Barisan Nazional yang kalah semasa pilihanraya kini kebanyakan dilantik menjadi pegawai penyelaras yang mana gaji lumayannya dibayar oleh rakyat.

“Menteri Perlancongan, Dato Ng Yen Yen melawat Eropah bersama suami beliau pada tahun lepas, dalam tempoh singkat 7 hari membelanja RM500,000, iaitu satu hari RM71,428.00, apa sudah jadi?” Nga bertanya.

Turut hadir Ceramah Perdana tersebut termasuk Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, ADUN Tronoh, V. Sivakumar, ADUN Teja, Chan Lik Kang, ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ing dan ADUN Batu Kurau, Abdul Yunus serta pemimpin-pemimpin lain.

Isnin, 10 Januari 2011

Kempen Solidariti bersama Teoh Beng Hock Hangat wang tawaran mencecah paras RM40,000

 (Gambar) 1 : YB Nga Kor Ming(tiga dari kanan) hari ini mengumumkan wang untuk menangkap pembunuh Teoh Beng Hock atau mana-mana pihak yang berjaya membekalkan keterangan untuk mensabitkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kini berjumlah RM40,000!
(Gambar) 2 : Kanak-kanak berumur 8 tahun turut dampil kedepan secara sukarela untuk menyokong tandatangan solidarity bersam Teoh Beng Hock.

(Ipoh 10-1-2011)

Kempen Solidariti bersama Teoh Beng Hock semakin hangat! DAP Perak hari ini berjaya mengumpul 600 lagi tandatangan dari rakyat pelbagai kaum menjadikan jumlah bilangan tandatangan Kempen tersebut mencecah 70,000 orang!

Selain itu, DAP Perak hari ini juga mengumumkan bahawa wang sagu untuk menangkap pembunuh Teoh Beng Hock atau mana-mana pihak yang Berjaya membekalkan keterangan untuk mensabitkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kini berjumlah RM40,000!

Dalam memorandum yang disokong oleh 70 ribu rakyat pelbagai kaum ini, kempen tandatangan tersebut menuntut pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat sebab kematian sebenar Teoh Beng Hock dan bukan perkara lain. “Ini adalah untuk memastikan supaya kisah benar dapat dibongkarkan demi keadilan untuk keluarga mangsa simati yang dijumpai mati dibangunan SPRM pada Julai, tahun 2009 ketika dipanggil menjadi saksi.” Berkata Nga Kor Ming, Setiausaha Negeri DAP Perak.

Nga, yang juga merupakan Ahli Pahlimen Taiping juga berkata , bahawa selepas DAP Perak menawarkan wang RM10,000 pada minggu lepas, selepas berita disiarkan, kini jumlah derma wang dari orang ramai melonjak ke RM40 ribu. Beliau menegaskan bahawa keputusan inquest bahawa sebab kematian Teoh tidak dapat ditentukan selepas 18 bulan perbicaraan adalah amat mengecewakan, khususnya keterangan di Mahkamah jelas menunjukkan terdapat kesan cedera di leher Teoh Beng Hock sebelum beliau didapati mati di perkarangan perjabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Di Shah Alam.

Beliau menggesa pihak kerajaan menghormati hasrat keluarga si mangsa dan penubuhan Suruhanjaya Diraja akan berupaya mencari sebab kematian sebenar. Beliau berharap kejadian kematian dalam tahanan tidak akan berlaku pada waktu depan lagi.

Turut hadir pagi ini dikempen tandatangan tersebut termasuk ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan ahli-ahli pasukan khidmat DAP kawasan Ipoh.

Jumaat, 3 Disember 2010

DAP dedahkan tanah lombong 4,502 ekar dengan premium RM66 satu ekar diluluskan oleh BN Perak



(Ipoh 3 /12/2010)
DAP Perak hari ini mendedahkan bahawa semenjak rampasan kuasa Barisan Nasional pada 9/2/2009, kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan seluas 4,502 ekar tanah lombong tetapi jumlah premium yang dikutip hanya RM297,357.00, iaitu hanya RM66 satu ekar sahaja.
Ahli Dewan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan bahawa menurut jawapan rasmi Menteri besar Negeri Perak, Dato Seri Dr Zamry Bin Abdul Kadir kepada pertanyaannya dalam persidangan Dewan, adalah amat terperanjat bahawa kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan luas lebih 4,500 ekar tanah lombong kepada pihak swasta tetapi premium yang dikutip adalah hanya RM66 satu ekar sahaja.
Beliau berkata, mengikut peraturan Tanah Negeri Perak, Perak Land Rules, kutipan premium tanah yang minimum sepatutnya  RM1,000 satu ekar. Oleh demikian, beliau menggesa Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengambil tindakan wajar untuk menyiasat perkara ini supaya membela kepentingan rakyat.
Nga yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, pada masa yang sama, kerajaan Negeri BN juga meluluskan tanah kuari sebanyak 503 ekar dengan kutipan premium sebanyak RM7,099,250.00, iaitu  kutipan premium RM14,113.81 satu ekar.
Nga kor ming meminta penjelasan daripada kerajaan Negeri samada tanah kuari dan tanah lombong yang mempunyai nilai komresial tinggi dianugerahkan menerusi proses tender terbuka ataupun dengan rundingan terus. Beliau berkata, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Razak pernah menyarankan supaya tanah negeri yang mempunyai nilai komersial diluluskan dengan proses tender terbuka supaya kerajaan dapat memperolehi hasil cukai yang lebih tinggi untuk tujuan pembangunan Negara.
                        Hutang Negeri Perak kini mencecah RM900 juta
Nga berkata, rakyat pelu sedar kedudukan kewangan kerajaan Negeri kini menunjukkan bahawa jumlah hutang kerajaan Negeri sudah meningkat 500% dalam 10 tahun sehingga RM903 juta dari RM182 juta pada tahun 1999. Yang membimbangkan adalah wang rizab negeri hanya setakat RM795 juta, iaitu hutang telah melebihi segala simpanan kumpulan wang bersatu Negeri.

-- Nga Kor Ming
  

Khamis, 2 Disember 2010

Jumlah Hutang Kerajaan Negeri bertambah 500% dalam tempoh 10 tahun DAP khuatir Perak akan bankrup satu hari nanti

    Ucapan Bajet Dewan Negeri Perak 2011 oleh ADUN Kawasan Pantai Remis
    YB Tuan Nga Kor Ming
Saya bangun untuk membahaskan usul enakmen perbekalan untuk bajet tahun 2011.
Mukadimah
Tuan Yang Dipertua yang terpaksa saya kasihi, terima kasih kerana mengizinkan saya bangun untuk membahas enakmen perbekalan untuk bajet tahun 2011. Walaupun nama bergelar Tuan Yang Dipertua tetapi bahkan kata pepatah melayu ‘jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan.” Bagaimanapun, saya akur TYP mempunyai misaim yang machor.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan awam yang komited untuk berkhirmat kepada rakyat dan berjasa kepada masyarakat demi keamanan, kesejahteraan, dan kemakmuran Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.
Saya juga mengucapkan selamat bersara kepada pegawai kewangan Negeri, Dato Jamaluddin Al Amini yang akan bersara mulai bulan Ogos, tahun depan dan dengan jelas ini merupakan bajet terakhir yang disediakan oleh beliau. Dulu Dato Shamsul Bahrain, kini giliran Dato pula. Saya mendoakan Dato pegawai kewangan negeri akan menikmati hidup bahagia bersama keluarga selepas bersara, semoga Allah memberkati beliau seisi keluarga.
Walaupun YAB Pangkor berbangga dengan amalan pertama kali mengadakan sesi consultation dengan NGO, tetapi Ahli Dewan tidak pernah ditanya pendapat apabila menyediakan bajet tersebut. Ini adalah tidak munasabah kerana Ahli Dewan yang meluluskan dewan, ahli Dewan sendiri tidak tahu projek-projek kerajaan dalam kawasan DUN sendiri. Oleh itu, ia bukan komuniti Bajet sebagaimana yang diwar-warkan.

1.         TYP, Atas asas dan hujahan oleh wakil kerajaan semasa pembentangan bajet, Negeri Perak telah memperolehi pulangan dan pendapatan luar biasa  sejumlah RM117 juta, tetapi anehnya kerajaan negeri bukan sahaja tidak mampu menyediakan satu bajet seimbang, malahan deficit negeri telah meningkat RM6.20 juta dari RM23.9 melonjak ke RM29.12 juta. Bagaimanapun, jika benar pendapatan kerajaan negeri bertambah secara mendadak seperti mana yang diwar-warkan, maka saya dengan sukacita mencadangkan supaya 1 bulan bonus harus diberikan kepada semua 8,000 kakitangan kerajaan Negeri sebagai pengiktirafan dan kenangan kepada jasa mereka. Kakitangan LAP menerima bonus 3.6 bulan, maka atas asas kesaksamaan, kakitangan kerajaan negeri juga perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya. Jikalau kerajaan UMNO-BN tidak mampu melakukan,  bah kata pepatah Melayu, “hari tidak selamanya panas, untung rugi silih berganti,” Pakatan Rakyat sedia melakukannya insya Allah kita kembali memerintah negeri kita yang tercinta ini kelak nanti.
TYP, setiap kali BN tukar Menteri Besar, slogan dahulu akan ditinggalkan. Dulu YB Pengkalan Hulu melaung-laung dengan slogan Setinggan Sifar menjelang 2015, semalam kandungan bajet pula menyatakan Perak masih mempunyai 8,376 isi rumah setinggan, satu tamparan heat kepada slogan tersebut. Kemudian datang slogan “Perak Maju 2015”, tetapi selepas rampasan kuasa, datang pula slogan “Perak Aman Jaya”, natijahnya ialah  dimana acuan, dimana kuihnya, intipatinya macam kempen Inflasi Sifar, semuanya tinggal janji manis sahaja.  
Hutang Negeri naik 500% dalam tempoh 10 tahun
2.         TYP, dari pembentangan bajet pada tanggal 30 Novemer minggu ini, ia memberikan gambaran kepada seisi dewan seperti pepatah Melayu, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut digelegar, walaupun YAB Pangkor bergial-gial mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh. Bagaimanapun, semalam YB Psngkor memberitahu kita semua ; Ledakan Hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung, 1999 -- Hutang kerajaan Negeri adalah RM182 juta tetapi tahun 2010 -- hutang negeri kini mencecah paras RM903 juta. satu peningkatan lebih kurang 500%! Fakta didepan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan. Dengan kata lain, SEKIRANYA kita perlu menjelaskan hutang segera, negeri Perak akan muflis. Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. . tepuk dada, Tanya imam, jika bersalah, sila bertaubat. 

3.         TYP, saya ingin bangkitkan beberapa perkara penting berkenaan dengan pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar dalam Negeri kita. Dua hari yang lepas, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dimana TNB akan melabur RM4 billion untk membina empangan hidro elektrik di Ulu Jerai di Perak dan Ulu Terengganu di Negeri Terengganu. Pengumuman ini datang dengan secara mendadak dan sebagai Ahli Dewan, saya memohon penjelasan kerajaan menerangkan kepada seisi Dewan berapa ekar tanah atau hutan simpan khazanah Negara kita akan terpaksa dibersihkan demi memberi laluan kepada projek penjanaan kuasa elektrik ini. Selain itu, apakah impak atau kesan sampingan akan terjadi kepada alam sekitar kawasan yang terlibat. Begitu juga dengan ura-ura perlaburan Syarikat Vale dari Brazil, satu syarikat perlombongan besar yang dikatakan berwar-war akan melabur di kawasan Manjung. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab untuk memberikan penerangan menyeluruh terhadap sebarang kesan sampingan yang akan menyusuli projek RM8 billion seperti mana yang dilaporkan. Saya mencadangkan satu seminar penerangan dan laporan EIA dipamerkan di ruang pejabat MPM atau Pejabat Tanah Manjung demi menghilangkan kebimbangan rakyat tempatan tentang kemungkinan kesan buruk yang bakal menimpa warga masyarakat tempatan khususnys Manjung adalah Bandar perlancongan dan destinasi rekreasi.
Banjir yang sering terjadi
4.         TYP, saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada masalah banjir yang kerap melanda negeri Perak ini. Sepanjang tiga penggal saya dalam dewan ini, setiap kali perbahasan, topik banjir tetap menjadi focus dan perhatian ahli-ahli Dewan yang mulia. Barangkali setiap kali penggulungan, wakil kerajaan juga akan memberitahun jawapn piawai bahawa kerajaan akan mengambil tindakan wajar untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi, saban tahun kita mendengar, saban tahun negeri kita dilanda banjir. Adalah disyorkan pihak kerajaan perlu melakar satu master plan secara menyeluruh atau kempen banjir sifar untuk mencegah masalah banjir dari berulang kembali nescaya mimpi ngeri yang menghantui mangsa-mangsa banjir. Wakil kerajaan telah mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM300 juta untuk menangani masalah ini tetapi kali ini jumlah yang diperuntukkan kepada JPS jauh tidak mencukupi. Dimana masalahnya, punca akar umbi banjir perlu dikenal pasti supaya kita tidak buang masa berulangkali membincangkan perkara yang sama.Jika menebang menuju pangkal, Jika melenting menuju tangkai, kita berbuat kerja mesti kena dengan tujuan dan maksudnya.
Dalam perkara ini, saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada dua kawasan yang sering dilanda banjir dan perlu diberi pearhatian serius. Pertama, kawasan padang tepi pasar awam Ayer Tawar yang sering dilanda banjir kilat. Masalah tersebut telah berlarutan tidak kurang dari 10 tahun dan saya menaruh harapan yang tinggi ini kali terakhir saya perlu bangkitkan hal yang sama. Kedua, kawasan Taman Setia dan sekitar kamunting, Taiping. Semenjak perlaksanaan projek keretapi berkembar, kawasan tersebut di atas sering dilanda banjir dan banjir teruk telah melanda kawasan tersebut baru-baru ini. Saya mengeyorkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan supaya menyiasat punca masalah banjir ini samada dia disebabkan oleh kerja kontraktor projek tersebut, MMC-Gamuda ataupun tidak. Kerajaan Negeri Perak dengan slogan Rakyat didahulukan seharusnya mencontohi kerajaan Pulau pinang meminta letter of undertaking dari kontraktor berkenaan dimana menetapkan syarat utama memberi jaminan perlaksanaan projek pembinaan tidak akan mengakibatkan banjir dan kontraktor perlu menyatakan kesudian membayar ganti rugi nescaya banjir terbukti hasil daripada kerja mereka. Kegagalan kerajaan negeri membuat demikian sebaliknya membayar sedikit sedekah kepada mangsa selepas banjir bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah malahan ia menambah beban kepada dana awam. Pendekatan baru perlu diambil demi merawati masalah tersebut dari segi akar umbinya.

5.           TYP, saya disini juga ingin mengutarakan bahawa semenjak kemerdekaan, Pekan Panchor yang terletak dekat Pantai Remis telah berada diluar bidang kuasa mana-mana kerajaan tempatan. Akibatnya lebih 200 buah keluarga penduduk di Pekan Panchor tidak dapat menikmati perkhidmatan asas yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk lain dalam kawasan Manjung. Di kampong nelayan tersebut, sebahagian tanahnya dibawah bidangkuasa pejabat Tanah Manjung dan bakinya dibawah bidangkuasa Pejabat Tanah Daerah Larut dan Matang. Adalah amat dukacita dimaklumkan akibat terpinggir dari pembangunan arus perdana lebih dari setengah abab, keadaan kesihatan kampung tersebut bukan sahaja menyedihkan, malahan Kampung tersebut pernah ditimpa mala petaka wabak penyakit chikukunya yang berasal dari Kenya, Afrika. Selain itu, atas kesuntukan peruntukan, bangunan SJK Yen Min di Panchor juga mengalami masalah hakisan tanah yang serius sehingga menyebabkan bilik darjah sekolah mulai tenggelam dengan kadar yang membimbangkan. Tambahan lagi, bangunan Dewan Sekolah nama Tun Dr Lim Keng Yak yang menelan belanja RM350 ribu kini telah retak dan dikhuatiri akan runtuh pada bila-bila masa. Demi mengelakkan mala petaka dari berlaku, saya mengeyorkan kerajaan negeri dan kementerian Pelajaran Negeri mengambil tindakan dengan kadar segera menambahbaik sekolah berkenaan dan sesi dialog antara MPM, Pejabat Kesihatan dengan penduduk perlu diadakan dengan secepat mungkin supaya Pekan Panchor terselamat dari  keadaaan khusyuk dan menyayat hati tersebut.        

6.         TYP yang dipaksa, saya ingin mengutarakan bahawa ‘kesihatan adalah teras kesejahteraan hidup rakyat.” Saya bersyukur kerana Pantai Remis kini telah dibekalkan dengan sebuah klinik moden yang menelan belanja lebih dari RM10 juta. Klinik tersebut telah dirasmikan oleh DYTM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak pda tahun ini. Akan tetapi saya amat bimbang ia indah khabar dari rupa. Semasa lawatan saya  ke Klinik tersebut, jelas terperanjat dimana walaupun bangunan tersergam indah, tetapi Klinik 10 juta tidak ada kemudahan X ray. Selain itu, seluruh kawasan Pantai Remis pun tidak ada kemudahan Dialysis Centre. Saya ingin memohon kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan ingin memberitahu semua semasa pertemuan saya dengan Menteri Kesihatan di bilik air Dewan Rayat, YB Menteri telah berjanji akan membantu dalam hal ini. Maka saya pohon kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri menguruskan segala yang perlu supaya kemudahan X-ray dan Pusat Dialysis dapat diadakan dalam tempoh paling singkat demi keperluan pesakit buah pinggang yang kini terpaksa menerima rawatan ke Seri Manjung . 

7.         Selain itu, saya ingin membawa isu janji kerajaan untuk memperuntukkan RM1.2 juta untuk membina sekolah 4 tingkat bagi SJK(T) Tamil, Ayer Tawar tetapi masih tidak kesampaian. Bah kata pepatah melayu, lembu berpegang kepada tali, tetapi manusia berpegang kepada janjinya. Dalam tangan saya ada surat dari bekas Menteri Pelajaran bertarikh 5/1/2008 yang meluluskan 1.2 juta untuk projek pembinaan 24 bilik darjah untuk sekolah tersebut. Akan tetapi, janji tetap belum dikota, inilah gambaran wajah sebenar UMNO-BN.

Projek RM22 juta terbengkalai
8.         TYP, tadi YAB Pangkor Negeri Perak mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh.  Bagaimanapun, saya  ingin membawa perhatina Dewan ini untuk menyatakan  dalam Negeri Perak terdapat sekurang-kurang 8 projek awam yang menelan belanja puluhan juta ringgit tetapi didapati terbenglakai, reput,  menjadi semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.
Yang memeranjatkan adalah antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai, sekurang-kurang 5 buah projek menelan belanja RM5 juta terletak dalam kawasan Menteri Besar sendiri di dalam DUN Pangkor. Ini terbukti kepimpinan BN gagal menunjukkan teladan yang baik dan contoh buruk tersebut patut ditegur oleh rakyat jelata yang membayar cukai.
Antara nama-nama projek tersebut yang perlu penjelasan Menteri Besar kepada rakyat demi tanggungjawab yang diamanahkan adalah :-
Nama Projek                             Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik                   2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa                              790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor              260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor           1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor         1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B                           380,000.00
8. Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak         4,900,000.00
                                      ------------------------
Jumlah Kos                                        RM22.22 juta

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, antara projek yang tersenarai di atas, ada pula projek yang dimulakan sejak tahun 1991, satu tempoh lebih kurang 2 dekad yang dulu. Saya ingin tahu apakan langkah konkrit kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek sakit ini. Adakah ia berlaku kerana projek-projek ini dianugerahkan kepada kroni-kroni UMNO tanpa open tender? Kegagalan kerajaan menyelamatkan projek jutaan ringgit ini terbukti slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan telah diganti dengan slogan baru “Kroni didahulukan, projek diutamakan.” 
9.         Walaupun kementerian kewangan telah mewujudkan e-portal my procurement, tetapi projek berbillion-billion ringgit masih tidak dijalankan dengan sistem open tender. Umpamanya projek Istana Negara yang dulunya dianggarkan bernilai RM400 juta, tetapi kini projek belum siap, nilai projek sudah meningkat hingga RM811 juta. Yang paling memeranjatkan adalah projek itu diberi dengan rundingan terus atas alasan ia lebih murah, tetapi akhirnya terbongkar segala adalah seperti kata orang Melayu, “jarum harus kelindan sutera,” Bukan ini sahaja, ia juga terbukti dibawah konsep Sapu Malaysia, bukan satu Malaysia, projek ini dikurniakan kepada satu syarikat Maya Maju(M)Sdn Bhd yang didapati tidak mempunyai lesen kontraktor kelas “A”. dan tidak mendaftar dengan CIDB.  Kontrak dianugerahkan pada tahun 2007 tetapi syarikat hanya mendaftar pada tahun 2008. Selain itu, Projek Institusi Kanser Negara dianugerahkan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd pada tahun 2007 dengan nilai projek RM340 juta tetapi nilai projek telah melambung menjadi RM700 juta dalam tempoh 2 tahun, iaitu pada 2009. Yang lebih memeranjatkan syarikat tersebut mempunyai paid up capital 1 juta tetapi menanggung kerugian RM1.5 juta. Bayangkan syarikat demikian boleh memperolehi projek jutaan ringgit.
TYP, adalah satu perkara yang mengejutkan bahawa tidak ada orang kena dakwa walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bernilai RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan.
Walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang menelan belanja RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan setelah pembukaan rasmi, tidak ada sesiapapun didakwa atas kejadian yang menjejaskan imej Negara.
Mengikut jawapan dari Menteri Kerja Raya, Dato Seri Shaziman, kontraktor utama projek berkenaan, iaitu Konsortium Bina Struktur-Emarcon-Genggam Mercu JV telah diarahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa keruntuhan bumbung di Stadium itu kerana projek itu masih dalam tempoh warranti semasa kejadian runtuhan berlaku. Walaubagaimanapun, kontraktor konsortium itu enggan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa runtuhan dan pembaikan walaupun  beberapa surat peringatan telah dikeluarkan kepada pihak Kontraktor. Oleh itu, kerajaan terpaksa menawarkan tender baru pada 22 Mac 2010 untuk membersihkan sisa runtuhan Stadium yang menganjurkan SUKMA 2009 tersebut. Tender tersebut telah ditutup pada 19 April 2010.
Menurut Menteri berkenaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menggantung lesen pendaftaran kontraktor utama projek tersebut dan mengenakan tindakan senarai hitam kepada Ahli Ahli Lembaga Pengarah dan pengarah sahamnya dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender kerajaan mulai 4 September 2009.
Berbanding dengan Singapura, tindakan kerajaan jelas gagal mencegah kejadian sedemikian dari berlaku pada masa depan kerana pihak yang mengakibatkan keruntuhan stadium dan kerugian harta kerajaan tidak perlu menghadapi tindakan Mahkamah.
 Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengambil iktihbar dari siri kejadian projek-projek kerajaan yang menjejaskan imej Negara.
Di depan mata kita, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bumbungnya bocor, bangunan parlimen yang menghadapi kebocoran 13 kali dalam 5 tahun, Hospital Pandan, Johor Bharu yang dijangkiti fungi, Masjid Besut Terengganu yang runtuh,  Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang runtuh hancur berkecai, Jejantas Kepong yang retak dan begitu banyak contoh kesemuanya mencerminkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional!
Kesimpulan
Saya berharap BN jangan menyingung perasaan kerana mendengar kata-kata saya tadi. Kerana “Jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah.” Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke atas lantai juga. Penyamun boleh merompak, pencuri boleh mencuri, tetapi akhirnya mereka yang condong cenderong kepada kezaliman, nescaya mereka akan disambal oleh api neraka.  “ Wa la tarkanu illalazi na zolamu fatamas sakumun nar.” Surah Hud-Ayat 113.
Saya mendoakan Demokrasi akan hidup semula di negeri Perak yang tercinta, hanya kerajaan dari rakyat, untuk rakyat, bagi rakyat adalah satu-satu kerajaan yang sah, kerajaan yang bermaruah. Kerajaan yang bergantung kepada pengkhianat rakyat akhirnya akan menerima balasan atas pengkhianatan mereka.
Sekian, saya membantah bajet deficit Barisan Nasional 2011 ini.

Nga Kor Ming
2-12-2010

   

                         

Isnin, 29 November 2010

DAP Perak bongkar wang kerajaan Negeri Perak kurang RM85 juta dalam satu tahun, rakyat berhak tuntut kisah benar


(Gambar) 1 : Terbongkar! Laporan Ketua Auti Negara membuktikan bahawa kumpulan wang bersatu kerajaan Negeri Perak merosot RM85.32 juta dalam 1 tahun.

 (Gambar) 2 : DAP Perak mehu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat atas siri bajet deficit dan projek awam yag terbengkalai dalam negeri. Dari kanan The Hock Ke, Nga Kor Ming, Lim Pek Ha dan A. Sivasubramaniam.

(Ipoh 29 hb November, 2010)

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%.

Selain daripada itu, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan semenjak rampasan kuasa.
Nga berkata di sidang akhbar hari ini bahawa semasa Pakatan Rakyat memimpin Negeri Perak, kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin telah berjaya meningkat pendapatan kerajaan tanpa menaikkan sebarang cukai membebani rakyat.

Dengan pentadbiran bersih, telus dan cekap, kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan Negeri.

Bagaimanapun, sejak BN merampas kuasa dengan 3 orang wakil rakyat yang mengkhianati rakyat, Menteri Besar BN, Dato Seri Dr Zamry Bin Abdul Kadir telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28/10/2009, kemudian disusuli dengan satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3/8/2010 dan dijangka defisit semasa pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Negeri pada hari besok, iaitu 30/11/2010 akan mencecah paras RM29 juta lagi. Sebagai natijah, jumlah Defisit Kerajaan Negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta!

Nga, yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, dibawah pemerintahan BN, Negeri Perak turut dilanda projek-projek awam yang menelan belanja puluhan juta ringgit tetapi didapati terbenglakai, menjadi semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

Yang memeranjatkan adalah antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai, sekurang-kurang 5 buah projek menelan belanja RM5 juta terletak dalam kawasan Menteri Besar sendiri di dalam DUN Pangkor. Ini terbukti kepimpinan BN gagal menunjukkan teladan yang baik dan contoh buruk tersebut patut ditegur oleh rakyat jelata yang membayar cukai.

Nga Kor Ming menyenaraikan nama-nama projek tersebut dan meminta Menteri Besar memberikan penjelasan kepada rakyat demi tanggungjawab yang diamanahkan :-


Nama Projek                                     Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik                         2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar       10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa                                    790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor                    260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor                 1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor               1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B                                 380,000.00
                                                ---------------------- 
Jumlah Kos                                             RM17.32 juta

Turut hadir siding akhbar hari ini adalah ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Menglembu, Lim Pek Ha dan setiausaha organisasi Negeri DAP Perak, Teh Hock Ke.