PENGUMUMAN

Kami telah berpindah ke laman web yang baru (www.dapperak.org)
Harap maklum.

DAP Perak Aktiviti

Selasa, 31 Julai 2007

Persiaran Tugu流动小贩问题

图一:“霸王拦路,岂有此理!”左起黄文标,受害者郑文德和霹雳州公共投诉局主任郑福基。
图二:郑氏的车疑被Persiaran Tugu小贩挂花的图片。

德彬丁宜区林吉祥助理黄文标今日敦促怡保市政厅必须监督和管制位于怡保吉灵当Persiaran Tugu流动小贩对市民的恶劣言行举子和卫生环境管理。

黄氏今天针对郑文德先生(保险代理,28岁)在7月4日,6点左右在此路从公司去取车时,被该地点的小贩以煤气炉和桌椅拦路。

郑氏客气地要求该小贩准许他驶开汽车,但被拒并同时不友善地叫他明天或清晨2点才来领取车辆。更无理地扬言如果要马上让他离开必须给150令吉当作是营业损失。

当时试图通过怡保市议会网页联络当地的市议员,但是网页里的市议员资料还没更新。后他就联络别区市议员但是该马华市议员以当地的小贩完全是巫裔所以他无能为力。

最后郑氏唯有等到2点才来取车。2点前来领取车时,该小贩还故意刁难说必须等到3点他们完全清理档口才能够让他驶开汽车。最后逼他亲自移开桌椅才成功离开现场。

黄氏表示,该地点没有指定小贩营业时间,加上缺乏泊车位问题和市政厅有向车主收泊车至下午6点。小贩是没有权力要求车主提早离开,更加不应该以凶恶的来给车主脸色。而且他经常接到投诉有关迟去领取车辆莫名其妙地被挂花,其中郑氏也是受害者之一。但是缺乏证据或目击者所以无法向警方投报,唯有自喊倒霉。

黄氏说,他将会把此事向怡保市长作出投诉。以确保小贩们不是以霸王或流氓营业态度破坏怡保的形象不会在发生。同时市政厅必须指定开档营业时间,让小贩依据时间开始运作,也要监督近来此地点小贩们所带来的周遭的卫生环境问题。

Isnin, 27 November 2006

RESOLUSI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAP PERAK 2006

RESOLUSI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAP PERAK 2006

Politik

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan membantah keras pembentukan negara Islam yang melanggari perlembagaan Persekutuan serta menyeru kerajaan menarikbalik pengumuman Dr. Tun Mahathir Mohammad pada 29.09.2001 yang menyatakan Malaysia merupakan satu Negara Islam.

2. Menggesa Kerajaan memulihkan semula pilihanraya kerajaan tempatan dan mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat.

3. Menyeru Kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Percetakan dan Pernerbitan serta Akta Kolej dan Universiti demi menepati intipati Demokrasi dan Konsep Keadilan.

4. Menyeru kerajaan mengambil berat tentang kedudukan Malaysia dalam Indeks Rasuah Transparency International yang jatuh dari tempat 37 pada tahun 2003 ke tempat 44 pada tahun 2006 serta menggesa Kerajaan menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang Berkecuali dan bertanggungjawab terhadap Parlimen supaya dapat memainkan fungsi sebenar mencegah rasuah tanpa berbelah bagi dan membina pemerintahan kerajaan Bersih.

5. Menyeru Kerajaan memulihkan semula kempen rapat umum (public rally) dan memberikan layanan adil dan saksama kepada semua parti politik tanpa diskriminasi.

6. Menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyempadani kawasan pilihanraya baru dengan memastikan setiap kawasan pilihanraya tidak mempunyai jurang perbezaan bilangan pengundi yang terlalu besar dan prinsip satu orang satu undi mesti dipatuhi.

7. Menggesa Kerajaan membehentikan dasar memecahkan rakyat kepada golongan Bumiputra dan Bukan Bumiputra dengan menggantikannya dengan dasar hak samarata antara setiap kaum demi membentuk satu Bangsa Malaysia.

8. Mendesak Kerajaan mengkaji semula secara menyeluruh dasar dan setiap projek penswastaan untuk mencegah syarikat penswastaan mengaut keuntungan luar biasa dengan status monopoli. DAP juga menyeru supaya membuka peluang kepada semua kaum untuk menyertai projek penswastaan tanpa berbelah bagi.

9. Membidas kerajaan meluluskan Akta Industri Pembekalan Air 2006 yang memasukkan bil Indah Water Konsortium (IWK) dalam bil bekalan air dan memaksa rakyat membayar bayaran pembetungan yang melanggar keputusan Mahkamah.

10. Menyeru Kerajaan meminda Peraturan Tanah negeri untuk memperbaharui pajakan suratan hakmilik tanah yang tamat tempoh secara automatik supaya menjamin keperntingan Rakyat, pada masa yang sama juga melanjutkan tempoh pajakan kawasan kampung baru ke tempoh 99 tahun.

11. Menyeru kerajaan memastikan peruntukkan kerajaan adalah transpirasi dan mengelakkan peristiwa rampas peruntukkan atau mengambil kesempatan dalam peruntukkan daripada berlaku.

12. Menyeru kerajaan menubuhkan IPCMC dan membina satu pasukan polis yang bertaraf dunia.

13. Menyeru kerajaan mengambil berat tentang masalah peningkatan jenayah dan kemerosotan keselamatan di negara dengan meningkatkan kecekapan pasukan polis dan menambah rondaan polis demi menjamin satu kehidupan yang selesa dan selamat bagi rakyat.

14. Membidas kerajaan menjalankan polisi discriminasi yang melanggar Perlembagaan Persekutuan yang mana kharj dan fitrah dibenarkan dalam pemotongan cukai keuntungan yang harus dibayar tetapi tiada peruntukkan yang sama bagi derma ke atas agama-agama lain.

15. Menggesa Kerajaan meluluskan undang-undang melarang penubuhan parti politik yang berasaskan etnik kaum tunggal supaya membentuk satu Bangsa Malaysia dan memelihara perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

16. Menggesa Kerajaan dan ajensi yang bertanggung jawab membuat siasatan ke atas skandal MAIKA di mana MAIKA terpaksa menanggung jumlah hutang sebanyak RM238,333,374.00 dan sejumlah 66400 Rakyat Malaysia berbangsa India yang melaburkan RM106,000,000tidak mendapat sebarang dividen bagi 10 tahun yang lepas serta membawa pegawai MAIKA yang bertanggung jawab ke Mahkamah.

17. Mengesa Kerajaan malaksanakan polisi pengambilan kakitangan awam yang adil supaya lebih ramai Rakyat bukan Melayu diterima masuk ke Sektor Awam serta memperbaiki peratus 8% Cina dan 5% India dalam Sektor Awam.


Ekonomi

18. Menyeru kerajaan mengiktirafkan laporan yang membuktikan equiti bumiputera telah melepasi sasaran 30% NEP serta memansuhkan NEP dan menggantikannya dengan satu polisi yang menitikberatkan kesaksamaan antara semua rakyat.

19. Menyeru kerajaan mengambil berat tentang FDI negara yang semakin merosot serta bagi kali pertama diatasi oleh Indonesia dalam senarai FDI.

20. Menggesa Kerajaan Pusat dan Negeri membuka peluang secara adil dan saksama semua projek awam kepada kontraktor semua kaum secara tender terbuka untuk projek awam supaya melayan setiap rakyat dengan adil dan tanpa diskriminasi.

21. Membidas keputusan kerajaan untuk menaikkan harga petrol beberapa kali yang menyebabkan beban rakyat semakin berat dan kejadian inflasi serta menyeru kerajaan mengedarkan keuntungan Petronas kepaada semua rakyat.

22. Membantah keras terhadap keputusan kerajaan yang meluluskan kenaikan harga perkhidmatan awam secara sewenang-wenangnya seperti kadar Tol Lebuhraya, kadar Petrol, telekomunikasi, kadar Air, elektrik, perkhidmatan kesihatan dan perubatan, kadar elektrik, kadar bekalan air serta yuran pendaftaran tanah supaya tidak membebankan rakyat.

23. Menyeru semua kerajaan negeri melaksanakan keputusan Majlis Tanah Negara membuka tanah rizab Melayu kepada semua kaum untuk mengelakkan pembaziran sumber tanah dan bersama-sama membangunkan ekonomi demi kebaikan semua pihak.

24. Menyeru Kerajaan Negeri Perak merizabkan dan mengekalkan kawasan tanah tanaman limau tambun(pamelo) seluas 350 ekar supaya memelihara kehidupan petani dan khazanah lembah kinta serta menjamin milikan tanah bagi petani-petani.

Budaya

25. Menggesa Kerajaan memperuntukkan lebih lot tanah untuk tapak perkuburan Cina dan memansuhkan pengutipan cukai pendapatan pentadbiran perkuburan serta memastikan tapak perkuburan tidak diambil dengan apa jua sahaja alasan.

26. Menyeru kerajaan merangkumkan karya-karya Bahasa Cina dan Tamil dalam Hadiah Sastera Negara dan menghormati nilai kepelbagaian etnik di negara.


Pendidikan

27. Menyeru kerajaan menghormati hasrat komuniti Cina dengan mengkaji semula dan memansuhkan system 243 dan 6232 yang melanggar prinsip pendidikan serta menghormati bahasa Tiong Hua dalam mengajar, mengkuji dan memeriksa mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda kecuali subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris supaya memastikan hak membelajari bahasa ibunda tidak tergugat.

28. Menghentak polisi kerajaan BN yang tidak membina sebarang sekolah Cina dan sekolah tamil di bawah RMK-9 yang mencadangkan 180 buah sekolah rendah dibina serta mengesa kerajaan memberi peruntukkan yang adil dan saksama kepada sekolah Cina dan sekolah Tamil dan membina sekolah-sekolah mengikut keperluan komuniti dan kawasan.

29. Menyeru Kerajaan menghargai sumbangan Sekolah Mengengah Tinggi (SUWA) dalam mendidik generasi muda negara dan menubuhkan “Tabung Sejuta Pembangunan Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi” dengan memberikan peruntukan setiap tahun serta mengiktiraf sijil peperiksaan SUWA yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

30. Menyeru kerajaan mengambil berat tentang kemerosotan qualiti akedemik dan senarai universiti sedunia bagi Institute Pengajian Tinggi Awam.

31. Menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan menggantikannya denganAkta Universiti yang baru yang mematuhi prinsipal kebebasan akedemik dan kedemokrasian kampus.

32. Menggesa Kerajaan membuka semula SJK(C) Damansara supaya mempertahankan hak komuniti tempatan untuk mempunyai sekolah sendiri.

33. Menggesa kerajaan memansuhkan dwi-system dalam pengambilan siswazah Universiti Tempatan dan menggantikannya dengan satu system peperiksaan umum yang berasaskan meritokrasi.